09/10/2013

Sakit hati berurusan dengan orang begini

Berurusan dengan pegawai atau kakitangan di bahagian kaunter tak kisah lah kaunter khidmat pelanggan ataupun di mana-mana saja kaunter memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Tak tau lah pulak macam mana cerita di tempat lain. Tapi di suatu tempat yang indah dan permai ini, staff-staff nya cukup... haish, serba serbi cukup untuk menjadikan mulut kita ringan untuk mencarut. Namun memang bukan semua, mungkin I yang selalu bernasib malang terpaksa berurusan dengan orang-orang macam ni. Tengah pujuk hati untuk bersabar sebab dah selalu sangat terkena.

Garang tak saya?

Makcik-makcik office yang lebih diva daripada orang-orang atas tapi menikus bila bercakap depan mereka yang lagi tinggi pangkatnya. Cakap elok-elok tapi ditayangnya muka masam mencuka dengan kita. Ditanya dengan lemah lembut tapi dijawabnya seperti memarahi kita pulak. Pernah gaduh sekali dengan sorang makcik office ni, kita dah tanya elok-elok tapi kita pulak yang kena bebel. Apa kes? Maaf lah makcik, time tu agak kurang ajar sikit bila dia tengah bebel-bebel, tengking orang tak pasal-pasal, I blah macam tu tanpa cakap apa-apa. Tau lah makcik lagi tua dari saya, tapi tak bermaksud makcik tak perlu nak hormat saya. Kira bagus lah saya ingat lagi adab orang timur untuk menghormati orang yang lebih tua, tak meninggikan suara tapi saya decide untuk berlalu macam tu je. Saya tanya elok-elok, makcik pun jawab lah elok-elok. Bukan susah pun. Kita tak tau, itu lah gunanya kita bertanya. Tapi bila kita soal, layanan yang diberikan macam tu pulak. Budaya yang macam tu ke yang kita nak tunjuk pada orang lain khususnya foreigner dari negara-negara lain?

Itu baru di kaunter, tak kurang bagi yang menjawab telefon. Baru sahaja terkena. Jawab call orang tetapi boleh pulak bersembang dengan kawan kat sebelah. Tak boleh ke nak tunggu sekejap? Saya bukan nak bergayut 3-4 jam dengan awak pun, saya cuma nak tanya 2-3 soalan je. 5 minit pun tak sampai. Ini bila dia dah bersembang dengan kawan kat sebelah, kita yang nak bertanya ni pun rasa tak selesa. Belum sempat lagi nak tanya lebih lanjut, terus letakkan phone. Kita call 5-6 kali, dia jugak yang membebel tak tentu hala. Memang menguji kesabaran sungguh. Dengan sikap yang macam tu, apa agaknya first impression pihak luar tentang sesebuah organisasi secara keseluruhannya? Panggilan telefon yang diterima boleh jadi dari siapa-siapa sahaja, tapi kalau macam ni lah layanan yang si pemanggil tu dapat. Hmmm. Ini yang orang panggil kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Hidup tunggang terbalik pun kalau dah kerja melayan orang, tak kira lah di kaunter ataupun dengan menjawab panggilan telefon, bagi lah layanan yang sewajarnya. Senyum itu perkara yang paling basic. Jangan pulak marah anak, orang lain pulak yang terkena tempiasnya. Tapi tak kisah lah kalau tak senyum pun, at least tutur kata biar lembut. Orang lain pun dengan senang hati berurusan dengan anda tanpa banyak karenah. 

p/s : Orang kata malu bertanya sesat jalan, tapi kalau kita dah tanya, tapi orang yang ditanya taknak menjawab macam mana? 

30 comments

10/09/2013 04:17:00 pm

selalu kna mcm tu aisya..huhu

10/09/2013 04:33:00 pm

@Normi Nieza

tu la cik nor.. hanya mampu bersabar je lah.. kadang2 dah geram sgt adalah tercarut jugak sikit.. *tepuk mulut sendiri* :(

10/09/2013 04:38:00 pm

mama pula jenis kepala hangin, nampak orang begini, mama dah sound tepek kot... nak bersembang pulak dia, macam takde esok lusa..

10/09/2013 05:00:00 pm

sakit hati kalau kena mcm tu....

10/09/2013 05:04:00 pm

Bru smlm je sya kna..dgn bdk cashier tesco..dicampak2 je brg2sya..biadap betul..

10/09/2013 06:37:00 pm

ika sangat-sangat selalu kena macam ni aisya, selalu sangat :/
dan majority orang-orang yang bersikap macam ni mesti bangsa kita sendiri, sangat memalukan.
ika selalu kena bila nak berurusan hal campus, kat unit kewangan, kat kaunter2 pertanyaan lain pun camtu. Pelik kan, sepatutnya mereka ni mesra laa sebab dah tentu2 berurusan dengan ramai orang. Kalau tak mesra buat apa kerja tempat gitu.
Sebenarnya ramai dah orang2 kita yang tak amalkan sikap berbudi bahasa ni aisya. Kalau orang luar tengok attitude macam ni memang malu sangat.

