28/07/2014

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!


Alhamdulillah sebulan dah kita berpuasa ye. Menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga malah menyucikan diri dari aura-aura negatif serta mendekatkan lagi diri kepada-Nya. Dan setelah beberapa lama menyibukkan diri dengan persiapan raya, maka tibalah sudah syawal yang dinanti. 

Di kesempatan ini, Iolls dan En. Barney ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tidak kira mereka yang meraikannya ataupun mereka yang sama menanti kehadiran Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Ampun maaf dipinta andai kata ada yang tersilap komen dan mungkin ada entri yang mengguris hati mana-mana pihak. Sesungguhnya tiada niat begitu pun. Kosong kosong ya? 


Hidangan istimewa buat pengunjung chipmunkandbarney.blogspot.com. Ambik lah sorang satu. Jangan gaduh-gaduh. Ini dessert hari raya katanya. I panggil Warna Warni Aidilfitri. Bukan main lagi naman kan? Hari Raya sememangnya cheat days bagi yang tengah diet. Hari raya nak diet lagi? Memang rugi lah kan. 

p/s : Mungkin bercuti sekejap blog ni time hari raya. Blogwalking memang dah lama mode bercuti. Bila nak start blogwalking balik entah. Haish. 

26/07/2014

Jom Balik Kampung!

Bagi yang masih lagi bekerja semalam, mesti ramai yang ambik peluang untuk balik kampung hari ni kan? I dengar member-member cerita jalan jammed sejak beberapa hari lepas lagi especially Lebuhraya Pantai Timur. Dan I pun harusla macam uolls jugak. Malam tadi packing untuk terbang pulang hari ini.


Flight hari sabtu, hari khamis lagi I dah check-in. Pada yang tak tahu lagi, boleh lah bagitau sekali ni. Uolls boleh check in dalam masa 48 jam sebelum berlepas. Flight pukul 10.15 pagi hari sabtu, start dari pukul 10.15 pagi hari khamis boleh check in dah. Check in awal-awal senang nak pilih seat. Lagi lambat check in, dapat seat yang tak berapa best sikit lah. Tak boleh nak memilih sangat. 

So bagi yang pulang naik kereta tu, berhati-hati lah di jalan raya. Yang naik flight macam I ni pulak document penting seperti boarding pass dan kad pengenalan jangan lupa bawa pulak. Nanti dah sampai airport baru perasan IC tertinggal kat rumah. Before nak gerak ke airport tu make sure semuanya lengkap. Have a safe journey everyone!

Buah tangan dari Hospital Gleneagles

Thank you Gleneagles KL! Iolls ingatkan dalam tu ada coklat tapi jeruk rupanya. Jeruk buah oren dan buah kiwi. First time makan jeruk kiwi. Not bad jugak rasanya. 

p/s : malam ni mesti bersengkang mata punyalah. 

25/07/2014

Iftar @ Pak Usu Steamboat, Shah Alam

Hari selasa lepas, kakak-kakak office ajak berbuka sama. Lagipun kononnya nak buat farewell jugak buat dua orang yang akan berhenti minggu ni. Yang sorang tu memang rapat dengan Iolls, yang sorang lagi sama company cuma branch lain-lain tapi member kakak-kakak ni jugak. 

Pada asalnya fikir dua tiga kali jugak, nak pergi atau tak. Tapi sebab petang tu dapat confirmation letter dari boss, mood baik makanya terus on je. I sebagai yang paling muda dan yang paling comel haruslah ikut je ke mana kakak-kakak office ni nak berbuka di mana kan. 

Pak Usu Steamboat

Akhirnya Pak Usu Steambot yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam menjadi destinasi berbuka puasa kali ini. Itupun plan asal nak ke Citta Mall. Nak buat reservation, penuh pulak. 

Mushroom comel tu memang hotstuff betul. 

Sementara menunggu waktu berbuka, sempat juga curik snap-snap

Kakak HR merangkap Kakak Sulung harusla bagi makan adik-adik yang kebulur ni.

Yang tak bestnya kat sini sebab pilihan tak banyak sangat. I ni bab steamboat memang kurang. So hari itu I melantak kuih-kuih dan buah-buahan. Itupun tak banyak sangat pilihan yang ada. Dan yang paling kecewa part ice cream. Cuma ada ice cream jagung dan coklat! Itu pun nan hado. Ice cream coklat memang tinggal kerak saja lah. Puas I tunggu bila nak refill ice cream. Memang jangan harap. Sampai balik gitu jugak lah ice cream nya. Tak ada kacang, chocolate rice, marshmallow dan yang sewaktu dengan nya yang uolls boleh tabur-tabur atas ice cream. Ice cream mentah semata-mata. I ni dah lah hantu ice cream. Sekali tengok fridge ice cream, menangis. Dan laksa nya pulak tak berapa nak menyengat sangat lah. Biasa-biasa saja. Harga pun Officemate I bagitau dalam RM30 seorang. Sebab I bayar RM32 hari tu. Haruslah topup sikit untuk mereka yang diraikan. 

