28/10/2013

Katak VS Kodok

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Tergerak nak buat entri ni disebabkan oleh komen Blogger Syuk Shusuke dalam entri INI. Siapa nak baca entri yang menggeletek perut boleh terjah blog Syuk ye. Dalam entri tersebut kan ada ditanya apa beza katak dan kodok? I ni sebenarnya bukan jenis yang penggeli. Bagi lah cicak, katak atau kumbang. Nak bagi ular pun boleh, ular sawa sekor ya. Boleh I bela. Terima kasih. Hiks. 

FYI, Iolls memang suka dengan katak. Orang lain mungkin geli, tapi I rasa katak itu sangat comel! Sebab itu lah dulu menangis-nangis minta En. Barney teman pergi tengok Pameran Katak Dan Kodok



Kalau ikutkan taksonomi, jawapan tersebut adalah salah ye murid-murid. Iolls malas nak terang apa itu pengkelasan taksonomi sebab benda ni ada diajar dalam matapelajaran Sains. Katak dan kodok ada di antaranya daripada Family yang berbeza. Family berbeza Species haruslah berbeza. Persamaannya sehingga peringkat Order sahaja yang kemudian dikelaskan mengikut Family masing-masing sehinggalah pengkelasan yang paling spesifik sekali, iaitu Species


Iolls dah puas bergelumang dengan benda alah ni time degree dulu. Masa praktikal tiap-tiap hari mengadap software nak buat phylogenetic tree untuk cendawan semata-mata. Muntah. 

Berbalik semula ke cerita asal. Tak puas hati dengan perbezaan katak dan kodok maka I pun buat lah research sikit. Sekadar baca-baca je, kalau ada yang salah tu tolong betulkan ye. 

Katak Beracun Biru

Senang cerita semuanya yang dibawah Order Anura adalah katak manakala member bagi Family Bufonidae adalah kodok. Actually term katak ni lebih merujuk kepada species akuatik atau separa akuatik yang mempunyai kulit yang licin dan lembap. Kodok pulak species daratan dengan kulit kering dan menggerutu. Tapi bukan lah semua, contoh macam Kodok Perut Berapi (Boleh tengok gambar dalam entri INI), merupakan ahli di bawah Family Bombinatoridae yang mempunyai kulit yang menggerutu manakala Atelopus zeteki dari Family Bufonidae yang berkulit licin. 

Bufo marinus

Senang cerita, kodok adalah katak tapi katak tak semestinya kodok. Terlampau banyak species katak yang ada, dan ada lagi species baru yang masih lagi belum ditemui. Tak payah jauh-jauh, di Kepulauan Borneo sahaja ada banyak lagi species katak yang belum dikenalpasti. Lepas ni Iolls nak tilik-tilik lah katak, kot-kot jumpa species baru. Boleh lah letak nama Iolls pulak pada species katak tu. Berangan. 

p/s :  Agak lama jugak masa yang diperlukan untuk taip entri ni. Takut jugak kalau susah untuk difahami.

sumber : INI, INI

24 comments

10/28/2013 09:09:00 am

cerita katak & kodok..:)

10/28/2013 09:59:00 am

akak memang geli dengan katak ni.. ada juga katak beracun kan aisya?

10/28/2013 12:57:00 pm

baru tau katak & kodok bukan satu famili. Apa2 pon.. yg kulit licin camnih yg sy x brapa minat. Paling takut.... ular. Adoi.. jgn la terserempak. Mak citer dulu, abg sy acah je dgn ular getah. Tu pon bleh buat sy demam.

10/28/2013 01:42:00 pm

ooo..jadi maknanya, kodok merupakan ahli keluarga katak..Katak adalah ibunya

10/28/2013 02:20:00 pm

tak kiralah katak ke, kodok ke..semuanya sis geli...hahaha

10/28/2013 02:23:00 pm

katak pun jadi entry..hihi :)

10/28/2013 02:41:00 pm

siap penerangan panjang lebar ni aa.. hihi

10/28/2013 02:50:00 pm

Semestinya x sama sebab kodok enak dicicah sos cili manakala katak tak pernah lak cicah dengan sos.

10/28/2013 03:04:00 pm

salam..
suke benau cik aisya kite ni ngn katak ye..
kalau teman ler...eiii.. >,<

10/28/2013 07:32:00 pm

ohh geli gan katak

10/28/2013 07:44:00 pm

hahaha , sekali dia teliti habis .

10/28/2013 10:20:00 pm

@Normi Nieza

haha. yg pasti bukan cerita fairy tale.. hehe

10/28/2013 10:20:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

ada.. especially katak yg warnanya striking ni.. huhu

10/28/2013 10:21:00 pm

@Seri Selaseh

ular sawa okay lagi.. kalau ular yg berbisa sy pun lari.. hehe

10/28/2013 10:21:00 pm

@Faizal Mohamad Twon Tawi

kalau bahasa pasar boleh lah mcm tu.. hehe

10/28/2013 10:21:00 pm

@puteri kasih

hahaha!

10/28/2013 10:22:00 pm

@Sally Samsaiman

nanti kalau buat entri Yong Hwa Sally merajuk pulak. :P

10/28/2013 10:22:00 pm

@Norhasniza Khalid

utk tambah pengetahuan.. takut ada yg salah paham.. hehe

10/28/2013 10:23:00 pm

@Tedi

er. Tedi try lah ye.

10/28/2013 10:23:00 pm

@Cik Yaya

haha.. pasni hadiah kan katak sekor masa bday.. haha

10/28/2013 10:23:00 pm

@azizah :)

hahaha.. musuh ketat kak jijah ye ?
:P

10/28/2013 10:24:00 pm

@syuk shusuke

teliti itu perlu.. lagipun menyampaikan apa yg telah dipelajari. hehe

10/29/2013 03:59:00 am

owhhh 1 fakta yg menarik =) bru thu..tp bntuk mereka sma je, xsgka plak bukan 1family..yg badan mggerutu tu sllu je tgok..

10/29/2013 10:40:00 pm

@Fais-SKA

tak boleh nak kelaskan tengok bentuk semata2.. hehe.. tengok jugak ciri2 lain.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...