14/07/2013

Cerita Ramadhan Ke-4

Semalam, Chipmunk dan En. Barney plan nak berbuka kat luar. First time berbuka sama-sama untuk puasa tahun ni. Selalu berbuka kat dalam bilik je sorang-sorang, pergi bazaar je berteman. Ini semua tak ada hal lah. Dah terbiasa berbuka sorang-sorang. So, kitorang pergi lah The Mines. Lagipun nak pergi Daiso. Shopping item RM5 satu. Macam-macam ada. 

By the way, before tu kitorang dah plan nak berbuka kat mana. FYI, Chipmunk dan En. Barney ni dua-dua hantu sushi. Jadi paham-paham lah, harus lah Sushi King tempat yang dituju. Kalau berbuka puasa kat luar ni kan, satu je masalahnya. Orang ramai dan takut tak ada tempat kosong. Jadi, sampai The Mines petang tu terus ke Sushi King untuk reserve tempat. Nak reserve tempat di Sushi King untuk berbuka puasa boleh tapi dengan syarat kena order dulu. Bila dah buat reservation tu, dengan senang hati Chipmunk dan En. Barney boleh lah jalan-jalan dulu untuk membunuh masa sementara menunggu waktu berbuka.

Tapi kitorang masuk awal jugak. Malas nak pusing-pusing The Mines, fikir nak duduk je dan tunggu masuk waktu berbuka. Masuk dalam pukul 7.00 jugak. Awal dalam setengah jam dan makanan yang kita order masa buat reservation tu tadi bila dah menghampiri waktu berbuka baru diorang akan hantar. Jadi tak payah la risau makanan tu akan jadi sejuk. Tapi setengah jam menunggu boleh kata lama jugak lah kan, apa lagi mari kita membunuh masa dengan sesi bergambar!

Nak tambah order lah tu.


Green Tea panas untuk saya, Green Tea sejuk untuk awak.

Dah start bosan. Main game lah jawabnya.

Nak ambik apa lagi eh?

Ini gambar orang kesejukan. Macam duduk dalam freezer okay!

Gambar ini pun jadi lah.

Black Pepper Udon. Favourite!

Egg Mayo adalah perkara wajib. Sampai 4 plate kitorang makan.

Dan end product nya adalah ini. Banyak gila

Suka makan kat Sushi King The Mines ni, lepas renovation bulan May-June hari tu nampak macam lebih exclusive. Rasa macam betul-betul ada dalam restoran kat negara Jepun. Ambik, melambung angan-angan ha. Tak nampak orang kiri kanan, macam lebih privacy sikit lah. Suka hati lah nak makan dengan mulut ternganga luas mana pun. Jangan risau, tak jatuh punya saham. Orang lain tak nampak.

p/s : Belum join lagi Segmen : Kad Raya oh Kad Raya? Boleh klik SINI untuk syarat penyertaan. Cepat-cepat sebelum pukul 12.00 tengahari 16 Julai 2013. Bagi 25 blogger bertuah yang tersenarai sebagai pengomen tegar bulan Jun boleh emailkan nama dan alamat ke email aisyaahd@gmail.com. Klik SINI untuk senarai 25 blogger yang bertuah tersebut.

15 comments

7/14/2013 09:10:00 pm

amboi² sedapnya berbuka dgn sushi gitu...hehe:D

7/14/2013 09:14:00 pm

amboi... meriahnya makanan...

7/15/2013 12:59:00 am

aisya.. pict yg aisya & encik barney senyum tu jelas nampak muka korang seiras.. ;)

7/15/2013 01:07:00 am

wauu nampak sedap.. dah lama tak makan sushi...huhu ..salam ramadan :)

7/15/2013 02:44:00 am

wah.. banyak juga makanan tu aisya.. habis makan berdua ya?

7/15/2013 05:37:00 am

wah..banyaknye pinggan..pasti sedapkan..^^

7/15/2013 09:06:00 am

peehh sedapnyaaa. nk egg mayo tuuu~ *oppss tgh puasa :')

7/15/2013 09:59:00 am

@Mime MF

hahaha.. haruslah sdap2.. hehehe

7/15/2013 10:00:00 am

@azizah :)

tau takpe kak.. ambik punya ambik tak perasan pulak byk gila.. nasib baik habis.. haha

7/15/2013 10:00:00 am

@Chic Na

hahaha.. part mana la yg seiras tu cikna.. ape2pun terima kasihhhh.. hehe

7/15/2013 10:01:00 am

@PILOT LOVER

salam ramadhan jugak.. =)

7/15/2013 10:01:00 am

@Mizz Aiza

hbis kak.. tanpa tinggalkan sebarang sisa pun. hehe

7/15/2013 10:02:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

sedap2.. hehe

7/15/2013 10:02:00 am

@sha (chirp chirp)

haip.. puasa2.. hehe

7/12/2014 11:48:00 am

sanagt mengugah selera makan buat buka puasa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...