08/02/2015

Si Merah, Kenduri Kahwin dan Big Bad Wolf Fire Sale!

Hari ini hari rehat. Hari semalam hari padat. Dari pagi hingga ke petang dan sampai rumah pukul 12.00 tengah malam. Tak ada chance langsung nak baca novel, tak ada chance langsung nak tengok drama korea. Tak apa hari ni boleh ber'koreanthon' berpuluh episod sampai lebam. Okay tipu. 

Kisahnya bermula dari awal pagi. Oh sebenarnya hari Khamis. On the way balik, I dapat detect brek Si Merah kesayangan tak boleh berfungsi dengan elok. Tekan brek half, tak berfungsi. Tekan kuat sikit, kira half yang seterusnya terus brek mengejut. Something's wrong. Sampai rumah waktu maghrib tu terus call En. Barney. Hari jumaatnya terpaksa lah En. Barney hantar dan ambik pergi kerja. Bila dia try test bawa Si Merah, katanya dah macam brek kereta dia. Ambik masa sikit untuk brek. Tapi I drive kereta tu lima hari seminggu pergi balik kerja tahu lah ada yang tak betul. So semalam, pagi-pagi lagi dah pergi bengkel hantar Si Merah. 

Tahun 2012. Diagnosed with Chronic Illness. Ceritanya di SINI.

Sampai bengkel Ayah En. Barney dah tunggu dengan kereta En. Barney. Biasalah bengkel tu boleh kata port lepak dia jugak. Bengkel member pulak. Dari bengkel hantar Ayah balik rumah terus pecut ke kenduri pulak di KL. Dah la hampeh jammed di mana-mana. Terlepas simpang pulak, naya kena u-turn setengah jam. Padahal jalan kaki dah lama sampai. 

Wedding Boss Kecik

Boss kecik Iolls, yang pengantin perempuan tu. Tak adalah boss kecik, supervisor actually. Yang betul-betul boss I yang pakai baju hitam depan pengantin. Actually tak adalah pengantin baru sangat sebab nikah in November, cuma resepsi je baru buat semalam. Tahniah Kakak gorgeous macam princess. Please do not worry pasal report, nanti I tolong send. Hiks. 

Lepas kenduri, pecut pulak ke Ampang Point ambik Blogger Sally. Kesian Sally, lama tunggu. Sorry! Dengan jammed nya lagi kan. 

Dua-dua serius nampak

Big Bad Wolf @ MIECC with Sally. Yippeee! Lupa sebentar semua stress, lupa sebentar Si Merah yang meragam. Nanti lah I cerita lebih lanjut tentang Big Bad Wolf. Cerita sekarang nanti panjang pulak kisahnya. 

Sebelum hantar Sally balik rumah, kita menyinggah dulu di D'Kenali Ikan Bakar, Bandar Baru Bangi makan kerang bakar favourite Iolls. Lepas makan, hantar Sally balik, jenguk Si Merah yang masuk wad tu pulak. Nak tengok sama ada dah boleh discharge belum, 

Sampai-sampai bengkel, Si Merah dah okay. Tapi yang 'merawat' Si Merah tu bagitau, condition Si Merah memang dah teruk pun. Bila dia cakap, "tunggu masa je sebenarnya", wah hati macam dicarik-carik je. Sebak. Tapi nak buat macam mana, umur pun dah hampir cecah 20 tahun. Hebat jugak dia boleh bergerak sampai sekarang. Paling-paling pun bertahan lah untuk lagi setahun, please.

p/s : Wahai Si Merah, bagi lah chance I untuk kumpul duit kahwin dengan tenang ye. 

11 comments

2/08/2015 05:10:00 pm

banyak jasa simerah tu....

betul tu simerah..bertahan lah lagi setahun..
:-))

2/08/2015 05:31:00 pm

moga si merah cepat sembuh..:)

2/08/2015 05:53:00 pm

kene selalu puji Si Merah, baru dia tak meragam...kot...hehe =)

2/08/2015 06:43:00 pm

Pehhh memborong buku banyak tu dengan sally.hahah.khusyuk gila belek buku sampai tak pandang kamera ;P

2/08/2015 07:55:00 pm

Alahai... minta² tak.ada apa²lah kereta tu kan...

2/08/2015 10:00:00 pm

ingat apalah si merah tu hehe

2/08/2015 10:04:00 pm

lama jugak tu 20 tahun.

2/08/2015 10:05:00 pm

Jauhnya perjalanan smlm...hahahaha...thanks for the day!

2/09/2015 08:26:00 am

Semoga si Merah akan kembali 'sihat' ye ..

2/09/2015 11:13:00 pm

wahh pnjng umo si merah tu ye..hehe
tgok la org yg mjaga kan.. =)
xpe..selagi boleh guna,digunakanlah shabis baik =)

2/11/2015 09:12:00 am

bahaya tu brek susah nk berfungsi..
xapa la kan melabur hantar 'klinik' kereta tu..

btw,cantik pengantin ppuan..! :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...