31/10/2011

Banyak pulak soalan korang ni.


Kali ni Chipmunk kena tag lagi dan perlu jawab 33 soalan dari 3 orang blogger yang berlainan. Lepas siapkan 33 soalan ni. Total semua memang 55 soalan la.

Ni soalan daripada Adik Bella. Assume adik sebab muka nampak macam budak sekolah. Kalau silap, betulkan ye. 

Cun/Hot/Berlagak/Baik. Mana satu yang korang rasa ada dalam diri korang.
Tak berani nak nilai diri sendiri. Nanti silap penilaian. Janji kenal diri sendiri macam mana.

Suka Coklat Tak?
Of courseeee!

Apa perasaan if korang dapat jumpa Siti Nurhaliza?
Biasa-biasa sudah. Apa la yang best sangat dapat jumpa artis. Bukan dia ingat kita pun nanti.

Kalau seseorang yang korang sayang tak ambil peduli pasal korang. Korang nak buat apa?
Kalau betul orang tu sayang, dia takkan biar macam tu je. Kan?

Ayah/Mak mana lebih prihatin tentang korang?
Parents mana yang sanggup biar anak dia macam tu je?

Kawan/Kekasih mana lebih penting dalam hidup korang?
Masing-masing ada pro dan contra masing-masing. So, kita tak boleh nilai mana satu yang lebih penting.

Bini-biniku Gangster atau KL Gangster mana best?
Dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lain orang lain pandangannya. But for me, bini-biniku gangster.

Teringin nak jadi apa?
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Cuma mahu nak improve supaya jadi lebih baik lagi.

Suka buat apa if sedang emo?
Ntah la. Yang Chipmunk tau, be positive.

Bagi korang Korea tu comel ke?
Define sikit Korea tu? Maksudnya orang Korea? Lagu Korea? Drama Korea or what?

Nak kawan dengan Bella?
Tak elok bermusuh-musuh ni. Memang seeloknya kita berbaik-baik sesama kita. Kan? =)

Ni pulak soalan-soalan dari Adik Natasya.

Nama penuh?
Hehe. Perlu ke?

Umur?
Kan dah bagitau umur 16 tahun. Taknak percaya jugak ke? =P

Tarikh Lahir?
Tahun, bulan dan hari bulan boleh dibentuk dari nombor 1, 8 dan 9. Cuba susun menjadi tarikh lahir? Agak-agak dapat jawab tak?

High heel ke sport shoes?
Depends.

Suka shopping tak?
Cuba bagitau perempuan mana yang tak suka shopping?

Makanan kegemaran?
Tak cerewet sangat bab-bab makanan ni.

Barang yang paling disayangi?
Soalan yang subjektif. Hmmm

Seluar panjang atau skirt labuh?
Seluar kot.

Lagu kegemaran?
Banyak.

Artis yang diminati?
Ntah la. Artis je pun.

Dan yang terakhir dari Miss Wunny.

Nama penuh korang dan apakah maksudnya?
Nama saya adalah ___ dan bermaksud ___. Cuba teka apakah nama penuh saya?

Pernah mimpi seram? Cerita la sikit.
Of course la. Kalau cerita ni takkan jadi sikit dah.

Movie yang paling tak best korang pernah tengok.
Entah la.

Lagu yang paling membosankan pulak?
Pun entah jugak.

Korang happy bila?
Boleh jadi macam-macam. So, takda yang specific.

Pandai berenang?
Of course la.... TAK.

Handphone pertama korang jenama apa?
Apa entah. Mak bagi after SPM dulu. Dah berkurun dah. Yang Chipmunk ingat, Motorola.

Kalau korang terjumpa RM50,000.. Korang nak buat apa dengan duit tu?
Tak pernah terfikir pun.

Kalau terjumpa 5 sen pulak?
Selalu biar je. Tak elok ambik benda yang bukan kepunyaan kita.

Berikan 3 perkataan tentang "my bloggie bear" please..
Nice and simple but cute. Eh, jadi 5 perkataan dah pulak.