Grill pun ada jugak tau. Tapi staff Pak Usu Steamboat yang akan prepare. Tak sure pulak kaedahnya macam mana, tapi uolls cuma perlu tunggu je. Dan yang paling I suka adalah kemudahan surau ada disediakan di Tingkat 1. Lepas solat maghrib boleh turun dan sambung balik sesi mengunyah. 


Awal entri tadi kan Iolls ada bagitau ini bersempena dengan farewell dua orang staff di company Iolls kerja ni. Sempat pulak diorang ni tempah-tempah kek. Nasib baik lah Giant Seksyen 13 tu dekat je. 


Yang sebelah kiri tu memang rapat dengan I. Alahai balik raya nanti mesti sunyi je. Tak ada teman bergosip dan bergelak sakan. Sedih tetiba. Apapun, wishing them all the best and good luck di tempat baru nanti!

Pak Usu Steamboat
Alamat : Jalan Snuker 13/29, Seksyen 13Shah AlamSelangor, Malaysia

Kalau uolls nak cari Pak Usu Steamboat ni senang saja. Berdekatan dengan Stadium Shah Alam, Giant Seksyen 13 dan juga Acapella. I tak reti nak bagi direction sangat. Sebab baru first time juga datang area ni. Pusing-pusing area ini memang sure akan jumpa. Tapi kalau uolls tahu kedai Pecal Lele Lela lagi senang, confirm akan jumpa Pak Usu Steamboat di seberang jalan. 

p/s : Esok dah boleh berbuka di rumah. Dengan family dan si bulus gebus Cik TengTeng dan Abang E'el. Yippe!

24/07/2014

Mood Balik Raya sudah mari!

Tinggal berapa hari lagi nak puasa dan tinggal dua hari lagi nak balik raya! Office pun mulai kosong. Dan mood pun mulai terbang. Hati pulak dah sampai rumah nampak gayanya. Lusa dah boleh berbuka puasa dengan family di rumah. Selama ni asyik sentap je dengan En. Barney pasal berbuka puasa dengan family. Padahal tak ada apa pun. Perempuan ni je yang over. Over tak over tetap boleh jatuh airmata jugak gara-gara benda kecik. Entah apa-apa je lah. 

Raya tahun lepas dengan pipi bengkak sakit gigi!

Tahun lepas tak boleh nak beraya sangat gara-gara sakit gigi sebab gigi bongsu nak tumbuh. Orang lain sedap-sedap melantak ketupat, rendang dan segala bagai. Iolls mampu telan air liur je. Sadis!


Time raya je peluang untuk berkumpul ramai-ramai macam ni. Classmate 2005/2006 dan ada juga beberapa orang classmate I since Iolls darjah 4 lagi. Bertukar-tukar cerita dan gossip. Harap-harap tahun ini masih berpeluang lagi. Masing-masing dah sibuk dengan kerja. Dan yang paling penting hopefully BFF Iolls merangkap 'boyfriend' I cepat-cepat lah balik dari Offshore sebelum raya. Rindu weh! Eh jangan salah faham pulak, member Iolls cakap dia 'boyfriend' I sebab dia ni tomboyish sikit. 

Bagi yang dah mula packing-packing barang nak pulang ke kampung masing-masing tu, sila servis kenderaan anda sebelum pulang ke kampung ye. Berhati-hati lah di jalan raya. Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti!

p/s : Ikutkan hati nak je balik esok malam. Tapi tengok tiket RM500-RM700. Nangis kejap. 

23/07/2014

Kordial Anggur Jalen

Bila dengar saja brand Jalen, benda pertama yang terlintas adalah Kicap Jalen dan Sos Cili Jalen. Mana taknya, pagi-pagi masa on the way nak pergi office pasti akan kedengaran iklan Kicap dan Sos Cili Jalen. Pergi ekspedisi, lupa Kicap Jalen terus nak batalkan ekspedisi. Makan tak ada Sos Cili Jalen  terus tak berselera. Bukan main lagi pengaruh iklan Jalen ni kan? 

