05/02/2015

Makan-makan @ Warung Dusun Gear Box, Kajang

Pernah satu ketika, ada orang tu bagitau Iolls. Nanti one fine day, dia nak bawa I makan Sup Gear Box. Selepas bertahun-tahun baru lah janji tu tertunai. Bukan apa, I ni bukan jenis yang makan banyak pun. Kena mood nak melantak tu betul-betul sampai baru syok lagi puas hati. Kalau tak sesuap dua je I boleh sumbat. Selebihnya terbazir.

Last two weeks gara-gara tengok drama korea lah, I bagitau En. Barney teringin nak makan Sup Gear Box. Dia bagitau, the best Sup Gear Box adalah di area Bandar Baru Bangi - Kajang. I ni kalau dah ke Bangi, mula lah nak ajak ke sana dan ke mari. Mengimbau masa lampau katanya, sebab bagi I makanan kat Bangi sedap-sedap belaka. Itu pasal En. Barney start membulat semacam selama dia study kat UKM. 


Bila google, Warung Dusun Sup Gear Box ni buka pukul 6.00 petang dan weolls sampai memang sharp pukul 6.00 petang. So memang kosong lah. Tunggu dalam 15-20 minit, nescaya makin banyak kereta, makin ramai pengunjung. Dulu masa zaman UKM, pernah makan kat sini sekali. Tapi tak pulak order Sup Gear Box. Student, faham-faham sendiri je lah. 


I rasa kan, time order tu I bagitau nak jus honeydew. Tapi bila sampai rupa macam susu sejat, susu cair dan segala macam datuk moyang susu. Putih semacam.


Masa pandang menu, tetiba rasa macam nak makan sotong. So order lah sotong masak petai. Sekali bila makan, rasa terbakar lidah oi! Gara-gara sotong ini juga lah I tak boleh nak melantak dengan jayanya. Bila pedas, banyak minum air. Bila banyak minum air, mula lah kembung perut, cepat rasa kenyang. Bila dah kenyang, tak boleh nak sumbat lagi dan lagi. Argh, rugi!


Adakah banyak sangat untuk dua orang makan? Staff di situ terkejut pulak tengok I dan En. Barney berjaya menghabiskan semua ni. Tapi yang nyatanya, I makan 30% je. Selebihnya En. Barney sapu. Dahsyat, tunang siapa lah tu kan. 


Sebenarnya kan, I is tak pernah makan Sup Gear Box kat kedai. So tak tau nak komen sama ada sedap atau tak. Sebab tak pernah merasa langsung pun Sup Gear Box di kedai lain. Yang I makan cuma lah sup yang straight dari dapur mak Iolls. Nak compare Sup Gear Box di sini dengan yang mak masak memang tak boleh lah kan. Mak goreng telur dadar kosong tak bubuh garam, tak letak bawang pun still the best in the world! Betul tak? Cuma satu je lah yang I paling tak suka, rasa MSG tu kuat sangat lah. Memang tak berapa nak boleh sangat lah hirup supnya. Rasa tak syok pulak kat situ. Lagi-lagi buat pencinta tegar sup dan yang sewaktu dengannya. 


Kalau ditanya, puas hati atau tidak. Memang cukup puas hati! Kekenyangan yang melampau. Sebelum ni singgah makan di sini di waktu malam, memang agak penuh jugak lah. Itu pun masa weolls pergi kali ini, datang awal sikit. Kalau lepas maghrib dalam pukul 8.00 malam memang tak ada harapan lah nak parking betul-betul depan tangga ni ha. Sila lah park kereta di pinggir-pinggir jalan sana. 

Warung Dusun Sup Gear Box
Address : Lot 6045, Jalan Dusun, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang
Contact : 012-6227220 / 012-6130055

Direction untuk ke Warung Dusun Sup Gear Box? Kalau uolls lalu highway KL-Seremban, keluar exit Kajang. Lepas tol sila lah follow sign board ke UKM. Kalau guna Kajang Silk pulak, keluar simpang Bandar Baru Bangi / UKM. Jalan straight sikit, sila lah perhati Warung Dusun Sup Gear Box di sebelah kiri anda. Kalau tak silap lepas stesen minyak kot rasanya. Senang je nak cari, tak susah mana pun. Hiks

p/s : Buat entri ni rasa macam nak pergi lagi lah pulak. Sobs. 

8 comments

2/05/2015 11:58:00 am

benda paling syok makan sup gear box, sedut lelemak dalam tulang tu..pergghhhhh!

2/05/2015 02:02:00 pm

lalu lalang je tempat ni tak belum ada kesempatan nak singgah lagi la..

2/05/2015 02:43:00 pm

semestinya tunang AA lah kan....hahaha..

sumsum gear box yang paling sedap..lemak berkrim :-))

2/05/2015 03:32:00 pm

Dah lama gila tak makan dekat sini. So far the bestest Sup Gearbox yang kita pernah makan kot. Walaupun tak reti sedut gearbox tu. Eeeuuuwww. Lemak. Hahahaha.

2/05/2015 03:37:00 pm

port nie memg kami slalu g...lps maghrib kompom dah penoh...kena g awai sket...tp x penah pon mkn sup gear box tu..tomyam dia so so jelah...slalu oder siakap 3 rasa je..hehehe..satu je kelemahan, paking ya rabbi susah amat...

2/05/2015 03:45:00 pm

sdapnya..:)

2/05/2015 08:45:00 pm

sotong masak petai tu sedapnyaa. lama tak makan petai. sup gear box pon nampak sedap. tp sy tak suka makana sup selain mak yg buat. hehe

2/07/2015 08:50:00 am

xada la banyak sangat pun..hehehe..pelik agaknya staff tu..
bila perut mmg dah plan nak kosong,bila dah sampai mulalah penuhkan perut..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...