24/02/2015

Mee Udang & Mee Ketam di Pantai Merdeka

Kisah Pantai Merdeka Part I (SINI)
Kisah Pantai Merdeka Part II (SINI)

Dan ini adalah Kisah Pantai Merdeka part III, dan juga part yang terakhir untuk sesi jalan-jalan makan angin dan melantak masa ikut En. Barney outstation di kampung halaman dia tempoh hari. Dah puas jalan-jalan sambil hirup udara segar tepi laut, mari kita mencari makanan untuk perut yang dah sedia berlagu keroncong. Tengok-tengok gitu aje menu di gerai-gerai medan selera Pantai Merdeka ni, Then mata cepat je menangkap sesuatu. Mata I ni boleh tahan cekap jugak, lebih-lebih lagi bila scan perkataan promotion di pasaraya seperti Giant, Tesco dan sewaktu dengannya. Pantang nampak perkataan promotion. Cuma kalau cari orang di tempat public yang sesak, I is failed. Kalau nak scan mamat-mamat handsome pun boleh tahan cekap jugak tapi itu zaman uni dulu lah. Bila dah ada En. Barney, function untuk scan mamat handsome tu dah berkarat. Tak digunapakai dah. Eh alamak, kita cakap pasal makanan tadi kan macam mana boleh melencong ke mamat handsome pulak ni?

Berbalik semula ke kisah asalnya. I ternampak di satu gerai ni ada tertulis besar-besar siap bold lagi, perkataan Mee Ketam. I kan dari zaman penjajahan Portugis lagi dah teringin nak makan ketam so apa salahnya sekali sekali memuaskan nafsu makan dan tekak melantak mee ketam dah alang-alang ada kat sini. Bold dan zaman penjajahan Portugis - over lah perempuan ni. 


Ha kat sini lah weolls order ABC Cornetto yang tinggi menggunung tu. Dah alang-alang ada Mee Ketam dan Mee Udang sekali. I order Mee Ketam, En. Barney pulak dengan Mee Udang. 


I tak rasa pun Mee Udang ni. Sebab alergik so hirup kuah pun I tak berani. Tapi En. Barney bagitau dia puas hati. Udang pun banyak dan besar. 


Akhirnya, dapat jugak tekak Iolls ni makan ketam dan dapat jugak perut ni menghadam Mee Ketam yummy. Cuma ketam tu macam kecik sikit lah tapi isinya padat dan yang paling syok isi ketam tu manis. 

Disebabkan terlalu lapar agaknya, Mee Udang sepinggan tak cukup untuk En. Barney. Dia order lagi sepinggan Char Kuey Teow. Kesian tunang I, terasa diri ni macam kejam pulak kejap biarkan dia kebulur sepetang. Ampun tuan hamba, lain kali hamba buat lagi. Hiks. 

Mee Udang sepinggan, Mee Ketam sepinggan dan Char Kuey Teow sepinggan. Tambah lagi ABC Cornetto, total semua kalau tak silap RM40. Mee Ketam dan ABC Cornetto sahaja pun dah buat I rasa full sampai tak boleh bercakap. Yela, mata dah mengantuk sebab kenyang yang amat. 

p/s : Naik 1 kg, punah semua diet. 

9 comments

2/24/2015 08:14:00 am

Salam .Hee seronok makan-makan dating dgn tunang.

2/24/2015 08:32:00 am

woi kak aisya pe ni pepagi sedap gila ni oii

2/24/2015 08:32:00 am

Mesti tak boleh challenge yang dekat Nilai tu kan. Eh. Saja bakar line. Ekekekekeke. :P

2/24/2015 11:28:00 am

Apa nii tayang makanan sedap sedap. hahaha. alahh baru naik sekilo. lek ahh :P

2/24/2015 01:54:00 pm

suka tau buat kita terliur..haha lama rasanya dah tak jejak ke pantai merdeka..

2/25/2015 06:42:00 am

sekali sekala makan sedap tak pelah.

p/s:Happy blogwalking dari admin blog [Hero Borneo]

2/25/2015 05:12:00 pm

aduhh..dpnyer tgok mee udang tuu nyum3 lau yaya mkn ni mmg punah jugak diet..hahaha

2/25/2015 11:12:00 pm

mee ketam ... tak pernah mkn . tu yg terliur tu . selalu gak beli ketam tapi blm cuba buat mee ketam ...

2/27/2015 09:18:00 am

wahh. mee udang sedapppp! Mee ketam je tak pernah rasa lagi.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...