Enam tahun belajar di tempat orang, enam tahun jugak lah pengalaman berpuasa di perantauan. Cewah, perantauan lah tu kan. Merentas Laut China Selatan lagi. Bila dah bertahun-tahun ni rasa macam dah lali. Kalau dulu menangis jugak lah bila terkenangkan tak boleh sahur dan berbuka bersama-sama dengan family especially pada ramadhan pertama.
Bila fikirkan balik, pengalaman-pengalaman macam tu lah buat kita kuat. Biasalah, ada yang pahit dan ada yang manis. Bila sebut tentang pengalaman manis ni, Chipmunk teringat masa Chipmunk berpuasa di Kolej Matrikulasi Labuan dulu. Miri dan Labuan walaupun rasa macam dekat tapi nak balik tetap kena guna kapal terbang juga. Masa tu, kawan-kawan yang rapat dengan Chipmunk semuanya kawan-kawan masa sekolah dulu. Mereka ni majoriti non muslim. Yang muslim pun hanya Chipmunk dan ada seorang lagi. Tapi yang seorang tu jarang bersama dengan kitorang yang lain. Jadi yang berpuasa tinggal lah Chipmunk sorang je. Yang manisnya kawan-kawan yang non muslim ni turut sama berpuasa. Cuma puasa bagi mereka ni tak makan langsung, so sepanjang hari tu minum air je lah. Sahur sama-sama, berbuka pun sama-sama. Siap teman lagi Chipmunk tunggu azan maghrib. Masa tu rasa terharu sangat sebab ada kawan yang sampai macam tu sekali. Rasa bertuahnya diri ada kawan-kawan yang sangat memahami biarpun berlainan bangsa dan agama. Kadang-kadang mereka pulak yang tak sabar nak tunggu puasa, tak sabar nak memborong di bazaar ramadhan. Rindu pulak masa tu.
Bila dah masuk universiti ni masing-masing dah berpecah. Masing-masing sambung study di UMP, UMS, UNIMAS dan Chipmunk pula di UKM. Sepanjang berpuasa di UKM ni, macam-macam dah Chipmunk lalui. Tahun pertama dan kedua masih lagi bersahur dan berbuka ditemani rakan-rakan. Bila dah masuk tahun ketiga, mula puasa sorang-sorang. Pergi bazaar sorang-sorang. Pokoknya semua sorang-sorang lah. Chipmunk masih ingat lagi entri INI. Menaip dengan penuh linangan airmata. Bila baca balik pun rasa sebak pulak. Dan tahun kelima di sini, kali ni ada En. Barney. Dah tiga tahun dengan En. Barney, baru first time rupanya berpuasa sama-sama di hari pertama puasa. At least mak tak perlu risau dah sebab ada orang jaga. Anak dia ni kalau dah datang malas nak drive sorang-sorang pergi bazaar ramadhan tu memang menyelongkar je lah tengok apa yang ada dalam laci untuk santapan berbuka.
Maka dengan ini, kami Abang E'el dan Cik TengTeng ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat seluruh umat manusia yang menunaikan ibadah puasa mulai esok hari selama sebulan. Puasa, jangan tak puasa ye. Niat puasa jangan lupa ye kawan-kawan.
Oh, jangan hairan. Selagi makhluk berekor ni mendominasi kawasan, jangan harap lah kawasan tersebut akan kelihatan kemas dan tersusun. Nampak mata E'el bulat je nak terkam Cik TengTeng? Ini mesti kes tengah bergusti, lompat sana lompat sini atas tilam.
Dah selesai main, mari kita tido. Dah puas selerakkan apa yang ada. Haruslah senang hati. Yang susah hati nya manusia. Mampu geleng kepala je. Macam mana bilik nak kemas kalau hari-hari begini? Sebab tu adik lelaki Chipmunk tak ambik kisah nak kemas katil sendiri. Tetap berselerak jugak. Nasib baik lah bulu Cik Tengteng dan Abang E'el bukan jenis yang senang gugur. Lagi-lagi kalau bagi makan makanan kucing jenama Fancy Feast. Tak lah pening kepala tengok bulu kucing di mana-mana. Sempat lagi promote makanan kucing ye cik kak?
31 comments
salam ramadhan ;)
Selamat berpuasa kak ;)
Salam ramadhan..comey kucing tu..:D
bestnya ada bazaar Ramadhan..
hopefully ada la jumpa kt Jakarta ni nanti.. ;p
Abang El & cik Teng Teng puasa juga ke...hehe...
Salam Ramadhan & selamat berpuasa juga buat Aisya...moga ramadahan kali ini memberi seribu makna buat kita...
Selamat berpuasa aisya..ada yang teman takdelah sayu sangat berjauhan dari keluarga kan :)
selamat berpuasa ktk..^__^
rindu juga masa berpuasa sma2 dgn kwn dlu..smua 2 dh tggal kenangan..Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa =)
selamat menjalankan ibadah puasa aisya..
salam ramadan & selamat berpuasa aisya..:)
@Syuhada Nasya
salam ramadhan kembali.. =)
@Sally Yatiey
ktk pun.. selamat berpuasa juak.. =)
@adrianna syaz
salam ramadhan buat kamu jugak dear.. =)
@kyo_9
wah, berpuasa di negara orang.. macam mana lah agaknya tu.. mungkin ada, kena rajin explore lah.. =)
@LiLy @ MaMaQiStInA
Amin. InsyaAllah kak..
E'el dan Tengteng?
Puasa yang yuk,
siang2 tadah muka depan mangkuk.
hehe
@puteri kasih
betul tu sis. hehe
@Cik Que
ktk pun.. selamat berpuasa juak.. =)
@Nao Mei
ramai juga yg macam tu.. huhu
selamat berpuasa jugak.. =)
@S.K.A
betul tu.. masing2 dah ada life sendiri.. =)
salam ramadhan dan selamat berpuasa juga..
@Mizz Aiza
buat akak juga.. selamat berpuasa.. =)
@Normi Nieza
salam ramadhan dan selamat berpuasa juga cik nor.. =)
selamat berpuasa aisya..kumpul2 pegalaman sebelum balik kampung..
walaupun jauh ngan family, apa pun, selamat berpuasa...
@azizah :)
itu lah kak.. hehe.. selamat berpuasa buat kak jijah, husband, baby dan family.. =)
@aswadz
jauh2 pun tetap kena puasa juga ye. hehe
selamat berpuasa jga..
hehe comei je 2 ekoq tu tido naa..cam kucen uma yaya..pose jugak ke depa tu?hhee
slmt bpuasa jga cik aisya =D
@Cik Yaya
puasa2.. tp siang hari tadah muka kt dpan mangkuk makanan.. hehe
ni tahun ketujuh Hana puasa jauh dari rumah.. dulu sebab duduk kat asrama, sekarang sebab belajar di luar negeri.. memang mengajar untuk kita berdikari :)
nanti mesti akan rindu kenangan berpuasa di perantauan..
salam Ramadhan aisya.. ;)
@Haruno Hana íë
betul tu.. hehe
@Chic Na
tau takpe cikna.. salam ramadhan buat cikna jugak.. =)