Anyway, terus terang Iolls sebenarnya tak pernah beli pun produk keluaran Jalen ni. Mahupun sos cili ataupun kicap. Dan I lah salah seorang yang terpengaruh dengan iklan yang berkumandang di radio pagi-pagi sebelum sampai di office. Alkisahnya, masa pergi beli stock barang dapur weekend lepas, Iolls terjumpa pulak Kordial keluaran Jalen. Ingatkan cuma ada kicap dan sos cili saja. Rupanya air kordial pun ada jugak ye. 


Beli satu botol kordial anggur Jalen 1 liter dengan harga RM5+ untuk mencuba dan bagi menggantikan sebotol sunquick yang telah kosong di rumah. Bancuh segelas, letak ais dan minum malam-malam sambil taip entri. Not bad jugak. Disebabkan Iolls yang bancuh sendiri, manisnya tak adalah menyengat sangat. Rasanya kalau bancuh dengan sukatan yang standard pun manis tu masih tak terasa jugak kot. Selain dari anggur, ada lagi perisa-perisa lain. Contohnya seperti Oren, Laici, Ros dan Sarsi. Mangga Iolls tak sure pulak. Tapi rasanya perisa Mangga pun ada jugak kalau tak silap.

Agak puas hati jugak lah. Lain kali boleh try perisa lain pulak. Tapi I ni, yang satu botol besar ni pun entah bila nak habisnya? 

p/s : Cuba gantikan produk di dapur itu dengan produk buatan Malaysia, sedikit demi sedikit. #NoteToSelf

22/07/2014

Helmet Motorsikal

Helmet sememangnya salah satu perkara wajib yang mesti ada kalau nak menunggang motorsikal. Kalau takda helmet, mesti kena saman punya kalau jumpa dengan polis. Pakai lah helmet demi keselamatan anda.

Sekarang ini aku nak berkongsi pasal helmet tapi tak tahu lah sama ada helmet ini pelik ataupun cantik bagi korang. Korang nilaikan lah sendiri. Lain orang lain pendapat. Betul tak?


Scorpion EXO-100
Material : Polycarbonate half shell


Nexx X60 Vintage
Material : Advance Thermo Resin Shell


Bell Star Carbon
Material : Carbon Fiber


Predator 2
Material : Carbon Fiber & Polycarbonate


Bell Rogue
Material : Composite Shell



Shark Raw
Material : Thrmoplastic Resin


Antara keenam-enam helmet ini aku paling minat Shark Raw. Memang nampak smart. Korang pula macam mana?


Sumber : badasshelmetstore

21/07/2014

Cik TengTeng dan Kereta Tamiya

Cik TengTeng. Banyak karenah dan banyak ragam. Tapi keletah si bulus gebus tu jugak lah yang bikin manusia geram. Rasa nak gigit-gigit je. Kadang-kadang rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka kerek lagi poyo tu. 

Pada suatu hari, sesudah sahur. Iolls dapat whatsapp dari mak. Mak Iolls ni kalau whatsapp tak lain dan tak bukan, mesti hantar gambar Cik TengTeng dan Abang E'el. Pagi itu Cik TengTeng pulak. 


Terumpa sebuah kereta tamiya yang disepah-sepahkan di atas lantai rumah. Mungkin Cik TengTeng sedang berfikir apakah ini? 


Belek sana, belek sini. Jumpa apa lah Cik TengTeng oi? Mungkin cuba untuk meniru perbuatan tuan punya kereta tamiya tersebut?


Mari kita uji. Kalau dibuat bantal agak-agak best tak? Apa kata kita cuba dulu dan pejam mata? Test 123. Test ABC. 


Bantal sedap, tak sedap dia tetap tidur jugak. Peduli apa, mata dah mengantuk. Akhirnya fungsi untuk benda baru ini telah diketahui. Ianya adalah sebuah bantal. Er, bantal?


Akhir sekali. Bantal entah kemana, Kereta Tamiya entah jadi apa manakala Cik TengTeng pulak bantai tidur. Tak senonoh punya kucing. 

p/s : Ini baru kereta tamiya, belum lagi dia jadi Goalkeeper simpanan pasukan Germany lagi. 

20/07/2014

Korean Drama : Gunman in Joseon

Latest drama korea yang I tengok sekarang. Drama yang berlatarkan masa pada zaman dulu-dulu. Kadang-kadang I prefer tengok drama yang ceritanya pada zaman dulu-dulu. Macam lagi best pulak. Lagipun I dengar, ramai yang kata drama ni best. Makanya haruslah suruh En. Barney aka supplier drama korea download kan. 