30/10/2011

Sudah kena tag laaaa


Hahaha!
Gelak dulu kan. Ada jugak yang cakap Chipmunk ni gila. Sebenarnya Chipmunk dah kena ta oleh 2 orang cik blogger yang manis lagi baik hati iaitu Cik Faezah Hanna dan jugak Cik Wanie. Terharu kejap sebab dah kena tag. Sekarang ni Chipmunk jawab soalan-soalan daripada si ayu berdua ni dulu ye.

Ni soalan-soalan daripada Cik Faezah Hanna.

Nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?
Kawan-kawan panggil Aisya ataupun Ecah. Kat rumah pulak panggil Nor. Kawan-kawan matriks dulu pulak panggil Chipmunk. Nama sebenar pulak takda kaitan dengan nama panggilan atau nama manja tersebut. Eh, ada lah 5% kot sama. 

Bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasan tu?
Jenis yang susah nak meluahkan. Even family. Kalau nak kongsi-kongsi, En. Barney sorang je la.

Umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?
Umur saya 16 tahun. Percaya tak? Of course lah hadiah dari kesayangan-kesayangan Chipmunk!

Jenama laptop yang kamu guna sekarang?
Acer yang telah berbakti selama lebih dari 4 tahun.

Hobi dan minat kamu?
Hobi dan minat tak sama eh? Membaca novel, boleh lah. Menonton wayang, pun boleh lah.

Bakat terpendam dalam diri kamu?
Masuk Uni ni Chipmunk involve dengan tarian. Tu kira bakat terpendam ke?

Masih solo atau tidak.. Nyatakan sebab..
Of course la tidak. Habis En. Barney tu siapa?

Kenangan waktu sekolah yang paling kelakar?
Pakat satu kelas kenakan Cikgu Sejarah. Bukan sekali dua. Tapi 3 kali. Hebat tak? Jahat adalah.

Cerita kartun kegemaran?
Ada banyak. 

Lagu yang kamu paling benci?
Kalau tak suka dengar adalah. Benci tu tak.

Rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya.. Berikan jantina berlawanan.
Hmmm.. siapa eh? Owh, of course lah Aran Serabut. Roommate En. Barney saya tuuuu.. Bukan rakan blogger actually. Memang kenal pun. Tapi dah beliau memang ada blog, belasah je la. Hehe. Kata-kata untuk Aran, nak suruh beliau jaga roommate beliau elok-elok. Tapi nanti Aran makin serabut pulak. Never mind la.

Ni pulak soalan-soalan daripada Cik Wanie.

Nama Boyfriend?
Ismail. Simple je kan? Senang nak ingat.

Dah berapa kali clash sebelum jumpa cinta sejati?
En. Barney adalah yang pertama dan yang terakhir. Insyaallah. =)

Bagi sebab kenapa buat blog?
Entah la. Saja-saja kot. 

Bagi blog yang korang suka usha?
nak cakap semua boleh? Aci tak?

Bagi 5 lagu favourite korang?
Banyak ni. Lebih dari 5. Macam mana?

Bagi 6 ciri-ciri blog yang korang tak suka?
Susah nak cakap. Sebab tu hak masing-masing. Satu je, please respect each other.

Bagi tempat korang teringin nak g honeymoon?
Dapat soalan ni baru terfikir nak g mana? En. Barney, nak g mana eh?

Gelaran yang korang dan cinta hati guna?
Errrr... Perlu ke? 

Bagi sebab kenapa korang pilih cinta hati sebagai teman hidup?
Cepat bagi soalan add math, fizik, bio atau kimia. Nak jawab.

Upload gambar korang dan cinta hati yang paling sweet.

Rasa macam shooting drama korea kejap.

Nak jumpa Cik Wanie tak?
Ala, Cik Wanie dah takda kat UKM. Nak jumpa macam mana?

Ok. Dah siap. Siapa lagi nak tanya ni. Cepat tanya sekarang.

29/10/2011

Coffee Break Time

Takkan keje atau stadi je kan sepanjang hari? Tipu lah kalau cakap camtu. Mesti ada masa rehat kan? Jom tengok video nie. ^^



p/s : Just for fun only. ^^

Sumber video : YouTube

28/10/2011

Superman Ken!


