31/08/2013

Kisah Si Kidjang

Hai, kembali semula bersiaran bersama saya. Memandangkan hari ni Hari Merdeka, jadi kita cuti blogging sebentar. Tipu semua ini, padahal malas sebenarnya. Macam mana dengan sambutan ambang merdeka semalam? Okay, entri hari ni sebenarnya sambungan daripada gambar di bawah.


Ramai yang tertanya-tanya dan Chipmunk dah janji dengan Blogger Lana untuk buat entri lain tentang perkara ni. Gambar di atas merupakan helaian pertama sebuah novel yang Chipmunk baca bertajuk Kerana Kidjang yang dikarang oleh Radzemah Bolhassan.


Kulit depan novel 348 helaian. Novel ni mak Chipmunk yang punya. Itupun dapat masa mak mengikuti sebuah kursus, tak ingat pulak bila. Dan Chipmunk pun baru tau kehadiran novel ni kat rumah, lepas Chipmunk selongkar kabinet novel mak. Macam movie Titanic yang diambil dari kisah Kapal Titanic, novel ni pun sama. M.V Pulau Kidjang yang karam di muara Sungai Rajang, Sarikei pada tahun 1973. 

M.V Pulau Kidjang (Sumber : Google)

Chipmunk tau tentang Tragedi Pulau Kidjang ni pun pada tahun 1999. Time tu kecik lagi, masih lagi sekolah rendah. Masa tu, akhbar Mingguan Sarawak menyiarkan berapa siri artikel sempena memperingati tragedi karamnya kapal ini. Bapa Chipmunk simpan artikel-artikel tu. Tapi lepas kitorang pindah rumah 2 tahun selepasnya, keratan akhbar tu semua hilang, tak tau simpan kat mana. Sayang pulak, kalau tak mesti Chipmunk dah tunjuk. Masa tu, setiap minggu mesti tak sabar nak beli Mingguan Sarawak sebab nak baca sambungan artikel minggu sebelumnya. Sangat menyayat hati, ada masa baca artikel tersebut dengan linangan air mata. Penulis artikel tersebut menjejaki semula dan menemuramah mangsa-mangsa tragedi M.V Pulau Kidjang yang masih hidup. Memang sebak baca kisah-kisah yang diceritakan. Yang Chipmunk ingat lagi, penduduk setempat tak makan ikan dalam jangka masa yang lama jugak. Sebabnya, ada yang menjumpai jari manusia, cincin dan lain-lain lagi dalam perut ikan.

Chipmunk nak cerita panjang-panjang tak berani pulak. Tapi bagi yang betul-betul nak tau kisah M.V Pulau Kidjang ni boleh cari buku Tragedi Pulau Kidjang : Sebuah peristiwa yang menyayat hati oleh Aini Selikang. Chipmunk pun tengah cari buku ni jugak. Ataupun nak tau serba sedikit peristiwa Karamnya Pulau Kidjang boleh baca di SINI.


29/08/2013

Kes Jenayah : Gigitan halus pada kulit!

Lepas mak balik dari sekolah petang tadi, mak Chipmunk mengadu. Kulit novel yang dia baca macam ada kesan gigitan. Bukan kesan gigitan manusia. Tapi gigitan kucing. Kucing yang mana satu tak dapat dikenalpasti sebab ada dua suspek kes gigitan pada kulit novel iaitu Cik TengTeng dan Abang E'el. Nak tau suspek yang mana satu adalah 'penjenayah' sebenar maka Chipmunk dan mak terpaksa melakukan soal siasat disertakan dengan bahan bukti yang diletakkan di hadapan suspek. Ha, ada macam Rancangan 999 kat TV3 tu tak? Hiks. Jadi kita mulakan dengan Suspek Pertama iaitu Cik TengTeng.


Suspek yang dibekalkan dengan bahan bukti pada mulanya berpura-pura membaca novel. Soalan Mak kepada Suspek Pertama, "Cepat TengTeng baca novel, dah sampai Bab 10". Sebaik sahaja soalan tersebut diajukan, Cik TengTeng mula bertindak seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah.


