Tengah bulan Disember hari tu, I ada bagitau yang Abang E'el tak sihat. So bawa lah Abang E'el jumpa Vet (rujuk entri INI). Alhamdulillah, berapa hari lepas tu Abang E'el dah sembuh dari flu dan ulcer. Makin kuat makan dan makin aktif. Bila dah setengah bulan ni, Abang E'el makin gemuk dan semakin memeningkan kepala Mak. Mana taknya, pagi-pagi bangun pagi masuk dapur tengok barang-barang habis tunggang-langgang. Sebab tu kat rumah ni tak boleh ada perhiasan kaca. Sedangkan akuarium kecik pun boleh jatuh dari meja.
Ini kisah awal pagi tadi lebih kurang pukul 3 pagi. I tak tidur lagi sebab nak tengok Running Man episod latest (episod 178). Masuk dapur nampak ada sesuatu yang bergerak-gerak atas kabinet dapur. Dah lah tak buka lampu lagi. Petik suis lampu, sekali tengok Si Belut Oren ni rupanya.
Dulu masa bawa jumpa Vet berat Abang E'el dalam 2 kg je. Alhamdulillah, sekarang ni makin berat. Cuma, bulu je yang masih pendek. Belum tumbuh balik kembali menjadi seperti yang asal.
Cicak, mana cicak!
Dalam entri Abang E'el @ Angel Animal Clinic tempoh hari ada yang tanya. Macam mana nak bagi kucing makan pil? I tengok apa yang Vet tu buat dan follow je. Dongakkan kepala kucing, buka mulut dan masukkan pil tu terus ke dalam mulut kucing dan serta merta tutup mulut si comel supaya dia tak sempat nak luahkan balik pil tu.
Sebenarnya nak share tips mengatasi masalah bulu kucing mudah gugur. Sebab dalam entri INI, Kak Atien ada tanya. Kalau nak sekali kan dalam entri ini, rasa macam panjang pulak jadinya. I malas taip, uolls pun malas jugak baca. Jadi tunggu I buat entri lain di masa dah hari yang lain. Hiks
p/s : 2014. Tahun meningkat, umur meningkat, lagi apa yang meningkat?