13/04/2012

Tips Penjagaan Ken si Otai


Hari ni Chipmunk nak cerita pasal haiwan selain dari kucing. Dah lama Ken si Otai tak merangkak lalu red carpet blog ni. Nanti merajuk pulak Ken si Otai ni kan. Chipmunk tau, mesti ramai yang tertanya-tanya Ken Si Otai tu siapa. Nak tau, kena  baca entry ni sampai habis. Pernah je Chipmunk story-story tapi dah lama dulu lah.

Kali ni nak cerita pulak macam mana Ken ni makan, tempat Ken ni beradu tapi yang paling penting besar mana dah Ken si Otai ni dan macam mana Chipmunk dan En. Barney jaga Ken si Otai ni sampai la umur Ken hampir setahun.


Ni tempat tinggal Ken si Otai dan anak-anak. Sebenarnya bukan anak Ken pun. Chipmunk dan En. Barney suka panggil macam tu. Bekas ni dalam perancangan Chipmunk nak tukar ke bekas yang lagi besar memandangkan Ken si Otai dan anak-anak pun dah makin besar. Dan nak modified sikit untuk keselesaan dan kesenangan diorang dan jugak kami yang menjaga ni. Bekas ni hari-hari Chipmunk basuh, termasuk sekali dengan batu dan jugak kayu tu. Air pun Chipmunk tukar hari-hari. Lagipun air tu cepat busuk dan untuk mengelakkan Ken si Otai terkena infection dan yang sewaktu dengannya.


Ni makanan Ken si Otai dan anak-anak. Mesti semua dapat agak Ken tu siapa kan? Tunjuk makanan dulu, Ken dan anak-anak kemudian ye. Selain daripada pellet ni, boleh bagi makan sayuran hijau seperti kangkung. Tapi Ken diorang ni tak makan sangat sayur, nak pellet jugak. Dah tu, nak jenis yang ini je. Kalau beli lain, diorang tak nak. Demand kan? Kalau kura-kura tu kecik lagi, digalakkan patahkan pellet tu kecik-kecik. Macam Ken, Chipmunk patah dua je memandangkan diorang semua dah debab-debab.


Ni gambar diorang tengah makan. Chipmunk memang bagi makan diorang dekat bekas yang lain. Kalau boleh bagi kura-kura makan kat bekas lain. Senang sikit nak basuh, bekas makanan dan jugak bekas yang satu lagi. Dan lagi satu, jangan bagi pellet tu banyak sangat. Takut nanti overfeeding, kura-kura boleh mati.


Ni la Ken si Otai. Dah hampir setahun dah Chipmunk dan En. Barney jaga. Memang sayang sangat kat Ken ni. Dah hampir sama besar dengan tapak tangan Chipmunk dah. Kalau nak baca entry masa Chipmunk beli Ken dulu boleh baca kat SINI. Kalau nak baca entry Ken jadi Superman pulak boleh baca kat SINI.



Lupa pulak nak bagitau, kura-kura Chipmunk ada 3 ekor semuanya. Ken Si Otai, Tweety dan jugak TinTin. Yang dua ekor lagi tu adalah lebih kurang setengah tahun dah Chipmunk dan En. Barney bela. Ada la sikit-sikit pengalaman bela kura-kura ni. Jadi, siapa yang baru berjinak-jinak dengan kura-kura kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai tips-tips penjagaan kura-kura boleh lah tanya Chipmunk dan En. Barney. InsyaAllah, kalau ada yang boleh dibantu tu dengan rela hati kami tolong jawab semua soalan-soalan mengenai kura-kura ni. Kalau nak kongsi pengalaman pun boleh jugak, dialu-alukan.

33 comments

4/13/2012 12:57:00 pm

wahh wahh. comelnyerr. :D hahaha. fiqa pon ada bela dulu. tapi kene buang laa

4/13/2012 03:10:00 pm

~waa..comel..dah da family pulak..hehe :)

4/13/2012 05:55:00 pm

tak prnh bele kura2..ehhe..bele kcing je

4/13/2012 06:02:00 pm

kawan ct ada bela kura2 ...
dulu kecik, skrg da besarrr...tkot lak nk pgg ..heheh

4/13/2012 06:15:00 pm

comelnye ken si otai!

4/13/2012 07:00:00 pm

ala tomey..tapi pandai pula demand makan eh..hehe

4/13/2012 08:30:00 pm

wah bela kura2 lah
sis tak da bela pun..
sekarang ni hasrat di hati nak guinea pig , tapi tak tau nak beli kat mana huhu

4/13/2012 10:28:00 pm

comel kura kura tu...naper xbuat kolam atas tanah utk dia...msti lagi fun kura2 tu..hehe

4/14/2012 02:45:00 am

nak tgk!!kat mana tu???comeii..