Case closed. Penjenayah bagi kes ini telah dapat dikenalpasti iaitu Cik TengTeng. Modus operandi yang digunakan untuk mendapatkan pengampunan dan dikecualikan daripada denda bebelan daripada mak adalah.....

Buat muka kesian selepas dibebel.

Dan juga buat muka bajet macam comel sangat. 

Dah lama tinggalkan habit menggigit wayar (Boleh rujuk entri INI), sekarang beralih pulak kepada kulit novel. Kucing, kucing. Dapat apa lah gigit kulit novel tu.

KakaoTalk dan Ferris Wheel

sumber : Pakcik Google

Biasalah tu kan. Sekejap pasang, sekejap surut. Bila malam, tak adalah siang. Bila siang, malam pulak menghilang. Semuanya berpasang-pasangan. Macam manusia juga lah kan. Lebih tepat lagi hubungan sesama manusia. Point utamanya. Sekejap kita gelak sakan sampai mengalirkan air mata. Ada masa kita gaduh bertepuk tampar, tarik rambut lah, baling selipar lah dan semua cara yang boleh menyakitkan pihak lawan. Cuma kalau sampai balik kerusi meja itu dah parah dah tu. Baling parang lagi parah! Macam Chipmunk dan En. Barney jugak lah. Kadang-kadang sengaja nak cari pasal kalau dah lama tak gaduh. Tapi bila dah gaduh part nak memujuk tu yang payah. Yang seorang ni tak pandai nak pujuk, yang sorang lagi pun tak pandai nak pujuk jugak tapi masalah yang paling besar kalau merajuk nombor satu macam tak akan mungkin boleh dipujuk. 

Tapi sekarang, terima kasih diucapkan kepada bermacam-macam aplikasi yang muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan masalah itu kini dapat diatasi. Er, kenapa bunyi macam advertisement je. Oh, ini bukan iklan berbayar. Jangan tukar channel. Ceh, masalah lah sangat. Ini semua hanyalah propaganda dua orang manusia di kala otaknya mengalami dysfunctional. Sila jangan percaya. By the way, bila cakap pasal pujuk memujuk ni, ada satu tips yang Chipmunk belajar dari En. Barney. 


Ini ada tips nak pujuk orang tak kisah lah awek, kakak, abang, adik, mak atau nenek sekalipun dengan menggunakan aplikasi KakaoTalk. Try cara ni nescaya lepas tu akan gelak terbahak-bahak terus lupa segala sengketa. 


Langkah pertama, haruslah install KakaoTalk kat smartphone uolls. Langkah kedua, sila call target dengan menggunakan aplikasi ini. Tapi target uolls perlu ada Kakaotalk jugak lah. Kalau tak, nak call macam mana. Langkah ketiga, jangan lupa ubah suara menjadi suara Tom the Cat. Chipmunk memang tak boleh tahan gelak kalau En. Barney ubah suara jadi Tom the Cat. Nak marah terus gelak. Nak tahan gelak pun tak boleh. Inikan pulak nak merajuk main-main, lagi lah tak mampu. Ha, kalau korang dah tak ada idea langsung macam mana nak pujuk orang, boleh lah try cara ni. Bukan setakat nak pujuk, tapi nak ceriakan mood seseorang pun boleh jugak. Mana tau lepas dengar member yang baru je transform jadi Tom the Cat terus senyum lebar. Ha, kan dah berbakti pada masyarakat namanya tu. Ehhhh.


27/08/2013

Thanks Mr. Nuffnang : Dove Samson D

Siang tadi Chipmunk ada terbaca satu entri seorang blogger baru yang menggelarkan dirinya Mama (Berapa Kali Anda Cuci Rambut). Bukan cerita hantu MAMA tu eh. Harap maklum. Tapi iolls bukan nak tanya uolls ni cuci rambut berapa kali sehari, er seminggu. Nak jawab soalan tu boleh terjah entri Mama. Sebenarnya nak cakap entri tersebut mengingatkan Chipmunk tentang sesuatu. 


Dove Samson D

Alhamdulillah, sebijik lagi iklan Mr. Nuffnang bagi. Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah banyak-banyak lagi. Kali ni dapat iklan Dove pulak.