Ingat lagi Si Ken?
Sekarang lebih dikenali sebagai Ken Si Otai. Mentang-mentang la Si Chacha dah takda boleh la beliau berlagak otai depan budak-budak kecik. Pagi tadi Chipmunk tengok Si Ken ni berlagak jadi Superman pulak.

Kaki tu yang tak boleh blah

Saya lah Superman Ken!

Kura-kura siapalah yang berlagak sangat ni.

p/s : Baru perasan pulak Ken tambah huruf T kat belakang jadi Kent. Memang keturunan Clark Kent kot.

27/10/2011

Spontaneous Thursday


Relationships are like a book, it takes a few seconds to burn.
But it takes years to write it. 
Write it carefully and never let go

26/10/2011

Nuffnang Premiere Screening : The Adventure Of Tin Tin (3D)


Bismillahirrahmanirrahim.
Ok. Nervous ni. Tak pernah nak join benda-benda macam ni. Ni first time join contest yang En. Nuffnang anjurkan. Disebabkan malas berpenat lelah memerah otak speaking-speaking bagai, jadi post je la dalam bahasa melayu ye dengan satu-dua perkataan bahasa inggeris sana-sini. Disebabkan dulu time kecik-kecik suka tengok satu kartun ni, bila buka page En. Nuffnang nampak En. Nuffnang cakap-cakap pasal benda ni, tertarik lah nak join. Pernah mention pasal kartun ni masa tengok The Smurf hari tu. Kartun atau movie yang dimaksudkan adalah The Adventure of Tin Tin. En. Nuffnang anjurkan contest dan 50 lucky bloggers akan dapat a pair of tickets untuk tengok The Adventure of Tin Tin. Tapi ada syaratnya, kena buat satu entry tentang adventure yang korang kononnya nak pergi dengan pet korang.

Ini adalah Cik Teng-teng

Teringin nak pergi adventure dengan kucing saya bernama Cik Teng-teng. Orang lain mungkin akan bawa pet diorang naik gunung everest atau nak bawa terbang ke bulan ataupun siri penjelajahan dunia dalam laut. Tapi kalau saya, cukuplah kalau saya dan Cik Teng-teng dibawa ke dunia yang penuh dengan aiskrim.Lebih kurang macam movie Charlie and the Chocolate Factory.


Mesti best sebab saya dan Cik Teng-teng boleh makan aiskrim banyak mana pun kami suka. (FYI, Cik Teng-teng suka aiskrim. Makan aiskrim mesti ajak Cik Teng-teng sekali). Dalam dunia yang penuh dengan aiskrim ni, kami boleh jumpa rumah dan macam-macam lagi yang diperbuat daripada aiskrim. Senang cerita hampir semua benda diperbuat daripada aiskrim. Oleh sebab itu la even Cik Teng-teng pun kena pakai baju sejuk berlapis-lapis jugak. Yang uniknya, pakaian orang dalam dunia aiskrim ni sangat colourful. Maybe sebab aiskrim ada macam-macam colour kot. Salji aiskrim which is aiskrim yang turun daripada langit sangat berwarna-warni dan juga ada macam-macam perisa. Boleh imagine macam mana Cik Teng-teng melompat-lompat keriangan sebab suka tengok salji aiskrim yang sangat colourful.

Imagine Cik Teng-teng pakai baju sejuk. Comel bukan?

Tapi sayang.
Semua ni hanya sekadar angan-angan yang sememangnya tak mungkin akan jadi realiti. Tapi nak dapat tiket dari En. Nuffnang tengok Premiere Screening, The Adventure of Tin Tin mungkin boleh jadi realiti. =)

Jawapan teka-teki

Hari tu aku ada post pasal soalan teka teki kan? (rujuk kepada INI) Thanks kepada yang bagi feedback dan bagi jawapan yang bukan2.. Sebenarnya ada jawapan yang korang bagi tu betul. Sebab soalan teka-teki nie femes dikalangan budak2 (aku rasa lah)..^^

Soalan teka teki :

"Apa dia yang ada 8 kaki, 3 kepala dan ada sepasang sayap?"


