Dalam entry INI, ada satu entry tertangguh yang Chipmunk nak buat kan? Pasal makan-makan lah. Before tengok The Avengers hari jumaat lepas, En. Barney bawa Chipmunk g makan kat satu restoran ni. Tak pernah makan kat sini dan tak pernah tau pun restoran ni wujud.
Chipmunk sebenarnya macam nak tak nak je buat review pasal restoran ni. Sebab tak tau nak komen macam mana. Apa-apapun nak tunjuk dulu kitorang makan kat restoran mana.
Restoran Sultan Hadramawt
Macam mana nak bagi direction eh? Agak terpencil sikit restoran ni. Area Sungai Ramal ni la. Kalau ikut traffic light belok ke kanan before simpang masuk McD dan jugak PKNS Bangi ni, belok kanan and then lurus je. Rasanya lah. Chipmunk pun tak pernah masuk lagi area tu. Tu first time. Restoran Sultan Hadramawt ni ada di sebelah kiri.
Pening la tu nak makan apa.
Tak reti sebenarnya nak komen sebab terus terang bukan taste Chipmunk sebenarnya. Based on menu Chipmunk tengok specialty restoran ni menjurus kepada hidangan daging kambing. Chipmunk mana makan daging kambing ni. Tengok menu pun selak mukasurat demi mukasurat semua kebanyakan tulis lamb blablabla. Dah la menu dia macam tak mesra pelanggan je. En. Barney cakap dah macam buku teks/buku rujukan dah.
Yang ni En. Barney punya.
Last-last Chipmunk ambik Fish and Chips jugak kan. En. Barney pulak ambik Chicken Mandy. Tapi part air tu yang Chipmunk dan En. Barney suka. Honeydew dan Carrot. Macam pure buah je tak campur apa-apa tapi tak tau la kan. Tapi macam mahal la RM6 segelas. Kalau kat Austin Steak House pun gelas EXTRA LARGE baru around RM4. Nak komen pasal harga pun Chipmunk tak berapa nak pandai sangat lah. Bagi Chipmunk agak mahal jugak kot. Maybe sebab bukan taste Chipmunk kot yang macam ni. Tapi yang En. Barney ambik tu rasa agak sedap jugak. Fish and Chips yang Chipmunk ambik tu pun En. Barney habiskan. Tak berkenan la, ikan macam tak berapa nak kering. Tolak tepi habiskan air je.
Ada siapa-siapa pernah pergi restoran ni tak? Nak jugak tau pendapat orang lain.