15/07/2013

Cerita Ramadhan Ke-6

Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa kan. Cepat je masa berlalu. Bila dah masuk hari ke enam ni, agak blank sikit nak makan apa untuk berbuka. Lagi-lagi kalau stay kat hostel tak boleh nak masak. Tak berapa suka sangat pergi bazaar. Satu sebab sesak dengan orang ramai. Chipmunk kalau bersesak-sesak dengan orang ramai ni tak berapa gemar. Rasa macam payah nak bernafas, rasa nak pitam pun ada jugak. Lagi satu sebab macam biasa lah, pusing 2-3 round pun still lagi tak tau nak beli apa, nak makan apa. 

Selalunya Chipmunk dan En. Barney (dan kadang-kadang ada juga bawa kawan) akan ke bazaar ramadhan di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Dekat sangat dengan UKM. Lalu satu traffic light, satu bulatan dah sampai. Tapi hari ini saja nak tukar angin, kitorang ke bazaar ramadhan Seksyen 9 pulak. Pun tak jauh. Cuma jauh sikit je lah.

Actually tak tau kat mana sebenarnya bazaar tu. Kalau tahun-tahun lepas, kat tempat letak kereta belakang bangunan PKNS tu je. Tahun ni berubah tempat sebab ada construction kat situ. Maka berpusing-pusing lah sekitar Seksyen 9 mencari bazaar ramadhan. Nasib baik naik motorsikal je. Kalau kereta payah jugak. Sampai-sampai tu nampak khemah-khemah je. Tapi dari jauh nampak macam agak besar bazaar ramadhan Seksyen 9 berbanding di Seksyen 16. Kalau di Seksyen 16, menu yang ada Nasi Ayam, Ayam Penyet, Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Ayam Penyet, Nasi Kerabu bla bla bla bla. Kurang dari segi variasi makanan. Pakcik gelabah yang jual nasi lemak sedap tu pun tak ada. (Boleh baca entri INI kenapa Chipmunk panggil pakcik tu pakcik gelabah). Bazaar ramadhan di Seksyen 9 ni pulak terlampau besar sampai tak tau nak makan apa. Macam-macam ada, ada Somtam, Jake Roti John Hemlet (baca kat banner), mee bandung muar, cendol bakar and list goes on.

Menu berbuka orang bujang memang begini.

Setiap kali pergi bazaar mesti habis nak dekat RM10 jugak. Hari ini dah RM8.50 dengan Mee Bandung Muar (RM4.50), air tembikai susu (RM2) dan kuih doraemon yang besar dan debab (RM 2, tiga biji). En. Barney panggil kuih tu burger Malaysia, Chipmunk panggil kuih doraemon sebab rupanya macam dorayaki. Mee Bandung tu tengok je dah tau sedap. Sebab Chipmunk dan En. Barney selalu breakfast kat gerai tu setiap hari ahad. Tak tau pulak abang tu ada berniaga kat bazaar ramadhan Seksyen 9 ni. Punya lah pelanggan tetap sampai abang tu pun dah cam muka Chipmunk dan En. Barney.

Selalunya kalau apa yang Chipmunk beli untuk berbuka hari ini tak larat nak habiskan, Chipmunk akan simpan untuk sahur pulak. Sebab tu selalu beli kuih-kuih yang tahan lama untuk sahur keesokan harinya. Lagipun tak elok membazir. Kan kan kan?

p/s : Belum join lagi Segmen : Kad Raya oh Kad Raya? Boleh klik SINI untuk syarat penyertaan. Cepat-cepat sebelum pukul 12.00 tengahari 16 Julai 2013. Bagi 25 blogger bertuah yang tersenarai sebagai pengomen tegar bulan Jun boleh emailkan nama dan alamat ke email aisyaahd@gmail.com. Klik SINI untuk senarai 25 blogger yang bertuah tersebut. 

22 comments

7/15/2013 08:05:00 pm

wah,seronoknyaaa :D

7/15/2013 09:04:00 pm

Kamek suka g Bazaar.. Tapi sikda duit.. Hahaha..