Sinopsis Gunman in Joseon

1876, tahun ketiga pemerintahan Maharaja Gojong. Kematian seorang demi seorang penyokong Parti Politik Kaehwa yang mati ditembak oleh penembak misteri telah menimbulkan tanda tanya. Ketua Pengawal Diraja, Park Jin Han (Choi Jae Sung) yang juga merupakan seorang pemain pedang handalan telah ditugaskan untuk memburu penembak misteri tersebut. Namun, Park Jin Han kemudiannya dibunuh dan dituduh sebagai pengkhianat manakala anak-anaknya juga dihukum. Park Yoon Kang (Lee Joon Ki) yang mewarisi kehandalan ayahnya bermain pedang kemudiannya melepaskan pedangnya demi sepasang rifle dari negara barat untuk membalas dendam atas kematian ayahnya. (sumber)

Setakat beberapa episod I tengok ni, still best lagi. Tengah tunggu En. Barney bagi episod baru pulak. Baca sinopsis macam berat je jalan ceritanya tapi buat masa sekarang dalam episod awal-awal ni tak rasa sangat lagi. Kalau cerita berat sekalipun tapi jalan cerita menarik tak kisah lah. Asalkan best. Watak hero dan heroin drama ni pulak macam comel je I tengok. Kelakar pun ada jugak. 

Jung Soo In (Nam Sang Mi) dan Park Yoon Kang (Lee Joon Ki)

Drama Korea yang currently on going kebanyakan cerita moden-moden, cerita cintan cintun yang kurang menarik perhatian Iolls. Cuma drama yang ini je dengan latar masa zaman dulu-dulu. I ni kurang sikit tengok cerita jiwang-jiwang, tangkap leleh bagai. Macam drama sangat je. Eh, dah memang pun drama kan? Prefer cerita action atau zaman dulu-dulu ataupun yang lain sikit. Sampaikan officemate I cakap, drama Korea yang I tengok semua cerita lawan-lawan, tembak-tembak. Bagi dia bosan. Bagi I pulak, cerita cintan cintun yang dia tengok tu lah bosan. Well, taste orang tak sama kan? Jadi bagi siapa yang suka cerita action lama-lama yang begini boleh try tengok drama Gunman in Joseon. Ini cerita lama tak main lah lawan-lawan pedang. Main tembak-tembak pulak. 



p/s : Blogger Nurie kata Drama Hotel King best. Akan difikirkan kemudian sama ada nak tengok atau tak. 

19/07/2014

Berbuka dengan Citarasa Ramadan @ Pizza Hut

Al-kisahnya ini berlaku di awal bulan Ramadhan lagi. Sekarang ni dah masuk penghujung Ramadhan. Ini semua gara-gara tak ada mood punya pasal. Dari 1st of July, super duper busy dengan kerja office. Dah selesai 6 bulan pertama tahun 2014, banyak benda nak kena settle. Tambah pulak dengan bulan puasa memang tak lah nak OT sampai 7-8 malam. Weekend jauh sekali. Pada saat ini kerja yang perlu diselesaikan baki lagi 10% baru boleh bernafas sikit. Kalau tak sebelum ni sampai termimpi-mimpi kerja tak siap lagi. Oh, memang nightmares sungguh. Tapi sempat lagi bangun awal pagi untuk tengok World Cup. Ini yang dinamakan sambil menyelam minum air. 

Alamak, tanpa disedari boleh melencong pulak ye? Actually kisah sebetulnya begini. Kawasan perumahan Iolls ni dekat sangat dengan Pizza Hut. Memandangkan malas nak menghadap jammed dimana-mana dan bagi mengelakkan kes berbuka dalam kereta atas jalan raya, maka situ lah destinasinya. 


Untuk berbuka kali ini, kami memilih menu baru yang diperkenalkan oleh Pizza Hut istimewa bersempena dengan bulan ramadhan iaitu Citarasa Ramadan. Macam biasa, I dan En. Barney memang akan ambik set untuk 2 pax. Yela, dah dua orang je takkan nak order set untuk 4 orang pulak kan. 

Harap maaf, gambar Asiana Pizza tak ada. Disebabkan hari tu Pizza sampai dalam 5 minit selepas waktu berbuka memang tak menyempat lah nak ambik gambar dah. Lagipun, upload kat sini nanti ada jugak yang terliur tengahari buta. Asiana Pizza dengan topping Ayam Tandoori, sos tandoori, perahan limau nipis dan juga bahan-bahan biasa seperti capsicum, tomato and so on memang sedap! Cuma agak pedas sikit lah. I mampu makan satu dua slice je sebab tak tahan pedas. Biasalah perempuan gedik dengan perut manja memang begini. Yang lebih itu, setengah En. Barney bantai sorang dan another half I bawa balik kononnya nak makan untuk sahur. Punyalah malas nak masak kan? 