Jawapannya :

Cowboy yang tengah menunggang kuda sambil bawak ayam



Ada bagi jawapan yang betul. Tapi sayang, orang tu tak bagi nama pun. Tahniah sebab boleh fikir jawapan budak2.. lol



25/10/2011

From Penang with ♥


Ingat tak Cik Syikin?
Kali ni nak cakap pasal Cik Syikin pulak. Kebetulan Cik Syikin ada trip ke Penang baru-baru ni. Bertolak pergi hari Jumaat dan bertolak balik hari ahad. Sampai-sampai tu biasalah, Chipmunk ni pantang nampak plastic bag dan yang sewaktu dengannya terus duduk dan selongkar. Nak tengok apa yang ada. Macam budak-budak sangat kan? Tapi memang macam tu lah, even orang tu baru balik dari pasar malam ke. Nasib baik lah mak balik dari market ikan tak tergerak nak selongkar plastic bag jugak.

Nak tengok Cik Syikin bawa apa dari Penang? Ada macam-macam sebenarnya tapi rajin untuk snap dua gambar je. Highlight disini adalah Biskut Tambun. Chipmunk pun tak tau benda apa la tu. Chipmunk pernah baca kat blog sis Tiefazatie pasal Biskut Tambun dari Penang ni. Comel dan rasa pun boleh tahan.

Yang ni packaging biskut tersebut. 

Yang dalam kotak rupa macam ni. 

Comel je kan. Tangan tu pun comel jugak kan? Eh.

Keychain skateboard dari Penang

p/s : Tunggu entri yang akan datang untuk jawapan teka teki INI.

23/10/2011

Teka-Teki

Masa balik dari Alamanda tadi, chipmunk, aku, cik Yanie, cik Elya dan cik Jane ada sebut pasal teka-teki nie. Aku pun bagi la teka-teki nie bagi diorang teka. Sorang pun tak dapat jawab. Jadi kalau korang hebat, cuba teka jawapan teka-teki nie :


"Apa dia yang ada 8 kaki, 3 kepala dan ada sepasang sayap??"




p/s : Adik aku yang bagi teka-teki nie, so korang jawab pun macam budak2 jugak la.. lol

Bom meletup depan rumah pun takkan sedar.


Sebenarnya nak tunggu En. Barney update blog mungkin kurun ke-40 baru blog ni berupdate selagi tak disuruh. Memang dari hari ni sampai tahun depan la cari idea beliau tu tak habis tapi updatenya tak pun. Busy je memanjang tapi busy apa ntah lah. Kalau post dekat wall facebook pun bila Chipmunk yang terhegeh-hegeh suruh beliau reply sebab taknak orang cakap syok sendiri baru beliau reply. Nak kata busy dengan twitter, log-in pun setengah tahun sekali kot. Dulu bukan main lagi bagi idea nak buat blog sama-sama. Sekarang ni, orang yang bagi idea tu ntah ke mana, orang yang melaksana tu ntah siapa. Agaknya semua orang ingat blog ni blog Chipmunk sorang bukan dengan En. Barney. Haihh, tak paham betol lah. Last-last Chipmunk jugak lah terpaksa meng-update-kan diri. Eh, ter-over kejap. Haihh. Selalu macam ni. Nak cakap benda lain tapi endingnya melencong ke selekoh tajam yang ntah ke mana hala tuju dan destinasinya (Nampak? Tu salah satu contoh. Main factor : taip entry pagi-pagi buta kot).

Okay. Straight je la ye. Tak nak melencong mana-mana dah. Nak tanya satu soalan je. Kalau korang la kan, orang call masa korang tido korang akan terjaga tak? Contohnya volume phone tu memang sekuat-kuat alam. Atau nak tunggu phone call yang ke-100 baru nak terjaga? Terus jawab atau biar je? Chipmunk tak paham lah kenapa kalau bunyi phone yang kuat macam tu dan tambah pulak kalau memang lagu yang macam nak pecah gegendang telinga tapi still tak bangun-bangun jugak. Ada masalah pendengaran ke? Sorry ye if ada siapa-siapa yang terasa. Maybe sebab Chipmunk jenis yang kalau message masuk pun terus terjaga ini kan pulak kalau phone call. Memang terjaga lah.