Ika pun kadang-kadang terus angkat kaki je, tak payah banyak cerita lagi, kecuali kalau memang betul2 dah tak tahan atau melampau, baru ika bersuara. Sabar banyak-banyak ya aisya :)

10/09/2013 06:53:00 pm

sabar jak lah
kmk pernah kenak mcm situasi ktk tok
masa kmk bok masok keja
sombongnya sidak ya
dah kita x tauk, x juak mok tunjuk ajar..sabar jak la

10/09/2013 07:13:00 pm

tu yg kadang-kadang sakit hati dgn dorg...buat keja acuh tak acuh je...

10/09/2013 08:51:00 pm

Banyak kali juga sis kena camtu, sekali dua pernah juga sis terus sound direct sbb dah geram sgt. Tapi selalunya, memang malas nak layan orang yang tak ada budi bahasa ni

10/09/2013 09:23:00 pm

ap yg sy tgk, pegawai pangkat rendah kerajaan ni kkdg over sgt, berlagak, kalo yg swasta, mesra je layan,,pengalaman..hehe

10/10/2013 12:00:00 am

sepatutnya mereka kena la profesional.. hal personal dan kerja adalah 2 perkara yang berbeza.. nak sembang baik tak payah dtang kerja.. jika kerja di bahagian depan (kaunter) atau telefonis eloklah bermuka manis selalu dan bersuara sopan..

10/10/2013 02:24:00 am

betol tu..sbarnya Aisya..kalau dah orang xde adab dan budi bahasa..xplu lyan..kalau sy pn sy blah mcm tu je..pnh skli dlam meeting..dimalukan dgn maincon..trus bt muka ketat dan syap..rsa nk bg penampor je..he3

10/10/2013 05:00:00 am

Pelik owe. Maka dah kerja cdak ya. Pun mowk molah muka kedak ya. Mun sik suka, bagus boh kerja jark.

10/10/2013 03:48:00 pm

memang tak profesional bila kerja mcm tuh..suka hati nak herdik marah customer kenapa..dah kerja awak..aishh kalau sy pun akan blah cmtu je bila nak bebel bagai...

10/10/2013 09:46:00 pm

@Norhasniza Khalid

kalau tak kena dgn tempat mmg sy sound jugak mama.. hehe.. tp ni sy fikir, org tu lg tua dr sy.. kang tak pasal2 jadi mcm kes wife matyo.. eh.. hahaha!

10/10/2013 09:46:00 pm

@azizah :)

tau takpe kak. huhu

10/10/2013 09:46:00 pm

kalo rajin, bole amek nama staff tu. pastu bgtau kat superior dia. x kesah la melalui emel ke atau mcm mana.

10/10/2013 09:46:00 pm

@adrianna syaz

kalau kes yg ni mmg sy sound terus.. haha..

10/10/2013 09:48:00 pm

@Affy Afiqah

sy kalau sy betul tak tahan mmg buat drama swasta lah.. sebab tu sy lg suka blah mcm tu drpd meletup kt situ jugak.. mencegah lebih baik drpada merawat.. haha

10/10/2013 09:51:00 pm

@Yumida Huda

kan.. susah juak org mcm tok eh.. gney malaysia nak maju mun mcm tok.. ehhhh..

10/10/2013 09:52:00 pm

@Sally Samsaiman

tapi klau masuk part gaji? hmmm

10/10/2013 09:52:00 pm

@trah zain

hal ni no komen.. hehe.. tepuk dada tanya selera.. hehe

10/10/2013 09:53:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

mmg pun kak.. tp sy selalu kena yg kurang adab sikit.. sakit hati je rasa..

10/10/2013 09:53:00 pm

@Fais-SKA

jom kita bg penampar berdas-das.. haha

10/10/2013 09:54:00 pm

@Isabel Diaz

kerja sik ikhlas owh.. geram kmk.. huhu

10/10/2013 09:54:00 pm

@Mime MF

info yg kita dapat pun sekerat je.. kena pandai cari2 sendiri.. nasib baik lah sy mmg tahu.. kalau org luar? grrrr

10/10/2013 09:55:00 pm

@puteri kasih

sy kalau org tu mmg taraf makcik2 sy still respect lg sis... nnti kita pulak yg kena cop kurg ajar.. huhu

10/10/2013 10:15:00 pm

@aswadz

dah malas nak buat aduan.. hasilnya sama je.. sy sorang pun dah brapa kali.. ni kan pulak org lain.. huhu..

10/11/2013 10:05:00 am

Menyirap jgk dgn org mcm ni..benci betol..mujur tak pernah kena lg kt kaunter bank

10/11/2013 09:43:00 pm

@Mieza Jhaa K

staff2 kt tmpat sy yg ramai perangai mcm ni kak.. geram je.. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...