Asiana Platter

Citarasa Ramadan untuk dua orang includes Asiana Platter juga. Ada sate bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai dan juga salad. I paling suka jejari ayam berempah, biarpun itu pedas jugak sebenarnya. 

Zesty Selasih

Dan akhir sekali adalah air Zesty Selasih. Mirinda Strawberry, Selasih dan sedikit perahan limau nipis. Memang cukup menyegarkan! Segelas rasa macam tak cukup je. Tapi nak tambah segelas lagi macam banyak sangat pulak. 


Dan yang paling I suka baik Pizza Hut mahupun KFC, satu paket dengan isi dua biji kurma percuma untuk pengunjung beragama Islam yang datang berbuka puasa. I suka pulak kurma KFC / Pizza ni. Nak je tanya diorang letak kurma apa kat dalam tu. Sebab tak manis, tak keras sangat. Sedap je. Boleh tak nak datang KFC / Pizza semata-mata kerana kurmanya? Hiks.

Anyway, bagi yang tak mencuba lagi Pizza baru sempena ramadhan di Pizza Hut, boleh lah try. En. Barney memang suka Asiana Pizza ni, sedap katanya. Rasa pedas yang menambahkan lagi impak sedap Asiana Pizza. Dengan Sos Tandoori lagi. Nak cakap lebih-lebih, tengah puasa pulak. Apa kata uolls try je dulu. Tak rugi mencuba. 

p/s : Esok pulak janji dengan BFF nak berbuka sekali. Yippe!

18/07/2014

Berdusta dan Berbohong

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a, 

"Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang menyebarkan berita bohong (yang bersumberkan 'katanya dan katanya'), iaitu mengatakan sesuatu yang belum tentu kebenarannya dan belum diselidik terlebih dahulu"

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Note to self. (sumber : Google)

p/s : Lewat malam tadi dikejutkan oleh whatsapp Blogger Azlan Strider kat group #BloggerGilaHashtag. Terus buka dan baca. Live Report : Malaysian Airlines Flight MH17.

17/07/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Waku Doki Campaign

Alhamdulillah, tengok-tengok rupanya ada satu lagi CPUV baru dari Mr. Nuffnang dalam bulan Ramadhan ini. Tengok blogger-blogger lain pun banyak juga dapat CPUV. Alhamdulillah, murah rezeki di bulan puasa ni kan. Semoga dapat banyak lagi CPUV lepas ini ye. Hiks. 


Waku Doki Campaign

Terima kasih Nuffnang dan juga Toyota. Mula-mula I tengok Earning, benda yang pertama terlintas dalam kepala, "Apa benda Waku Doki ni? Sama macam Dorayaki ke apa?". Yang I faham Waku Doki ini adalah satu dance competition yang dianjurkan oleh Toyota. 


I tengok dance moves macam comel je. Kelakar pun ada jugak. Ada yang ingin mencuba untuk menghantar penyertaan? Mana tau boleh menang trip ke Tokyo. Ataupun mungkin kereta Camry sebijik? Untuk keterangan lanjut boleh lah klik iklan Waku Doki Campaign ini. 

p/s : Ada orang tu beli kereta baru lah. Boleh panggil Si Merah Junior pulak eh?

16/07/2014

Rindu Awak 200% : Drama Vs Novel

Semalam, pukul 5.30 petang En Barney ambik I di rumah. Ajak berbuka puasa dengan family di rumah En. Barney. Mak dia siap masak spageti dengan bubur jagung lagi. Takkan nak tolak kot. Anyway, lepas En. Barney hantar I balik rumah, biasalah selesai apa yang perlu terus buka laptop. Check Nuffnang, tengok trafik terbaik lah. Dan keyword utamanya.....


Rindu Awak 200%

Bagi penonton tegar Slot Akasia di TV3 mesti dah tengok drama terbaru yang menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) semalam kan? Honestly I memang jarang tengok drama Slot Akasia. In fact, I jarang tengok TV pun sebenarnya. Cuma time World Cup tengok TV lebih sikit sebab nak tengok bola. 

I dah baca novel Rindu Awak 200% (baca SINI untuk review novel Rindu Awak 200%). Dapat tahu je dah dipasarkan, I terus pergi bookstore berdekatan dan grab satu. Ini semua sebab I personally tahu novelis Rindu Awak 200% sebagai seorang blogger. Cuma tak berkesempatan untuk bersua muka je. Apapun, congrats Kak Liyana Zahim. Finally baby beliau akhirnya diadaptasi menjadi drama. Tahniah sekali lagi. 