7/15/2013 10:25:00 pm

Nasi ada tak ?. hehe, sedangkan para ibu dkt rumah tak tahu nak masak menu apa dah, apa lagi kalau kita pergi ke bazaar kan ? nak pilih2.

7/15/2013 11:11:00 pm

kmk pun nunggah kuih doraemon juak..hehehe..

7/15/2013 11:39:00 pm

hehe.. cikna ingat lagi pak cik gelabah yg aisya citer dulu.. dh xdpt mkn nasi lemak sedap la. huhu..

7/16/2013 08:00:00 am

Samalah akak kalau p bazar ramadhan tak tahu nak beli apa...round sampai 2 3 kali...last2 nasi ayam juga jadi pilihan... :)

7/16/2013 09:21:00 am

@Adam Faiz

ape yg seronoknye? g bazaar? hehehe.. seronoklah, boleh tgk mcm2 jenis makanan.. haha

7/16/2013 09:21:00 am

@Isabel Diaz

ya juak sigek hal.. adoiii.. haha

7/16/2013 09:22:00 am

@Dikna

semalam tak berbuka dgn nasi.. hehe.. tu pun dah lebih dari cukup.

tau takpe.. mana yg nmpak, beli yg tu je lah.. huhu

7/16/2013 09:23:00 am

@alia lia

kmk rasa kita di sarawak nang nunggah kuuh doraemon rasanya.. hehe

7/16/2013 09:23:00 am

@Chic Na

agaknya dia kat bazaar lagi satu kot.. huhu... tpi jenuh lah nak mencari pakcik gelabah kat bazaar2 di sekitar bangi ni

7/16/2013 09:24:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

tu mcm style mak sy tu kak.. bukan main lagi dia pusing.. last2 benda yg sama jugak yg dia pilih.. hehe

7/16/2013 01:29:00 pm

Salam.

Lana dalam 3,4 tahun ni..dalam sebulan puasa, 2-3 kali je pergi bazar aisya.

Sebab harga mknn kat bazar, mcm merapu je skrg,huhu. Tapi, masa study kat s.alam dulu, mmg hari2 pergi bazar. S.alam pula, mana2 seksyen, ada je bazarnya, jadi banyak skit pilihan.. salu lana memang makan benda berat. Beli nasi, tak cukup nasi, beli murtabak or roti john tuk buat makan lewat mlm..kuatnya ak mkn,huhuhu.

Kdg2, beli nasi grg bungkus kat kedai, hari2 tukar, hrini nasi grg kmpg, sok nsi grg tmym, lusa nsi grg pattaya. Memang banyak habis duit kat mknn je time bljr :D

Skrg, duk ngan family, takda dah lalui pnglmn tu..rindu.. :)

7/16/2013 05:56:00 pm

akak tak berpeluang pergi bazar ramadhan lagi.. macam-macam adakan?

7/16/2013 06:12:00 pm

akak suka ke bazar.. mcam2 nak beli..tp Alhamdulilah mesti habis punya..almaklumlah 2org makan..hee

7/16/2013 10:36:00 pm

Lama dah mengidam nk mkn som tam.. tp nmpak xsedap, sbb tu tak beli..

7/17/2013 09:51:00 am

@Tinta Lana

tau takpe.. duit mmg byk habis kat makan saje.. padahal sy ni takde lah kuat makan pun.. huhu.. agak merapu lah harga2 semua tu kdg2.. tp nk buat mcm mana.. huhu

7/17/2013 09:51:00 am

@Mizz Aiza

mcm2 smpai tak tau nk beli apa kak.. hehe

7/17/2013 09:52:00 am

@azizah :)

mcm tu bagus kak.. tak membazir... hehe

7/17/2013 09:52:00 am

@Mieza Jhaa K

tak penah makan sebenarnya somtam ni.. tgk banner gerai punya pasal.. hehe

7/19/2013 09:31:00 pm

ayut pon panggil kuih tu kuih doremon!!!hahaha..kita same ^^

7/22/2013 10:27:00 am

@ayut

haha.. yeayyyy..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...