4/14/2012 03:17:00 am

susah tak jaga kura-kura ni..teringin juga nak bela :D

4/14/2012 04:06:00 am

@faiz fakhirin

masih dlm perancangan.. hahaha

4/14/2012 04:06:00 am

@kaishin

nk kata susah, xla susah.. tp xsenang sgt la.. kne penjagaan rapi masa kecik2.. pas2 dah ok dah..

4/15/2012 04:58:00 pm

@Detective Fiqa

nape buang.. sayangnye.. huhu

4/15/2012 04:58:00 pm

@BlueiceButterfly

bukan anak die sbnrnye.. hehe

4/15/2012 04:59:00 pm

@Cik Yatt

kucing, ikan, ayam, kura2.. sume penah.. tinggal nk bela harimau je lg pasni.. hehe

4/15/2012 05:00:00 pm

@ctk

bila besar kuku kura2 tu tajam.. huhu

4/15/2012 05:00:00 pm

@anNaqia

makin besar nmpak makin comel plak.. hehe

4/15/2012 05:01:00 pm

@puteri kasih

tu la sis.. dulu pernah beli satu jenis mknan die ni, diorg xnk makan.. tpaksa beli lain.. huhu

4/15/2012 05:03:00 pm

@sis92

pernah jugak terfikir cmtu.. guinea pig ni payah ckit.. plus nnti kalau dh beranak pinak.. huhu

4/15/2012 05:04:00 pm

@iEdYa AbDuLLaH

nk tgk ape dayah? kura2? dtg la kdo ni.. hehe

4/15/2012 06:08:00 pm

dulu ada pelihara satu.. kecik lg.. panggil Manja.. tp dh xde.. tiba2 hilang :'(

4/16/2012 03:53:00 pm

@Haruno Hana 하나

mcm mne bleh tibe2 hilang?

11/14/2012 06:53:00 pm

salam sis,Sy nk tnya..knp kura2 sy cngkerang dia kering???satu lg,sy ad bela 2 ekor kura2,knp kura2 yg satu tu bsr dan satu lg tu kecil??tu je nak tnye,tq sis

11/14/2012 07:48:00 pm

@I'm Damia ♥

kering? kering yg macam mana tu? Letak dalam bekas yang berair tak?

kura2 tu sepasang lah kan? sekor jantan, sekor betina? Kalau yg betina growth rate mmg lagi cepat dari yg jantan. Mmg normal kalau yg betina tu lg besar dr yg jantan.. =)

Anonymous
1/04/2013 02:54:00 am

turtle ni kalau dia dah besar boleh lpskan dia ke sungai atau buat kolam atau aquarium lebih besar utk dia

1/05/2013 08:59:00 am

@Anonymous

sorry lambat reply..
up to you lah. kalau budget lebih sikit bleh buatkan kolam kecik utk kura2 ni.. *plan cmtu jugak sebab syg nk lepaskan*

klau nk lepaskan kat sungai/tasik/kolam, make sure tmpat tu kita rasa selamat.. dan kita rasa secure yg kura2 boleh and senang adapt dan survive dlm environment tu.. =)

9/29/2013 12:51:00 pm

kenapa saya ada beli kura-kura..saya ada satu yg besar betina yg laju berjalan dan ada lagi satu ni anaknya...jantan...saya rasa mata dia sakit tapi tak kot bila saya keluarkannya dia akan gosok mata barulah bukak

9/29/2013 03:32:00 pm

@za zahry

itu tanda2 fungal infection tu kalau ikut pengalaman sy.. make sure airnya sentiasa bersih ya..

Anonymous
10/10/2013 08:04:00 pm

Salam.. saya ada bela kura2 jugak tp knp dia mcm x aktif sgt.. pastu saya x pernah nampak diorang makan. kadang2 palet tu terapung je, x disentuh.. kenapa yer? risau pulak..

10/10/2013 10:18:00 pm

@Anonymous

wslm.. mata kura2 tu bengkak tak?

10/28/2013 01:33:00 pm

saya baru je nak terai membela.. baru 3hari bela.. tp kt rumah saya ada baby...takot effect baby tu penyakit ape2 je..ade xtips nk elakkan penyakit kene dkt baby??

10/28/2013 10:19:00 pm

@Nik Norulhuza

er, yg ni sy tak sure pulak.. sebab sy bela kat hostel je.. kat rumah pulak mmg takde baby kecik.. ape2pun jaga hygiene.. selalu bersihkan bekas.. tp bukan bekas je, kura2 tu sekali.. huhu.. tambah klorin sikit dlm air tu..

8/05/2014 10:56:00 pm

as salam akuarium awk tu nmpk besar la..bpe lebar die..yg sy punye jenis panjang hanya muat tok sekor je yg sebesar mcm kura2 ken awk.. akuarium awk tu bentuk 4 segi ke?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...