Bagi I novel Rindu Awak 200% memang best. I ni kalau dah baca novel, drama tak berapa nak tengok sangat. Sebab takut tak mencapai piawaian yang I tetapkan. Nanti jadi frust pulak. I tengok jugak Facebook, baca komen-komen penonton mengenai drama ini.

Klik untuk lebih jelas

Ada yang kata best, ada jugak yang kata tak best. Uolls dah tengok episod pertama semalam? Best tak? I sempat tengok sikit-sikit je. Tengok macam not bad je. 


Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqbal dan juga Ayda Jebat sebagai Armel Aisya. Hero macam dah okay. Ayda Jebat pulak tak pernah lagi tengok beliau berlakon sebagai watak utama. Uolls rasa okay tak lakonan kedua-dua peneraju utama drama ini? Oh, bagi yang tak tengok lagi, boleh lah tengok di tonton.com.my.

Tonton Online Rindu Awak 200% di tonton.com.my

Facebook Rasmi Rindu Awak 200%

p/s : Paling I suka cerita Rindu Awak 200% ni sebab nama heroin dia ada terselit nama I. Ehem. 

15/07/2014

Ramadhan bersama Lipton Infusion Peppermint

Sebagai seorang penggemar teh, seharusnya stok teh dirumah perlu lah sentiasa ada. Kalau ditanya teh yang paling I suka, sudah semestinya Lipton. Disebabkan tidak dapat menyegarkan diri dengan secawan teh untuk breakfast di pagi hari sepanjang Ramadhan ini, secawan teh semasa bersahur ataupun berbuka adalah satu kewajipan. Tapi kadang-kadang, sahur I minum teh dan berbuka nanti pun teh lagi. Dan untuk ramadhan kali ini, I memilih Lipton Infusion Peppermint sebagai peneman di waktu sahur dan berbuka. 

Lipton infusion Peppermint

First of all, apa maksud infusion? Infusion adalah satu proses dimana bahan kimia (chemical compound) ataupun perisa (flavours) diekstrak daripada tumbuhan di dalam pelarut seperti air, minyak ataupun alkohol dengan membenarkan bahan tersebut untuk terampai di dalam pelarut berkadaran dengan masa. Bunyi macam best je kan? Kalau DNA extraction I pernah la buat dalam lab. Extract flavour macam seronok je. 

Uolls tahu tak bahawa infusion dan teh adalah berbeza sebenarnya? Actually I pun baru tahu. Senang je, kalau teh terhasil daripada daun teh, manala infusion pula dihasilkan daripada tumbuhan ataupun buahan. Sebagai contoh peppermint yang dihasilkan daripada daun peppermint yang bermaksud ianya tidak mengandungi teh langsung pun sebenarnya. Dan ianya juga adalah caffeine free.

Apa yang best berbuka dan bersahur bersama Infusion Peppermint? I suka sebab rasa segar je. Especially masa bersahur. Biarpun selera makan tu tenggelam timbul, tapi kalau minum Infusion Peppermint hilang semua rasa mengantuk. Sebab itu lah Iolls selepas bersahur tak tidur dah. Untuk berbuka pulak, selepas penat seharian, ditambahkan pula dengan cuaca panas yang kadang-kadang buat kita rasa macam dehydration je. Seteguk Infusion Peppermint semasa berbuka memang sangat melegakan tekak. Dengan aroma yang sangat wangi dan rasa yang sangat menyegarkan memang sesuai untuk diminum di bulan puasa. Sangat refreshing!

sumber : INI

Lipton infusion yang I pernah jumpa di pasaraya ada dua je, iaitu Infusion Peppermint dan juga Infusion Chamomile. I tak sure pulak yang lain-lainnya. Kalau Chamomile, I tak suka sangat sebab I memang suka dengan mint flavour. So kalau uolls suka akan rasa yang menyegarkan, tak salah kalau mencuba. Lagi-lagi time bulan puasa ni. Kekal segar bersama Lipton Infusion Peppermint baik selepas bersahur ataupun selepas berbuka. 


p/s : minum panas-panas lagi best, rasa lagi segar. 

14/07/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Julie's LINE Cookies Limited Edition

Pejam celik pejam celik, kita telah pun sampai di pertengahan bulan. Tak terasa cepat je masa berlalu kan? Diharapkan Ramadhan kali ini baik-baik sahaja. Okay, lupakan dengan segala ucapan klise yang sebegitu dan teruskan dengan point yang utama. 