Siapa pengguna syampu Dove di sini cepat-cepat angkat tangan! Dove Malaysia telah melancarkan satu kempen iaitu kempen Rambutmu Mahkotamu. Something to do with rambut gugur dan meningkatkan kualiti hidup seterusnya membolehkan Dove Empowerment Fund dilancarkan. Anda dan anda diperlukan untuk menjayakan lagi kempen ni. Macam mana? Ha, yang tu kena lah klik iklan Dove yang menari-nari kat blog I kalau uolls nampak. Terima kasih!

Anthem - Hlovate

Dah lama tak kongsikan novel yang dah habis dibaca. Novel yang Chipmunk nak share ni sebenarnya dah lama dah Chipmunk habiskan. Tapi tunggu mood sharing is caring tu sampai dulu.


Anthem
Hlovate

Dalam entri INI Chipmunk ada bagitau Chipmunk tengah baca novel Hlovate ni. Blogger Hana ada tanya best ke tak. Apa-apa pun kita baca sinopsis dulu eh.

klik untuk lebih jelas

Ramai yang minat karya Hlovate kan? Chipmunk pun. Ada jugak novel-novel yang lain tapi kena selongkar dulu almari. Kalau buka almari tak ditimpa novel tak sah. Orang lain ditimpa tangga, iolls je ditimpa novel. Blergh, siapa suruh susun macam tu. Karya Hlovate memang santai. Cerita ni boleh baca sambil gelak-gelak, senyum simpul lagi. Tapi bila dah masuk pertengahan cerita, isu yang dikupas makin berat. Soal agama, soal syahadah. Dalam erti kata sebenar. Biarpun berat, tapi masih lagi boleh bersantai dengan gaya penceritaannya. Siapa yang nak berangan jejak kaki kat bumi India, tengok Taj Mahal ataupun berangan nak pergi Ankara, Turki boleh la baca Anthem. One word Chipmunk bagi, menginsafkan. 

p/s : Ada banyak novel baru mak beli, cuma tak ada mood lagi nak membaca. Simpan dulu lah.

26/08/2013

GiveAway Follow dan Like Blogshop WanitaGorgeous


Simple je syarat-syaratnya, jadi automatik rajin lah nak join. Nak join jugak boleh klik banner di atas. Hadiah-hadiah pun menarik.


Tarikh Tutup : 31 Ogos 2013

Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits

Chipmunk malas nak panjang-panjang cerita maka, Iolls straight to the point saja ye. Penghujung Julai lepas Chipmunk dapat satu CPUV Campaign daripada Mr. Nuffnang, iklan Marigold Peel Fresh. Dalam entri INI, Chipmunk ada bagitau Chipmunk nak try Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits. Memang sejak tu Chipmunk cari, agak susah jugak nak jumpa. Dan baru kelmarin Chipmunk tengok, apa lagi terus capai masuk dalam troli lah jawabnya. 


Rasanya sedap. Nak kata macam Ribena tak jugak, ada rasa anggur sikit, nak kata rasa epal pun tak jugak. Tak boleh nak explain macam mana rasanya tu. Mula-mula terfikir jugak, entah macam mana lah rasanya sebab macam-macam yang ada. Takut jugak mula-mula, takut pelik rasanya. Tapi tak ada makna lah rasanya pelik. Sedap adalah! Tak manis pun, tapi dapat rasa macam manis buah. Dah kata No Sugar Added, kalau manis jugak tak tau lah.

Campuran pelbagai veggies and fruits

Vegetables
  • Purple Carrot
  • Purple Beetroot
  • Purple Potato
  • Pumpkin
  • Spinach
  • Tomato
  • Celery
Fruits
  •  Blueberries
  • Prune
  • Lemon
  • Apple
  • Pineapple
  • Grape
Chipmunk dah rasa dan bagi Chipmunk rasanya sedap. Boleh lah uolls try pula. Tak payah takut-takut, tak pelik pun rasanya. Kalau boleh minum Peel Fresh Apple, Grapes semua tu, boleh jugak lah minum Peel Fresh Powerveggies and Fruits ni. Tak jauh sangat beza rasanya.