Bila fikirkan balik, bagi orang yang macam ni kan. What if kalau caller tu dalam emergency? Tapi yang ditelefon tu tengah tido dan jangan harap orang tu nak bangun kalau setakat 8-10 miscalled? Takkan nak tunggu perkara-perkara yang tak diingini jadi? Lepas tu menyesal, menangis airmata darah "kalau lah aku tak tido mati dan jawab phone call tu." Macam tu ke? Nak tunggu benda yang dah jadi baru nak menyesal? Sebab tu Chipmunk selalu fikir, orang ni call mesti urgent nak cakap something. Jadi bila minda dah set macam tu, automatik akan terjaga dan terus jawab. Dan satu lagi, rasa kesian kat orang tu. Dah susah-susah call, Chipmunk tak jawab pulak. Lagipun Chipmunk tak berapa suka buat orang menunggu.

Tertarik dengan yang ni (klik gambar) pulak. Tapi baru je beli Sony Ericsson W8 hari tu.

21/10/2011

En. Barney jadi hantu ke???


Bangun pagi macam biasa, terus on laptop (Walaupun tak sihat, gedik jugak carik laptop pagi-pagi). Lepas log in UKM-Jaring tu, check blog dulu before buka Harian Metro, Kosmo etc. Chipmunk memang pagi-pagi check dulu bloglist dekat sidebar tu, kot-kot ada siapa-siapa dah update entry baru ni.

Tengok-tengok, Aran buat entry pasal cerita seram pagi-pagi buta. Ingatkan apa lah yang seram tu kan. Sekali En. Barney punya pasal rupanya. Aran ada tulis benda ni memang selalu jadi dan Chipmunk pun selalu dengar En. Barney cerita. Kalau sorang-sorang dalam bilik tengah-tengah malam dengar bunyi-bunyi macam tu memang meremang lah. Taubat tido malam tutup lampu.

Nak tau cerita la tu kan? Better baca sendiri entry Aran. Macam orang cakap la, better dengar dari mulut tuan punya badan sendiri. Takda tokok tambah cerita.


En. Barney dan roommate beliau.

p/s : En. Barney, orang culik gambar kat fb tau. Malas nak selongkar laptop cari gambar korang. Jangan marah ye. ♥♥♥

20/10/2011

Spontaneous Thursday


Laughter is the best medicine, but if you laugh for no reason, you need medicine.

19/10/2011

Wordless Wednesday : Kisah si Puteri Lilin


 
p/s : Pernah dulu, setiap malam hidung berdarah sebab cuaca time tu memang panas sangat-sangat.

18/10/2011

Ada orang tu mengidam makan western.


Semalam, ada orang tu mengidam nak makan Chicken Chop la katakan. Chipmunk dan En. Barney sebagai AJK pengangkutan adik-adik comel ni pun bawalah diorang ni pergi makan Chicken Chop. Kebetulan, En. Barney ni tau satu tempat Chicken Chop yang sedap kat area Bangi ni. Dah banyak kali jugak la makan kat tempat tu, tapi selalu makan berdua je. Kali ni bawa Cik Yanie dan Cik Jane sekali.

Austin Steak House ni dekat area Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Kalau nak bagi direction yang detail terus sampai depan pintu kedai tu tak pandai lah. Sebab Chipmunk ni kalau nak bagi direction especially tempat yang Chipmunk memang tak pass jalan-jalannya memang fail lah. Makan kat sini memang best lah, harga pun boleh tahan jugak, sedap pun sedap dan environment pun best sangat. Lupa pulak nak tangkap gambar kedai tu. Gambar makanan banyak la.

 lupa nak ambik gambar menu. Ni pun jadi lah.

 Dragon fruit, honeydew, fresh orange dan tembikai. Lebih kurang RM3-RM4. Gelas besar tau. 

 Ni lah yang mengidam Chicken Chop tu. RM8.90.

 Ni pulak termengidam sekali. 

Chipmunk dan En. Barney punya. Chicken Golden Blue. Ada cheese kat dalam. RM10.90.

16/10/2011

Review : Real Steel

Sempena menyambut birthday aku jumaat lepas, Chipmunk nie ajak lah aku untuk tengok wayang. Kitorang tengok kat Alamanda. Thanks kepada Chipmunk sebab sudi buat macam2 untuk birthday aku. (terharu nie.. T_T).

