Semalam tengok movie Pacific Rim. Download saja lah bukan tengok kat cinema. Ditayangkan dalam bulan July lepas. Dan tengok belum? Best! Rasa macam nak tengok lagi untuk kali kedua lepas ni.
Masih lagi terbawa-bawa oleh mood Jaeger dan Kaiju dalam movie Pacific Rim, siang tadi masa buka website National Geographic terbaca artikel INI dan automatik terus kaitkan dengan movie Pacific Rim. Baca-baca nampaknya bukan Iolls je yang fikir macam tu. Kaiju adalah raksasa dan Jaeger adalah robot besar dalam movie tersebut.
Kalau relate artikel yang dibaca dengan movie Pacific Rim, kononnya 'Kaiju double event' lah kan? Tapi dalam artikel tersebut bukannya Kaiju raksasa jahat macam dalam movie tu, tapi hanyalah ikan yang hidup di laut dalam yang dikenali sebagai Oarfish. Kalau bahasa melayunya tak tau lah dipanggil apa.
4.3 meter Oarfish yang ditemui terdampar di California dan lima hari sebelumnya Oarfish dengan panjang 5.5 meter ditemui di Pulau Catalina, California.
Oarfish merupakan ikan laut dalam yang jarang-jarang muncul di permukaan dan dilihat oleh manusia. Panjangnya boleh mencecah 17 meter dengan berat 270 kg. Menjadikannya sebagai ikan bertulang terpanjang di dunia. Walaubagaimanapun, Giant Oarfish tidak merbahaya kepada manusia. Namun, orang-orang Jepun percaya bahawa ikan ini boleh meramal gempa bumi.
Pernah tengok dokumentari-dokumentari kat TV tentang Oarfish ni. Penemuan Oarfish yang terdampar di pantai memang jarang-jarang berlaku. Tetapi dua bangkai Oarfish dalam seminggu di California memang sangat menarik minat bukan sahaja para saintis malah masyarakat setempat juga. Even Iolls yang jauh ni pun curious jugak sikit.
Baca jugak komen-komen di artikel tersebut. Tengok apa cakap-cakap orang. Boleh klik gambar tersebut untuk lebih jelas.
p/s : Baca artikel-artikel begini lagi banyak faedahnya daripada follow gosip-gosip retis.
sumber : INI
sumber : INI
24 comments
tengok saiz ikan je rasanya tak lebih 500 sushi boleh buat. hehe
perghh panjang betoi ikan ni..mcm belut versi gergasi..err..
emm tak tgk lg pacific rim..ramai kata cite ni best..wuuu
first time tengok. besar. dan rupa dia lain dari lain.
@syuk shusuke
tak best nak buat sushi.. isi dia tak sedap org kata.
@Mime MF
mmg best pun.. huhu
@asha hana
salah satu hidupan laut dalam yg masih lagi misteri. tak byk yg diketahui tentang ikan ni.
panjang betul badan ikan tu aisya.. nasib baik dia tak menyerang manusia..
sis pun jadi curious dah ni, macam ada something je disebalik kejadian tu
besaq bak hang! *loghat utagha huhu....
menarik =) pnh juga tgok ikan ni kt google..tp xthu info sal ni..nice sharing, mgkin ikan ni tggl kt laut dlam kot..download kt mn ye movie p.rim ni?? nk jgk dwnld..mcm mnanrik je
yes, aku suka p/s kau sia, haha. macam ikan bledar jak tok, hehe. besar oo, pjg ya, kedak raksasa air dlm cita katon jepun jak.
menabjubkan yer.. xpernah tgk ikan ni..
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
tu lah kak..
@puteri kasih
tu la sis.. mungkin ekosistem laut dalam sedikit terganggu kot. sebab apa tu yg tak tau..
@Shiqin Sunshine
hahaha! keluar dah loghat dia..
@Fais-SKA
mmg ikan laut dalam pun.. hehe
@eZad niMo
hahahaha!
ada bapa ku madah mcm ikan apa kah hari ya.. sik ingat ku.. tp rah tempat kita tok sikda nak ikan besar kedak tok?
@azizah :)
ikan laut dalam kak.. lgpun jarang2 dilihat manusia.. mcm giant squid jugak lah.. huhu
yes definitely! it's better to read articles on nature, academic, religion etc rather than baca sapa kawin ngan sapa, sapa gaduh, cerai whatsoever.
rare species oarfish nih.
hihihi..at least tmbh pengetahuan kan :) tp ayut suka bace masak2x..hoohoho ;p
@SimplySeoul
agree! kalau stalk gambar okay lagi. huhu
@aswadz
agak la kot. ataupun abundance cuma diluar zone penglihatan manusia.
@ayut
masak2 suka jugak. hehe.