25/08/2013

Korean Drama : Who Are You?

Baru je habis tengok drama Korea yang bertajuk I Hear Your Voice. Tak ada lah baru habis tengok, dah lama jugak, before raya hari tu kot. (Kalau nak download drama I Hear Your Voice boleh rujuk entri INI. Memang best gila!). Dah habis stok drama Korea jadi I cari lah drama-drama korea baru. Sebab baru habis tengok drama That Winter, the Wind Blows jugak. Pilih jugak mana yang Chipmunk nak tengok. Nak tengok semua tak mampu lah. Simpan untuk masa akan datang pulak. So sekarang, Chipmunk tengah follow drama ini..

Dibintangi oleh So Yi Hyun dan Taecyeon (2PM)


Mengisahkan tentang seorang anggota polis bernama Yang Si Ohn (So Yi Hyun) yang mempunyai kebolehan untuk melihat 'manusia yang telah tiada' selepas bangun dari koma selama 6 tahun. Kembali bertugas di Lost & Found Centre bersama Cha Gun Woo (Taecyeon) dan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan insan-insan yang hanya boleh dilihat oleh Yang Si Ohn. Dalam masa yang sama, Yang Si Ohn berusaha untuk mengembalikan memori kejadian 6 tahun lalu, pada malam sebelum dia koma dan juga malam yang meragut nyawa teman lelakinya, seorang anggota polis bernama Lee Hyung Joon (Kim Jae Wook).

Drama ni baru sampai episod 8. So sekarang Chipmunk tengah tunggu episod 9 dan 10 minggu depan. Tak scary pun hantu-hantu yang muncul dalam cerita ni. Tapi cantik-cantik. Hantu teman lelaki Yang Si Ohn iaitu Lee Hyung Joon tu la yang paling handsome! Tapi sedih jugak bila Yang Si Ohn ni tak ingat apa-apa pun tentang Lee Hyung Joon padahal hantu handsome tu lah yang sentiasa berada di sisi. Eh kejap, tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tak best lah uolls dah tau before tengok. Tak sabar pulak nak tunggu next episod ni. Nak tengok hantu handsome. Eh?

Download
Who Are You?


p/s : Siapa tengok The Master's Sun ataupun Good Doctor? Best tak?

Lepaking @ Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK), Miri

Semalam tak sempat nak buka blog langsung. Pagi-pagi lagi dah keluar dengan family. Sampai je rumah petang tu keluar balik sebab dah janji nak keluar dating lepak dengan girlfriends sekalian. Balik je makan ubat batuk, mata pun rasa makin lama makin berat. Disebabkan kitorang nak pergi makan, Chipmunk heret sekali adik bongsu Chipmunk.

Tempat lepak wajib, KFCK

Kitorang kalau nak lepak makan-makan sambil bercerita memang kat sini lah destinasinya. Chipmunk pernah buat entri tentang Kinky Fat Chef Kitchen dan burger tunok nya yang serius lebih sedap dari McD (Boleh rujuk entri INI). Dalam gambar tu ada, Grilled Beef (RM5.00), Chicken Xtreme (Chicken Meat Loaf Add on, RM6.80), Grilled Beef XL (Double Patty and Double Cheese Slice, RM8.00) dan Lamb (RM7.00). Nak tengok menu boleh rujuk Facebook Kinky Fat Chef Kitchen (SINI). Di sini patty semua homemade, dari beef sampai lah lamb. Siap special sauce lagi. Memang takkan jumpa kat tempat lain lah.

Selalu datang petang, tapi semalam buka pukul 7 malam pulak. Baru 7.10 malam tengok-tengok ramai gila orang. Kalau dulu kecik je tempatnya, sekarang dah besar sikit lah. Semalam agak penuh lah. Sampai kena berdiri menunggu meja kosong. Nak makan punya pasal, sanggup dan setia lagi menunggu.

Oh ya, KFCK ni pernah disiarkan di dalam Rancangan Menu Alam, Al-Hijrah dan baru-baru ni ada event Era.FM Sarawak. Jadi bagi siapa-siapa yang datang berkunjung ke Miri, ini tempat wajib pergi dan burger tunok KFCK memang makanan wajib rasa. (Burger tunok = burger bakar). Semalam Chipmunk tengok, mat saleh pun juga datang makan kat sini. Jangan kata mat saleh, Chipmunk pernah terbaca kat FB KFCK, ada yang sanggup datang dari semenanjung. Dahsyat.