Ok. Sebelum aku start review nie, apa kata korang tengok dulu trailer Real Steel nie. Nanti takda la blank2. Haha..



Trailer Real Steel

Sinopsis cikit. Cerita nie kisahnya seorang ayah yang hanya mementingkan tinju sampai isteri dan anak terabai. Dia terlalu obsess dengan robot peninju nie. Bila isteri dia meninggal, anak pun tak nak jaga. Dia bagi dekat kakak isterinya. Tapi kakak isterinya, Aunt Debra (Hope Davis) nak gi honeymoon. Terpaksa lah anak dia nie tinggal dengan bapa dia. Anak dia, Max Kenton (Dakota Goyo) mula menunjukkan minat dengan robot peninju nie sampaikan dia sanggup bersihkan robot tu, upgrade, dan lain2 lagi.

Dalam dunia robot nie, robot yang tak pernah kalah dalam tinju nie adalah robot Zeus. Setiap robot yang lawan dengan dia mesti kalah. Tambahan pula, Zeus menggunakan teknologi paling canggih. Anak Charlie Kenton (Hugh Jackman) beria nak lawan dengan Zeus nie. Kalau nak tahu apa yang jadi, korang tengok lah citer nie... ^^



Cerita nie bagi sangat puas hati nak tengok. Jalan ceritanya menarik tambahan pula dengan grafik robot dia yang nampak memang hidup. Komedi juga diselitkan dalam cerita nie lebih2 lagi bila part Charlie Kenton dan anaknya, Max Kenton. Tambah pula dengan gelagat robot diorang yang boleh menari. Kadang2 ada juga jalan cerita yang tak disangka. Contohnya macam part yang sepatutnya happy tiba2 berubah jadi suspen dan sedih.

Tapi seriously, part yang best bagi aku, masa Atom (robot Max) berlawan dengan Zeus. Boleh rasa anak dia terharu apa yang bapa dia buat untuk dirinya. Feeling kejap kat situ. Bagi aku rating cerita nie 7.5 adalah munasabah. Kira tak rugi lah kalau korang tengok cerita nie.


Screenshot :






Sumber gambar : Google
Sumber rujukan : IMDb
Sumber video :
YouTube

14/10/2011

HB En. Barney dan Aran Serabut!


Semalam Chipmunk dan adik-adik junior kelab teater Prasada, Cik Hanis, Cik Aween dan Azim menapak ke The Mines semata-mata nak carik kek birthday untuk En. Barney dan roommate kesayangan beliau, Aran Serabut. Gigih pergi time orang balik kerja sebab tu je masa yang ada.

Bila En. Barney tanya Chipmunk pergi mana je beli kek (Sebab masa keluar tu tak bagitau En. Barney langsung. Kata surprise kan?) dan Chipmunk jawab The Mines, En. Barney terkejut. Sebab jauh. Macam la area Bangi ni takda kedai kek langsung.

Motif utama kitorang semangat nak pergi The Mines sebab ada satu kedai kek yang kita boleh decorate dan design sendiri. Nama kedai tu Bread Story dan kalau kat The Mines berdepan dengan Sakae Sushi dan bersebelahan dengan kedai pakaian Superheroes. Sebelah lagi tak ingat pulak, Secret Recipes kot. Yang bestnya kita boleh design macam mana pun yang kita suka. Diorang prepare semua barang-barang keperluan dan kelengkapan. Bergantung la nak kek besar mana. Kitorang semalam datang-datang je tinggal satu je. Tu pun yang kecik. Disebabkan nak design special untuk En. Barney dan Aran Serabut, kitorang beli jugak yang kecik tu. It was fun dan rasa macam lepas ni taknak buat kek lapis dah, nak buat kek macam tu je.




 Yang warna biru tu En. Barney dah warna hijau tu Aran Serabut.


p/s : Happy Birthday En. Barney (14 Okt) dan Happy Belated Birthday Aran (13 Okt)

13/10/2011

Big Bad Wolf Book Sale!