CPUV latest Iolls dapat dari Mr. Nuffnang pada bulan ini. Terima kasih Mr. Nuffnang, terima kasih Julie's dan terima kasih juga buat LINE. Bila dengar je nama Julie's, memang automatik akan teringat biskut yang selalunya menjadi peneman setia time study. Kali ini Julie's bekerjasama dengan LINE dan maka terhasil lah cookies Limited Edition dengan bekas comel yang berwarna coklat dan juga pink. 


Dengar khabar yang ini cuma Limited Edition saja. Ada jumpa semalam di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Comel je bekas dia. Disebabkan nak cepat semalam, tak sempat nak capai satu. Kalau uolls taknak terlepas untuk dapatkan bekas comel warna pink dan coklat ini sila dapatkan di pasaraya yang berdekatan. Cuma I tak sure pulak kalau dijual di pasaraya terpilih saja. 

p/s : Siapa tengok Final World Cup pagi tadi?

13/07/2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

12/07/2014

Segment : Sally nak bagi kad raya!

Walaupun dah masuk era komunikasi pantas, tapi Sally tetap rasa yang kad raya tu sangat la best! Hahahaha...so, sempena Hari Lebaran yang akan tiba ni...Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau rasa nak kad raya, jangan lupa join ye!

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/07/segment-sally-nak-bagi-kad-raya.html

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follw Instagram Sally (Kalau ada) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment : Sally nak bagi kad raya!
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...

    Credit to : Mialiana.com

    Segmen ini akan berlangsung dari 11/7/2014 sehingga 16/7/2014 (10pm)

11/07/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Tesco Delivery Lab

Dah beberapa hari jugak sebenarnya CPUV baru dari Mr. Nuffnang ni bertapak di blog Iolls. Nak buat entri tak menyempat. Dua minggu busy siapkan report suku tahunan. Bila dah settle, hal semalam pulak yang terjadi. 








Tesco Delivery Lab

Thanks Mr. Nuffnang dan juga Tesco. Bila tengok perkataan Delivery tu, dalam konteks modern life bermaksud kata lain adalah online shopping. Uolls bukan setakat boleh shopping kasut, baju secara online tapi nak beli barang keperluan dapur di Tesco pun boleh dilakukan secara online juga. 

Rumah sewa Iolls yang sebelum ini memang dekat sangat dengan Tesco. Biarpun dekat, tetap banyak kali juga terserempak dengan lori-lori delivery Tesco, nak deliver barang. Yang ada anak kecik memang sangat memudahkan kerja. Just click itu dan click ini dan seterusnya cuma bersiap sedia lah menanti barang-barang dapur anda untuk sampai di depan pintu rumah. Tak perlu pening-pening kepala memikirkan nak tinggalkan anak sebentar untuk membeli barang-barang keperluan sahaja. Atau nak bawa anak-anak kecik semata-mata nak restock barang-barang keperluan rumah.

Mudah sangat kan? Semuanya di hujung jari cuma. Tak perlu fikir nak cari parking, nak bayar parking. Tak perlu pening untuk bersesak dengan orang ramai dan tak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran. Cuma click sahaja. Simple.

p/s : Semua dah di hujung jari. Tak perlu nak susah-susah.

10/07/2014

Alahai Kesian Si Merah

Asalnya nak buat entri lain, terbuat entri lain pulak. Alkisahnya petang semalam masa on the way balik kerja dan hanya beberapa meter lagi nak sampai rumah, malang tak berbau 'pipi' Si Merah Iolls kena cium pulak dengan sebuah Mitsubishi Storm. Masa nak keluar simpang, driver tu kata dia cuma tengok sebelah tepi je. Kereta depan dia tak tengok pulak dah lepas belum. 

Nasib baik tak ada yang kemek, cuma lampu belakang bahagian kanan je yang pecah. Lagipun masing-masing time tu bawa slow. Yela, nak keluar simpang takkan nak pecut juga. Lagi-lagi time tengah jammed.


Nasib baik sikit saja. Dan Alhamdulillah, yang langgar tu pun okay je tak banyak songeh. Malas nak marah-marah biarpun sakit hati tengok kereta macam tu. Kalau dia yang langgar tapi banyak songeh itu memang mengundang lah. Tapi benda dah nak jadi. Orang tu cakap elok, kita pun cakap elok. Lepas buka puasa semalam, En. Barney terus pecut datang rumah Iolls. Try settle malam tu jugak sebab hari ini En. Barney nak pergi outstation dua hari. Settle baik-baik dan semuanya selesai malam tadi jugak.