Besties

p/s : Ada yang datang Miri, meh I jadi tourist guide uolls.

23/08/2013

Tunggu bila ada mood

Masih belum sihat sepenuhnya. Selsema sikit je pun, makan panadol soluble. Next day nya terus baik. Cuma masih lagi batuk-batuk. Bila diri tak berapa sihat ni, mood blogging pun makin menurun. Adalah dua hari jugak tak blogwalking dan reply jejak di shoutbox tu. Baru hari ni sempat singgah blog yang tersenarai dalam bloglist. Nanti malam sikit baru nak jenguk shoutbox pulak.

Klik untuk lebih besar dan jelas.

Komen pun tak ada mood lagi nak approve. Ni kan pulak nak reply. But still, terima kasih banyak-banyak buat rakan-rakan blogger yang tak pernah jemu singgah dan tinggalkan komen. Nanti Iolls reply dan singgah mengomen kat blog Uolls secara berperingkat pulak. Kena tunggu mood sampai dulu lah tapinya.

p/s : Mak ajak pergi kedai buku, stok buku mak semua dah habis baca.

Baby Baru

Pagi tadi Chipmunk terkejut mak ketuk tingkap bilik Chipmunk bagitau ada seekor kucing kitrorang dah beranak. Tak percaya mula-mula, sebab hari-hari bagi kucing tu makan tak ada pulak tengok perut dia macam kucing baru lepas beranak. FYI, Chipmunk ada dua ekor kucing lagi selain Abang E'el dan Cik TengTeng. Cuma Cik TengTeng dan Abang E'el ni kucing rumah, tak keluar pun. Kalau keluar memang kena curi orang lah jawabnya. Sebab dah dua tiga ekor jugak kucing Chipmunk yang cantik-cantik orang curi. Pernah terserempak dengan orang tu tengah bawa seekor kucing cantik. Kucing tu tengah bersantai kat tembok rumah, tiba-tiba orang tu capai dan terus bawa. Jiran-jiran pun ada complain kucing kena curi. Haish, kucing pun nak curi jugak.

Baby Baru

Chipmunk panggil Dot Junior. Sebab maknya nama Dot. Panggil Dot sebab bulu banyak tompok-tompok bulat macam Dot. Tengok anaknya pun ada tompok-tompok Dot jugak. Rasanya dah dua tiga hari jugak ni lahir. Bulu dah kering, yang seekor tu tak tanggal lagi tali pusat, mata pun tak buka lagi. Semoga panjang hayat kitten berdua ni supaya boleh Chipmunk jaga selama yang mampu.

22/08/2013

Thanks Mr. Nuffnang : Escape (Teaser)

Tadi buka blog kejap ternampak satu iklan baru ni. Refresh banyak kali tengok-tengok iklan ni still syok lagi menari-nari kat blog I. Sebab dulu pernah terbaca, kalau nampak iklan ni berdansa lain macam je kat blog then bila refresh banyak kali still ada lagi baiklah pergi check earning Nuffnang, boleh jadi iklan tu BE/CPUV Campaign. Betul ke eh?


Escape - Teaser

Bila check, betul lah instinct. Alhamdulillah dapat CPUV Campaign/BE baru dari Mr. Nuffnang. Terima kasih banyak-banyak! Kali ni dari Escape pulak. Chipmunk tak tau lah apa bendanya Escape ni. Maybe sesuatu yang baru dan ini hanyalah teaser untuk sesuatu yang dipanggil Escape. Er, mungkin? So kalau berminat nak tau lebih lanjut mengenai Escape boleh lah klik iklan tersebut. Oh ya, ada pertandingan Guess and Win juga tau. Mana lah tau dapat jadi peserta bertuah yang meneka dengan tepat.


