Dah lama nak buat entri ini, tapi asyik tangguh-tangguh je. Sebenarnya dah habis baca novel ni dalam seminggu lebih dah. Satu lagi karya daripada penulis novel The Wedding Breaker, Evelyn Rose. Orang cakap novel The Wedding Breaker best, tapi Iolls tak sempat baca lagi adik dah bawa lari ke Kuching.
Selalunya kalau nak beli novel, baca sinopsis dulu. Tak baca pun tajuknya apa, cuma tengok siapa penulisnya saja. Cover pulak tu memang belakang cerita lah. Cover tak cantik pun kalau sinopsis macam best pun I beli jugak. Tapi kali ni, tertarik dengan tajuknya. Sebab tajuk tak macam novel yang normal. Maksud yang normal di sini, ada perkataan sayang lah, cinta lah, rindu lah dan yang sewaktu dengannya lah. Baca sinopsis pulak, tengok macam best je.
13 Jam A380
Evelyn Rose
sinopsis :
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama.. Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.“Hana, thank you for last night.. But I can’t have cocaine all the time.” – Syed HaydarMelihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.“My daughter likes you. If you’re willing to let her call you mommy.. i will pay you fifty buck per hour..” – Fawwaz Hussaini“Dapat hadiah tak?” – Hana Sofea“A pink Audi TT, is that okay?” – Fawwaz Husaini“Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak.” – Hana SofeaHadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta..“Saya rindu awak, Hana.. Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – Syed HaydarAdakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Best! Suka pengisian novel ni. Tentang kasih sayang Tuhan terutamanya. Macam mana manusia ni sememangnya golongan pelupa yang mudah lupa. Gigih mengejar kecintaan dunia, gigih mengejar cinta dari insan lain tapi lupa ada yang lagi penting dari itu. Bila baca rasa macam tengah ketuk kepala sendiri pakai hammer je. Bagus jugak, biar hilang semua karat-karat yang ada dalam hati dan minda. Fikir balik, cinta duniawi ni sampai mana hala tujunya?
Er, rasa macam dah serius sangat pulak. Well, novel ni best. Banyak isi. Apa yang banyak isinya tu sendiri kena kupas sendiri lah. Apapun, antara Fawwaz Hussaini dan Syed Haydar, rasa-rasa mana satu pilihan Hana Sofea?
p/s : Rasa macam dah mulai suka dengan karya novelis ni. Nak baca karya beliau yang lain pulak lah.
42 comments
masa mula-mula dulu ternampak tajuk the wedding breaker, ingatkan english novel. Selepas start baca yang tu, memang tertarik pada karya evelyn rose
Wedding breaker da baca tp yg nie x baca agy hhehe
sy lg suka kalo Hana pilih Fawwaz! dah lah sweet, ambik berat pulak tu :D hee
pernah tgk tjukl tp tak pernah baca..:)
ok nnti nk crk la..tebal x bukunye?
Best cerita nih. Sehari je baca. Evelyn Rose, dari penulisan dia, nampak yang dia banyak ilmu. Dan pengajarannya, kalau kita jenis macam tu, kita akan dapat yang suami yang sama macam kita. Tapi ada je, yang kalau kita tak sempurna bab agama, tapi kita akan dapat suami yang sempurna bab agama, sebab semua tuh dari Allah ;)
Macam Best jer citer ni..mesti Hana pilih Fawwaz Hussaini kan.. :)
Sinopsis & tajuk nya macam best.. Teringin mok bacaaaaaa ;D
macam best je..hehehe... :D
salam..
almak..da tbaca sinopsis nyer cam besh la plak jalan citer dier..
jgn nti p cari buku ni dah..yaya ni kate je minat nak bce tp bile da beli dok dalam rak je buku tu nti..huuuu ;p
menarik novel ni..
menarik sinopsisnya aisya.. :D
Gara2 baca sinopsis ctok, kmk terus google & baca novel tok secara online. Besttttttttttttt eh! Mok carik novel tok juak mun ada jalan klak ^_^
menarik juga ye sinopsis dia =) ending2?? citer la sma..
macam menarik jak. mek mok minjam blh sik? haha
@puteri kasih
sama lah sis.. sy pun ingat novel inggeris.. puas cari kt ruangan novel inggeris tapi tak jumpa.. haha! sengal
@Nadya Dyana
wedding breaker best tak? :D
@Nour Adieb
hehehe.. tp agak2 dia pilih tak fawwaz eh?
@Normi Nieza
best novel ni.. hehe
@TelingaBulat
fuhhh.. tebal gilaaa.. lebih sejengkal..
p/s : joking.. hehe.. tebal sikit dari biasa lah.. hehe
@amalinfauzin
betul tu.. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
hehe.. yg tu kak lily kena baca lah..
@Sally Yatiey
dkat popular ada byk buku tok.. hehe
@Sally Samsaiman
besttt! hehe
@Cik Yaya
baik cik yaya belikan pastu hadiahkan kt sy.. hehe.. :P
@Mar Mansor
mmg menarik pun. hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
sinopsis pun dah best.. keseluruhan lg best. hehe
@Sally Yatiey
aie, ada online kah? sik tauk lah kmk.. haha.. kt PBB Union sikda kmk nangga novel tok.. rah popular nun byk.. huhu
@CXopportunities
boleh.. sejam rm50.. haha
@Fais-SKA
mana bolehhhh.. kena baca sendiri le.. hehehe
nak pinjam! macam best jer..hee
aish kecik hati sejam 50. hahaha!
mok baca juak eh
pos sitok juak..hihi
Mowk baca jwak. Hihi.
macam best, ika pun dah lama tak baca novel, nanti nak pi kedai buku laa cari :)
@azizah :)
boleh2.. :P
@CXopportunities
ok, boleh lah kurgkan rm5 lagi. sejam rm45 lah.. haha!
@Yumida Huda
bah, ktk datang ambik kt ctok.. :P
@Isabel Diaz
semua mok baca tok.. kenak nunggu turn la gya.. haha
@Affy Afiqah
cari jgn tak cari
Wauu bestnya citer ni..teringin nk baca..
@Mieza Jhaa K
ada kot kalau nk baca on9 cuma tak lengkap lah biasanya. :D