Pukul 10 malam, pergi bengkel untuk betulkan lampu. Nasib baik bengkel member ayah En. Barney. Call suruh dia cari apa yang patut, sampai-sampai terus tukar. Alhamdulillah semua settle malam tadi jugak biarpun Si Merah Iolls nampak pelik sikit lampu belakang lain sebelah. 

So uolls semua, nak balik berbuka puasa tu bawak lah bersabar. Kata puasa kan? Sabar itu adalah sebahagian dari iman. Jangan hanya kerana mengejar masa nak berbuka, kita lupa erti sabar di jalan raya. Hanya kerana mengejar masa, kita juga lupa kewujudan signal. Bukan sahaja berpuasa menahan lapar dan dahaga tapi cuba juga untuk berpuasa di jalan raya.

p/s : puasa dari makan dan minum je, bila dah atas jalan raya ramai yang terlupa yang dia tu tengah puasa. 

09/07/2014

Wordless Wednesday : Abang E'el Penat Puasa Lah



p/s : Macam lah dia puasa pun. 

08/07/2014

Thanks Mr Nuffnang : IKEA - June Sale Campaign

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita berpuasa. Bagaimana Ramadhan anda setakat ini? Kat area rumah Iolls ni dah mula dah Boom sana, Boom sini dengan bunyi-bunyi mercun! Padahal belum sampai pertengahan ramadhan lagi. Asyik terkejut aje dengar bunyi-bunyian yang boleh meluruhkan jantung. 

Eh sebelum I bebel panjang dan melencong lagi jauh lagi, actually baru-baru ni check la Earning Nuffnang, nampak bersih, suci dan murni lagi sebab I baru aje cashout. Sekali tengok, ada CPUV baru lah. Alhamdulillah. At least tak ada lah nampak kosong sangat Earning Iolls tu kan. Syukur, rezeki di bulan puasa ni. 



IKEA - June Sale Campaign

Terima Kasih buat Nuffnang dan juga IKEA. Kalau sebut saja tentang IKEA, ada satu sahaja yang berlegar-legar dalam kepala Iolls - Swedish Meatball! Disebabkan Iolls ni menyewa je dan belum memiliki rumah sendiri lagi, jadi memang tak nak memeningkan kepala beli perabot atau barang-barang hiasan rumah dan sebagainya. Buat semak je. Nanti pindah rumah sendiri, dah satu hal pulak nak mengangkut macam-macam. So nak shopping perabot segala bagai, kena tunggu ada rumah sendiri dulu ye. Time tu nak angkat satu IKEA tu pun tak kisah. Kalau nak angkat satu IKEA tu, baik berumah terus je kat situ. 

Siapa-siapa yang nak bershopping untuk persiapan raya, nak beli perabot baru atau nak decorate rumah uolls bagi nampak bombastic time raya boleh lah ke IKEA. Kot-kot lah banyak promotion kan. Tapi shopping tu shopping jugak, puasa jangan dilupakan. Jangan lupa rancang perbelanjaan sebelum berbelanja. 

p/s : Dah start shopping raya ke uolls?

07/07/2014

Top 10 Motorsikal Paling Laju

Motorsikal adalah salah satu kenderaan penting juga kat Malaysia ini. Maklumlah lah nak elak kesesakan di jalan raya terutamanya Kuala Lumpur. Kalau KL ini tak payah cakap jammed dia. Memang menguji kesabaran dan keimanan. Kali ini aku nak berkongsi pula mengenai motorsikal yang paling laju tahun 2014 ini.

10. Ducati 1098s
Top speed : 271 km/j
Transmission : 6

9. BMW K 1200 S
Top speed : 278 km/j
Transmission : 6

8. Aprilia RSV 1000R Mile
Top Speed : 278 km/j
Transmission : 6


7. Kawasaki Ninja ZX-11
Top speed : 283 km/j
Transmission : 6

6. MV Agusta F4 1000R
Top speed : 299 km/j
Transmission : 6

5. Yamaha YZF R1
Top speed : 297 km/j
Transmission : 6

4. Honda CBR1100XX Blackbird
Top speed : 310 km/j
Transmission : 6

3. MTT Turbine Superbike Y2K
Top speed : 365 km/j
Transmission : 2

2. Suzuki Hayabusa
Top speed : 397 km/j
Transmission : 6

1. Dodge Tomahawk
Top speed : 560 km/j
Transmission : 2

p/s : Jangan menunggang dengan laju. Membahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain. Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua. Ada tak antara motorsikal kat atas ini menjadi idaman korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...