Burung dan Fesyen Rambut Terkini

Tak berapa sihat, so malas nak menaip panjang-panjang. Mood blogwalking pun ke laut. Alhamdulillah sekarang dah makin baik. So nak share fashion rambut terbaru yang digayakan oleh seekor burung hantu, burung gagak dan seekor falcon. Eh.







Ada yang berkenan? Actually ini semuanya untuk iklan shampoo. Kalau tak silap di Netherlands. Chipmunk tak tau pulak burung pun bersyampu plus dengan gaya rambut yang stylo. Burung zaman moden memang begini ya? Macam-macam lah. Burung jadi model iklan syampu, jimat bajet apa?

sumber : INI

21/08/2013

Segmen Gempak Mieza Jhaa K




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen :
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


20/08/2013

Thanks Mr. Nuffnang : Sanofi Lactacyd

Dah menjadi kebiasaan para blogger, setiap kali Mr. Nuffnang hadiahkan CPUV Campaign ataupun BE wajib buat entri. Betul tak? Yela, sebagai tanda penghargaan buat advertisers sebab memilih blog yang biasa-biasa je macam blog I ni. Bila dah terpilih untuk membantu mengiklankan produk/servis advertisers ni haruslah kita tolong promote lagi produk/servis mereka. Jadi jangan lah salah faham. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk cuma ianya adalah salah satu medium untuk membantu para pengiklan untuk mempromosikan lagi barangan/servis yang diiklankan. Well, sebagai ucapan terima kasih. Senang cerita. Senang cerita konon tapi tetap panjang jugak bebelannya. Huh.


Sanofi Lactacyd

Lactacyd. Pernah dengar? Tau tak apa sebenarnya Lactacyd ni? Okay, senang cerita main point nya feminine hygiene. Bila cakap pasal feminine hygiene ni faham-faham lah. Golongan sasaran haruslah wanita. Jadi kakak-kakak, adik-adik kalau tengok iklan ni menari-nari kat blog I ni boleh lah klik untuk tahu lebih lanjut mengenai Lactacyd.


Siapa nak FREE SAMPLES angkat tangan!

Kalau cakap tentang free samples ni haruslah cepat je kan? Cuma perlu sign up untuk join VIP Club Lactacyd dan isi form untuk dapatkan free samples. Chipmunk dah pun join dan sekarang ni cuma tunggu free samples itu diterbangkan sehingga ke depan rumah. Senang je kan? Tunggu apa lagi, cuma perlu sign up dan join VIP Club je. 

p/s : I hate flu! Grrr.

Kisah Sebelum Raya : Supervisor

Kisah sebelum raya sebenarnya, tapi baru teringat nak kongsi dengan uolls semua. Before raya tahun lepas, Chipmunk ada buat satu entri ni, bercerita tentang 'supervisor' bapa Chipmunk masa beliau tengah sibuk-sibuk kemas ruang tamu. (Boleh rujuk entri INI). Itu tahun lepas punya cerita, tahun ni 'supervisor' tahun lepas ni dah upgrade sikit. Naik pangkat konon, jadi Big Boss. Kali ni 'supervisor' baru pulak yang turun padang tengok bapa Chipmunk kemas-kemas ruang tamu. 'Supervisor' yang Chipmunk cakap ni adalah ini......


yang sebelah kanan tu Big Boss Supervisor.

Tak sempat nak letak apa-apa, dia yang dulu rasmi meja.


Tak ada budak kecik kat rumah tapi ada kucing dua ekor yang memeningkan kepala mak. Tak boleh letak perhiasan kaca atas meja. Bekas kuih, bekas kek semua mesti guna plastik. Sebab kalau dah datang mood bermain dua ekor ni, almari baju yang tinggi pun dipanjat jugak. Ini kan pulak meja yang begini.

p/s : Kalau main kejar-kejar, bukan ingat dunia kucing 2 ekor ni.