Last weekend, dapat info daripada Syahir pasal Big Bad Wolf Book Sale ni. Memandangkan dah dekat sangat dengan tempat kitorang ni, jadi apa lagi memang takkan lepaskan peluang la. Bukan selalu pun benda-benda macam ni kan?

Jadi, petang tadi Chipmunk dan En. Barney plus Cik Elya dan Cik Yanie dengan excited-nya menggedikkan diri datang ke Big Bad Wolf ni. Cik Elya dan Cik Yanie memang dah tak tunggu-tunggu dah. Sepantas kilat dah ada kat depan. Masuk-masuk je jadi rambang mata. Tak tau nak cari buku apa. Nak start dari mana. Sebab terlampau besar dan banyak sangat buku sampaikan Chipmunk jadi speechless. Motionless pun ada jugak. Sebab tiba-tiba jadi macam tak tau nak buat apa. Yang Chipmunk tau macam nak beli je semua buku yang ada. Yang buat Chipmunk lagi tak keruan, bila novel yang selalu kat kedai-kedai buku kita tengok range harga dalam RM30-RM50 jadi RM8 je ok!

Chipmunk dah set dah dalam kepala, kalau jumpa novel Cecelia Ahern banyak-banyak. Tapi jumpa satu je dan Chipmunk berjaya memborong 4 novel dengan harga RM32 sahaja!

Siapa-siapa yang berdekatan dan tak pergi lagi boleh lah berkunjung ke Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (Maeps) dari 7th sampai 16th october ni. Dekat area-area Mardi dan UPM je. Hospital Serdang tu pun dekat-dekat situ jugak.

Ni plastic bag. Bukti Chipmunk datang serbu.

Ini pulak bookmark yang diorang bagi. 

Ni yang sempat Chipmunk capai. 

Novel yang Cik Elya borong.

Noddy pun ada tau!

p/s : masa bayar tadi, orang depan memang borong gila la! Sampai RM500 kot!

12/10/2011

Wordless Wednesday : Ken dan Ninie


Pengganti Chacha.

Ninie

11/10/2011

KoMik #6

Enjoy the comics! ^^







Sumber asal : Miss Morbids

10/10/2011

Cik Teng-Teng dan bukunya


Dah lama tak post something pasal En. Tim dan Cik Teng-Teng kan? Rindu lah dekat kucing berekor 2 ekor ni. Rasanya Chipmunk ada cerita kot, En. Tim ni sebenarnya kucing pinjam. Bila Chipmunk balik Cuti Raya Aidilfitri dulu tuan En. Tim merangkap bapa saudara mak suruh Chipmunk jaga. Sebab tau Chipmunk ni gila kucing. Lagipun kat rumah beliau ada banyak lagi kucing comel-comel, gebu-gebu semuanya. Bila Chipmunk takda kat rumah En. Tim pun dihantar balik ke rumah asal. Tapi weekend ni mak call bagitau En. Tim ada kat rumah. Mak jaga untuk beberapa hari ni. Alah, rindu En. Tim lah tu. Tu yang bawa En. Tim lari balik rumah.

Actually, bukan nak cerita pasal En. Tim. Tapi nak post entry cerita bergambar Cik Teng-Teng yang comel ni. 

 " Eh, Abang Hazim belajar la. Mak, nak belajar jugak!"

"Yeay! Teng-Teng pun ada buku macam Abang Hazim la"

 "Dari tadi Page 1 ni tak paham-paham. Susahnya."

"Otak dah tepu! Argh, daripada aku pening kepala baik aku tido je."

p/s : Ken dah ada pengganti Chacha. Nama Ninie.

09/10/2011

Look Very Realistic!

Kat sini aku nak cerita lagi pasal lukisan. Pada post aku yang lepas (klik sini), orang melukis pakai pensil pun dah detail dan nampak real. Kali nie aku nak tunjukkan lukisan yang berwarna pula.

Lukisan nie nampak sangat real kalau kita sekali imbas macam tu. Memang lagi aku jeles dengan orang pandai melukis nie. (Ok, melawak je!). Lukisan nie diorang buat kita rasa ekspresi dan emosi seolah-olah orang dalam lukisan tu hidup.









Macam mana? Nampak real kan?? ^^

Sumber asal : thisblogrules
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...