After raya, perkara biasa bila dengar sana sini complain "Alamak, berat dah bertambah!", "OMG, pipi dah makin bulat" dan semua yang seerti dan semaksud dengannya. Pandang cermin, kemudian tampar-tampar pipi yang nampak bulat biar makin mengecik. Kalau lah semudah itu. Pasti pipi Iolls dah macam Taylor Swift dan bukan seperti di kala malam bulan mengambang. Well, biasalah. Tak raya lah kalau tak melantak macam seribu tahun tak makan dengan berbekalkan alasan "Alah, raya setahun sekali je". Betul tak? Lemang, ketupat, rendang, kari, dan segala macam yang boleh disumbat ke dalam mulut lantas mengenyangkan perut. Bila dah mula "meng-ular sawa-kan" diri baru nak ingat, patutnya berhenti sebelum kenyang. Ha, kan dah menyesal. Mula lah buat temu janji dengan Pakcik Google, search sana sini tips untuk kurus. Heh, membebel pulak perempuan ni kan?
By the way, kita lupakan perenggan di atas dan anggap ianya adalah sebuah iklan yang tak berbayar. Point utama yang I nak highlightkan kat sini adalah "Healthy Living" especially after raya ni. Tapi tak lah bermaksud lepas raya je kita kena amalkan gaya hidup yang sihat. Setiap masa, di mana jua anda berada. Second point. Betul tak? Bila cakap tentang gaya hidup sihat ni kan, why not kita mulakan dengan breakfast. Gantikan nescafe, coffee, ataupun teh biasa di awal pagi dengan Teh Hijau pula. I know, ramai yang cakap teh hijau tak sedap, tak kena dengan tekak, bla bla bla. Belum cuba belum tau, sama lah macam tak kenal maka tak cinta. Lidah tak rasa, minda tak tafsir macam mana hati nak suka?
Kenapa I buka cerita tentang teh hijau yang orang putih panggil green tea tu? Kenapa tak benda lain? FYI, Iolls ni suka sangat minum teh hijau kalau nak compare dengan teh biasa tu. Lagi-lagi, teh hijau
Sushi King. Macam tengah minum teh hijau kat negara matahari terbit je. Kalau sebelum ni, Iolls beli teh hijau BOH tu je. Tapi sebab tak puas hati punya pasal, Iolls masuk lah mana-mana forum yang I jumpa dan baca brand teh hijau mana yang ramai orang rekomen.
Japanese Green Tea brand OSK. Rasanya serius sama macam green tea kat
Sushi King tu. Sebenarnya dah berbulan juga cari brand teh hijau yang ni. Baru sekarang jumpa. I baca ada dijual di Jusco, Tesco, Giant dan pasaraya-pasaraya yang sewaktu dengannya. Orang-orang Miri boleh cari OSK Green Tea ni di E-mart. Giant atau Boulevard atau tempat-tempat lain tak sure pulak ada atau tak.
Jadi apa kaitannya teh hijau dengan gaya hidup sihat dan apa bezanya dengan teh biasa tu. Ni baru Iolls nak story mory kat uolls apa sebenarnya kebaikan teh hijau ni.
- Membantu dalam mengurangkan berat badan. Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme. Polyphenol yang terkandung di dalam teh hijau bertindak untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan juga kadar tubuh anda menukarkan makanan kepada kalori.
- Melindungi daripada penyakit diabetes. Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dengan melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ini mengelakkan paras insulin yang tinggi yang menyebabkan penyimpanan lemak.
- Melindungi daripada penyakit jantung. Kajian saintis menunjukkan bahawa teh hijau bertindak ke atas lapisan salur darah dan memastikan ia kekal tenang dan mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap sebarang perubahan pada tekanan darah. Teh hijau juga melindungi daripada pembentukan darah beku yang menjadi punca utama serangan jantung.
- Melindungi daripada kanser. Ada bukti yang menyatakan bahawa teh hijau mengandungi bahan yang membantu dalam melawan kanser. Sebatian yang dikenali sebagai epigallocatechin-3-gallate (EGCG), membantu menghalang pertumbuhan salur darah.
- Mengawal kolesterol. Teh hijau mengurangkan Low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol 'tidak baik' dalam darah dan meningkatkan nisbah High-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol yang 'baik' kepada LDL.
- Melindungi daripada penyakit Alzhemeir dan Parkinson. Teh hijau dikatakan melambatkan kemerosotan yang disebabkan oleh kedua penyakit tersebut. Kajian terhadap tikus makmal menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel otak daripada mati serta memulihkan sel-sel otak yang rosak.
- Mengelakkan kerosakan gigi. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan catechin dalam teh boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan tekak dan kerosakan gigi.
- Mengawal tekanan darah. Pengambilan teh hijau secara berterusan oleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- Mengelakkan kemurungan (depression). Asid amino semula jadi iaitu theanine dianggap memberikan kesan yang santai dan menenangkan.
- Catechin yang terkandung di dalam teh hijau merupakan agen antibakteria dan antivirus yang kuat yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat pelbagai penyakit daripada selesema kepada kanser. Beberapa kajian juga menunjukkan teh hijau juga menghalang penyebaran penyakit.
- Membantu dalam penjagaan kulit. Sifat antioxidants dan anti-inflammatory yang ada pada teh hijau membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.
- Meningkatkan imuniti. Menurut satu kajian di Jepun, berkumur dengan teh hijau meningkatkan imuniti seseorang terhadap influenza dan selsema. Kajian di Universiti Harvard juga menunjukkan bahawa bahan kimia yang terkandung dalam teh hijau merangsang gammadelta T-cells, yang meningkatkan imuniti terhadap bakteria dan virus.
- Membantu melawan alahan (Allergies). Para penyelidik di Jepun telah mengenalpasti sebatian yang terkandung di dalam teh hijau yang menghalang reseptor sel yang terlibat untuk menghasilkan tindakbalas terhadap alahan.
Satu uncang waktu pagi, satu lagi waktu malam.
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi nanti sampai ke sudah tak habis-habis cerita teh hijau. Tak menyempat teh biru, teh oren, teh ungu nak masuk line. Ini sudah ke tahap yang tak boleh pakai. So lepas ni boleh try minum teh hijau pulak waktu breakfast ataupun waktu-waktu lain. Contohnya masa hari hujan, duduk tepi jendela dengar bunyi titisan hujan yang seakan-akan mengetuk cermin tingkap sambil ditemani sebuah novel. Berangan!
sumber : INI dan INI