19/08/2013

Sihat bersama Teh Hijau OSK

After raya, perkara biasa bila dengar sana sini complain "Alamak, berat dah bertambah!", "OMG, pipi dah makin bulat" dan semua yang seerti dan semaksud dengannya. Pandang cermin, kemudian tampar-tampar pipi yang nampak bulat biar makin mengecik. Kalau lah semudah itu. Pasti pipi Iolls dah macam Taylor Swift dan bukan seperti di kala malam bulan mengambang. Well, biasalah. Tak raya lah kalau tak melantak macam seribu tahun tak makan dengan berbekalkan alasan "Alah, raya setahun sekali je". Betul tak? Lemang, ketupat, rendang, kari, dan segala macam yang boleh disumbat ke dalam mulut lantas mengenyangkan perut. Bila dah mula "meng-ular sawa-kan" diri baru nak ingat, patutnya berhenti sebelum kenyang. Ha, kan dah menyesal. Mula lah buat temu janji dengan Pakcik Google, search sana sini tips untuk kurus. Heh, membebel pulak perempuan ni kan?

By the way, kita lupakan perenggan di atas dan anggap ianya adalah sebuah iklan yang tak berbayar. Point utama yang I nak highlightkan kat sini adalah "Healthy Living" especially after raya ni. Tapi tak lah bermaksud lepas raya je kita kena amalkan gaya hidup yang sihat. Setiap masa, di mana jua anda berada. Second point. Betul tak? Bila cakap tentang gaya hidup sihat ni kan, why not kita mulakan dengan breakfast. Gantikan nescafe, coffee, ataupun teh biasa di awal pagi dengan Teh Hijau pula. I know, ramai yang cakap teh hijau tak sedap, tak kena dengan tekak, bla bla bla. Belum cuba belum tau, sama lah macam tak kenal maka tak cinta. Lidah tak rasa, minda tak tafsir macam mana hati nak suka?

Kenapa I buka cerita tentang teh hijau yang orang putih panggil green tea tu? Kenapa tak benda lain? FYI, Iolls ni suka sangat minum teh hijau kalau nak compare dengan teh biasa tu. Lagi-lagi, teh hijau Sushi King. Macam tengah minum teh hijau kat negara matahari terbit je. Kalau sebelum ni, Iolls beli teh hijau BOH tu je. Tapi sebab tak puas hati punya pasal, Iolls masuk lah mana-mana forum yang I jumpa dan baca brand teh hijau mana yang ramai orang rekomen.


Japanese Green Tea brand OSK. Rasanya serius sama macam green tea kat Sushi King tu. Sebenarnya dah berbulan juga cari brand teh hijau yang ni. Baru sekarang jumpa. I baca ada dijual di Jusco, Tesco, Giant dan pasaraya-pasaraya yang sewaktu dengannya. Orang-orang Miri boleh cari OSK Green Tea ni di E-mart. Giant atau Boulevard atau tempat-tempat lain tak sure pulak ada atau tak.


