27/10/2013

Katak Hunter!

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Bila baca komen Blogger Vee dalam entri INI, teringat pulak ada satu gambar yang I snap sebab nak tunjuk kat Mak aktiviti kucing kesayangan masa Mak tak ada kat rumah tapi lupa pulak nak share kat dalam blog.

Ini adalah Si Mangsa.

Last 2 weeks rasanya gambar ni. Masa cuaca tak menentu, asyik hujan je. Katak ni datangnya dari toilet, tak pun bilik mandi. Masa tu tengah prepare lunch. Dengar bunyi loceng dari ruang tengah rumah. Malas nak peduli sebab fikir Cik TengTeng tengah main kejar-kejar dengan Abang E'el. Lepas tu, saja lah jenguk-jenguk. Tengok kucing gemok ni tengah kejar katak rupanya! Terus panggil adik bongsu, suruh ambik katak tu dan letak kat belakang rumah sebelum katak tu hancur lunyai tak bernyawa dikerjakan oleh Si Pemangsa. 

Tapi adik bongsu I ni pulak, harap je lelaki. Umur pun dah 13 tahun. Geleng-geleng kepala cakap geli nak pegang katak. Dah lah kakak dia ni tengah masak. Nasib baik ada glove plastik, so tak ada lah direct contact dengan katak. Nanti tak pasal-pasal, ada ramuan tambahan pulak dalam makanan. 

Yang pasti ini bukan Head Hunter, tapi Katak Hunter

Gemuk pulak katak tu. Comel lagi. Ketakutan punya pasal, lompat katak terus sembunyi bawah mesin jahit Mak dan sapu semua debu-debu yang ada. Cik TengTeng ni memang ada je yang dia modal dia nak suruh kita bebel-bebel. 

p/s : Katak dan Kodok. Kodok badannya menggerutu manakala katak ni smooth je kan? Betul tak?

36 comments

10/27/2013 09:49:00 am

oo gosh beraninya u pegang. kucing saya minggu lepas pun macam tu. tangkap katak then biar je katak tu hidup. dia tengok katak tu lompat then terkam. tgk lagi, lompat lagi...saiko punya kucing.

10/27/2013 10:40:00 am

akak geli dengan katak.. tak suka katak.. hehe..

10/27/2013 10:42:00 am

kodok n katak 2 psti la plak ape bezanya ho3..brani plak ye pgg..kalau sy xpgg da..tkot katak tu kncing je =) nsb baik kucing tu xmkan katak tu kn..sy pggil katak minyak tu

10/27/2013 10:47:00 am

wahhh..katak pun dia kejar haha nak ajak bermain agaknya :)

10/27/2013 11:40:00 am

katak?errrrrrrrrrrrrr...geli kot!haha

10/27/2013 11:44:00 am

Katak puru menggerutu..katak lembik licin dan lembab..jalan pum lembab..

10/27/2013 02:24:00 pm

tak larat dengan katak :@

10/27/2013 03:49:00 pm

kalo geli, bole tolak ngan penyapu je.

10/27/2013 06:21:00 pm

gelinyaaaa.... uwaaaa..

10/27/2013 06:31:00 pm

katak ke kodok ke puru ke berudu ke tu semua spisis frog family :D

10/27/2013 07:17:00 pm

skali katak daaa..hehee :) musim hujan mmg byk katak..

10/27/2013 07:57:00 pm

err.. geli dengan katak.. beraninya pegang.. huuuu..

10/27/2013 11:32:00 pm

teng teng yg men ke aisya??kdg2x kucing ni suka bt men jer...pastu dh mati tinggal :D beza katak gan kodok ayut pon tak tahu..hihihi

10/27/2013 11:55:00 pm

@SimplySeoul

haha.. samaaa! dia saja nak usik kot..

10/27/2013 11:55:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

saya suka.. comel! hehe

10/27/2013 11:55:00 pm

@Fais-SKA

katak minyak ye? tak tau lah.. huhu.. panggil katak je..

10/27/2013 11:55:00 pm

@Cik Itah@RRP

itu lah.. geram dia tengok terlompat-lompat kot.. huhu

10/27/2013 11:56:00 pm

@Mek Onie

haha.. comel apa..

10/27/2013 11:56:00 pm

@Mieza Jhaa K

katak puru vs katak lembik lah ni kak? hehe

10/27/2013 11:56:00 pm

@Nor Nadia Syakila Jamal

kenapa? hehe

10/27/2013 11:57:00 pm

@aswadz

masalahnya tak sempat nak tolak sampai pintu dah ada yg menerkam. haha

10/27/2013 11:57:00 pm

@Norhasniza Khalid

hehehe.. comel lah mama.. :D

10/28/2013 12:00:00 am

@syuk shusuke

ehhhh, secara saintifik tak sama tau.. kalau ikut taxonomy, species and family tu adalah dua benda yg berbeza.. dah katak dan kodok semestinya dari family yg berbeza.. Pengkelasan taxonomy cuma sama sampai order je kalau tak silap.. hehe

10/28/2013 12:01:00 am

@Shida Radzuan

katak yg ni mmg hampir tiap malam ada kt dalam toilet.. mcm dah jadi rumah dia pulak.. kitorg selalu biar je cuma kali ni kot cik tengteng ternampak.

10/28/2013 12:02:00 am

@Chic Na

comel lah ciknaaa. haha

10/28/2013 12:02:00 am

@ayut

takut dia makan je.. huhu

10/28/2013 12:09:00 am

Beraninye aisya pegang katak..akak geli..

10/28/2013 02:25:00 pm

musim hujan memang banyak katak..tapi anak-anak sis buat tak layan je

10/28/2013 02:29:00 pm

katak lagi disini :P

10/28/2013 04:26:00 pm

untungla ade cik aisya..
xgeli dgn katak..ade katak je pngl cik aisya la snang kan..hehe

10/28/2013 07:34:00 pm

eeeeeeee xsuka n geli gan katak!!

10/28/2013 10:15:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

bukan jenis yg penggeli org nya kak. hehe

10/28/2013 10:16:00 pm

@puteri kasih

bgusnya.. CIk TEngTEng ni tak aman hidup katak tu dia kerjakan.

10/28/2013 10:16:00 pm

@Sally Samsaiman

katak dimana2. hehe

10/28/2013 10:16:00 pm

@Cik Yaya

haha.. lepas tu sy pass katak tu kat cik yaya.. nak? :P

10/28/2013 10:17:00 pm

@azizah :)

hahaha.. sabar kak jijah.. :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...