Cerita semalam. Seharian keluar dengan BF dan GF's sekalian. Keluar pukul 10 pagi, 10 malam nya baru sampai bilik. Ini sebuah En. Barney punya kerja lah. Katanya teringin nak main snuker dengan kawan-kawan I. Nak lepas gian dah lama tak main lah tu. I bukan tau benda-benda macam tu. Tau tengok tanpa apa-apa maksud tu ye. Siapa menang, siapa kalah, ini bola apa, itu bola apa. Jangan tanya, jawabnya cuma nganga. So, memandangkan Cik Farida baru habis exam dan nak balik ke Miri keesokan harinya jadi kitorang plan keluar hari ni. Berempat. Chipmunk, En. Barney, Cik Shera dan Cik Farida.
Disebabkan Cik Farida kata nak main boling jugak, maka kitorang pun pergi lah cari tempat yang ada kedua-duanya. Boleh main boling dan main snuker dan Times Square juga destinasi yang dituju. Sampai-sampai tu harus lah isi perut dulu. Memandangkan keempat-empat kepala ni memang hantu sushi jadi Sushi King lah yang menjadi pilihan.
Bento Box Cik Shera.
Perut dah kenyang, hati dah girang maka kita bergerak lah ke pusat boling di sebelah Sushi King. Dan macam biasa, Chipmunk memang takkan main boling. Entah, tak rasa pun main boling ni best. Jadi pemerhati bebas je lah yang mampu.
Kaki gergasi, kaki kerdil.
Suka pulak tengok score ni. Ikut susunan.
Dah selesai aktiviti yang ini, aktiviti yang seterusnya. Naik satu level untuk ke pusat snuker pulak. Tapi malang nasib mereka, penuh. Maka pool je lah yang mampu. Yang ini jugak jangan harap I nak sentuh okay. Cuma adalah En. Barney explain sikit-sikit. Kesian tengok I bosan sangat kot kat tepi tu. Kalau ada bantal sekali memang dah lama I tido. Kat sini tak snap-snap sebab gelap. Actually tak suka masuk tempat macam ni. Entah, rasa macam scary pun ada.
Berakhir lah program diorang ni maka kami berempat pun ambil keputusan untuk balik je. Tak tau nak buat apa dah. Tapi on the way tu nampak pulak Tutti Frutti. Nak singgah tapi tengok tak banyak choice. Disebabkan masing-masing dah terliur nak makan Tutti Frutti jadi singgah lah di outlet Tutti Frutti berdekatan dengan UiTM Shah Alam before hantar Cik Farida balik hostel. Dan thanks Cik Farida sebab murah hati nak belanja kami yang dahagakan Tutti Frutti ni. Ah, poyo je semua ni.
Destinasi terakhir adalah untuk tujuan mengisi perut yang kembali kosong. Makan malam di D'Kenali Ikan Bakar, Bandar Baru Bangi. Macam biasa, tempat favourite untuk makan kerang bakar. Memang terbaik lah! Kerang bakar paling sedap di seantero dunia. Serius! Datang sini order kerang bakar dan nasi putih pun dah cukup puas hati. Kalau datang Bandar Baru Bangi, D'Kenali Ikan Bakar ni wajib pergi. Nak cari pun senang, betul-betul dekat traffic light depan kilang Sony. Kalau dari tol Bangi, kat bulatan ambik pukul 9, straight je. Pandang sebelah kiri, mesti jumpa punya.
Muka orang penat. Mata ngantok.
p/s : Ada sikit masa lagi sebelum kita bertemu Ramadhan, dah ready?
14 comments
salam..
wah ni sushi king pula..dari pagi smpi malam kua..mkan pun ikut time jugak..dri bfast smpi dinner ye..;p
sodap2 plak tu mknnye..mentang2 nak pose ni..^o^
amboi syoknya jalan2..:)
Syoknya uolls jln2.. haa..bab boling tu sama..mmg tak rasa boling tu best.. dan paling teruk tak pernah pegang bola boling..haha
happy weekend !!
wah makan selagi boleh yer sebelum berpuasa..hehe :)
seronoknya jalan2&makan2.. akak tak suka main bowling sebab asyik masuk longkang je(tangan tak bedung).. hihi.. tutti frutti akak tak pernah cuba lagi, sedap ke? ikan bakar tu memang kegemaran akak.. hehe..
nak tutti frutti gak..hehe
@Cik Yaya
hehe.. sebab kwn baru habis exam dan nak balik dah.. tu yg kitorg keluar bersuka ria tu.. haha.. tp dah alang2 tak lama lagi puasa.. mkn la ape yg nk pun.. hehe
@Normi Nieza
hehehe... jarang dpt keluar sesama mcm ni..
@Mieza Jhaa K
haha.. sama lagi.. tak rasa teringin pun nak pegang bola boling.. bagus jugak tu. takde la buang duit main boling.. haha!
@Cik Kechik
hehehe.. XD
@azizah :)
lebih kurg la kak.. hehe
@Mizz Aiza
sedap.. kalau akak suka ice cream, lebih kurg je tutti frutti ni.. cuma bukan ice cream lah, frozen yogurt.. healthier dari ice cream la.. =)
@puteri kasih
sis belanja eh? hehe