Jadi apa kaitannya teh hijau dengan gaya hidup sihat dan apa bezanya dengan teh biasa tu. Ni baru Iolls nak story mory kat uolls apa sebenarnya kebaikan teh hijau ni.
  • Membantu dalam mengurangkan berat badan. Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme. Polyphenol yang terkandung di dalam teh hijau bertindak untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan juga kadar tubuh anda menukarkan makanan kepada kalori.
  • Melindungi daripada penyakit diabetes. Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dengan melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ini mengelakkan paras insulin yang tinggi yang menyebabkan penyimpanan lemak.
  • Melindungi daripada penyakit jantung. Kajian saintis menunjukkan bahawa teh hijau bertindak ke atas lapisan salur darah dan memastikan ia kekal tenang dan mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap sebarang perubahan pada tekanan darah. Teh hijau juga melindungi daripada pembentukan darah beku yang menjadi punca utama serangan jantung.
  • Melindungi daripada kanser. Ada bukti yang menyatakan bahawa teh hijau mengandungi bahan yang membantu dalam melawan kanser. Sebatian yang dikenali sebagai epigallocatechin-3-gallate (EGCG), membantu menghalang pertumbuhan salur darah.
  • Mengawal kolesterol. Teh hijau mengurangkan Low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol 'tidak baik' dalam darah dan meningkatkan nisbah High-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol yang 'baik' kepada LDL.
  • Melindungi daripada penyakit Alzhemeir dan Parkinson. Teh hijau dikatakan melambatkan kemerosotan yang disebabkan oleh kedua penyakit tersebut. Kajian terhadap tikus makmal menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel otak daripada mati serta memulihkan sel-sel otak yang rosak. 
  • Mengelakkan kerosakan gigi. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan catechin dalam teh boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan tekak dan kerosakan gigi.
  • Mengawal tekanan darah. Pengambilan teh hijau secara berterusan oleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. 
  • Mengelakkan kemurungan (depression). Asid amino semula jadi iaitu theanine dianggap memberikan kesan yang santai dan menenangkan.
  • Catechin yang terkandung di dalam teh hijau merupakan agen antibakteria dan antivirus yang kuat yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat pelbagai penyakit daripada selesema kepada kanser. Beberapa kajian juga menunjukkan teh hijau juga menghalang penyebaran penyakit.
  • Membantu dalam penjagaan kulit. Sifat antioxidants dan anti-inflammatory yang ada pada teh hijau membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.
  • Meningkatkan imuniti. Menurut satu kajian di Jepun, berkumur dengan teh hijau meningkatkan imuniti seseorang terhadap influenza dan selsema. Kajian di Universiti Harvard juga menunjukkan bahawa bahan kimia yang terkandung dalam teh hijau merangsang gammadelta T-cells, yang meningkatkan imuniti terhadap bakteria dan virus.
  • Membantu melawan alahan (Allergies). Para penyelidik di Jepun telah mengenalpasti sebatian yang terkandung di dalam teh hijau yang menghalang reseptor sel yang terlibat untuk menghasilkan tindakbalas terhadap alahan. 
 Satu uncang waktu pagi, satu lagi waktu malam.

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi nanti sampai ke sudah tak habis-habis cerita teh hijau. Tak menyempat teh biru, teh oren, teh ungu nak masuk line. Ini sudah ke tahap yang tak boleh pakai. So lepas ni boleh try minum teh hijau pulak waktu breakfast ataupun waktu-waktu lain. Contohnya masa hari hujan, duduk tepi jendela dengar bunyi titisan hujan yang seakan-akan mengetuk cermin tingkap sambil ditemani sebuah novel. Berangan!

sumber : INI dan INI

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

p/s : Dah lama tak join segmen begini. Hehe

18/08/2013

Projek Mr. Crab Part II : Kerepek Ketam Homemade

Hai hai. Bersiaran kembali bersama saya. I is tak sempat nak menaip entri untuk pagi tadi. Seawal pukul 6 dah bangun untuk bersiap-siap nak hantar adik ke airport. Flight pukul 8.40 ke Kuching. Rumah I dengan airport macam utara dan selatan, sebab tu kena turun dari rumah awal-awal plus nak singgah rumah nenek juga sebelum ke airport. Actually tak ada lah jauh mana pun. Saja nak bagi hiperbola sikit.

Ramai yang dah tertanya-tanya tentang Projek Mr. Crab I dalam entri INI. Sebenarnya nak buat kerepek ketam homemade katanya. Sebenarnya satu bungkus crabstick tu boleh buat satu balang kecik kerepek ketam. Tapi Iolls buat banyak sikit so adik boleh bawa balik Kuching sikit. Makan-makan sambil buat assignment tu best gila. Nak seludup bawa masuk lecture hall, kunyah-kunyah sambil dengar lecture tu pun best. Ini Iolls pun tak pernah buat. Cakap je lebih.


Confirm ramai yang tanya macam mana nak buat. Carik-carik isi ketam tu sampai jadi halus begini. Teknik yang nenek I ajar, picitkan crabstick sampai penyek (tak tau term ni betul atau tak), dan gelekkan (term ini pun I tak sure betul tak, tak paham sila tanya ye) di tapak tangan. Lepas tu pisah-pisahkan je isi yang terlekat antara satu sama lain tu. Jadi tak payah susah-susah guna pisau lagi.

Ini fresh lagi, panas-panas terus snap. 

Before kita goreng tu, kalau boleh jemur dulu. Lepas tu goreng dengan daun kari. Tak perlu tambah garam atau apa-apa lagi. Biarkan sejuk. Lepas tu boleh terus campak masuk dalam mulut. Yummy!