20/04/2013

Pameran Katak dan Kodok

Chipmunk pernah buat entri mengenai katak suatu ketika dulu kan. Klik SINI untuk baca entri tersebut. Dan maaflah, ramai yang geli dengan katak kan? Bagi Chipmunk katak ni comel lah, geram je rasa. Macam nak picit-picit! Okay, itu kejam.

Jadi siang tadi En. Barney ajak Chipmunk ke Muzium Alam Semulajadi di Presint 15 Putrajaya. Nak pergi tengok Pameran Katak dan Kodok. En. Barney taknak pergi pun sebenarnya. Mula-mula masa Chipmunk ajak, boleh pulak dia buat muka sambil cakap "Awak sorang je yang excited nak pergi tengok katak-katak dan kodok-kodok tu". Lebih kurang begitu lah. Tapi last-last dia ajak jugak. Sebab nak pujuk I yang merajuk sebab apa entah.

Makanya siang tadi, lepas lunch di Alamanda Putrajaya kitorang pun pusing-pusing jugak mencari Muzium Alam Semulajadi ni. Mahu setengah jam jugak mencari. Tak ada signboard pun kat mana-mana, tau kat Presint 15 je. Tak pernah masuk Presint 15 ni, kalau Presint 16 tu selalulah. Tu pun lepas tanya orang dan berpandukan instinct akhirnya sampai jugak. Oh ya, bayar RM2 untuk masuk tau. Tapi tak banyak sangat pun katak hidup yang ada. Yang paling tak puas hati I tak boleh nak tengok African Bullfrog. Nak tengok yang tu, dalam gambar nampak comel je. Tapi tengok-tengok dalam kaca tu kosong. Mungkin staff alihkan kat mana-mana lah tu kot. Huhu.

Katak Sawah

Dua ekor Katak Bertanduk Borneo. Cuba cari.





Katak Tanduk Cranwell (Fantasy Pacman Frog)

Katak Tanduk Cranwell (Albino Pacman Frog)


Katak Budgett

Katak Beracun Biru

Kodok Perut Berapi

Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Takkan nak upload semua pulak kan. Hari isnin ni adalah hari terakhir Pameran Katak dan Kodok ni. Jadi mana yang tak sempat tu, boleh lah datang esok atau lusa. 

Oh ya, apa beza katak dan kodok eh? En. Barney cakap, kalau kodok ni kulitnya kasar sikit. Datang mood malas nak membaca untuk cari info, tanya je lah. Alah, ramai yang begitu.
 

33 comments

4/20/2013 09:28:00 pm

whuaaaaaa..k.ecah dh gi..whuaaawhuaaa! xsempat lgi nk gi :(

4/20/2013 10:00:00 pm

ee.... eh..kta baru baca pasal pameran katak n kodok ni..lain dr yg lain.n kta pun baru tahu pasal muzium alam smula jd ni lepas baca paper..ahaha..kuno benor gua..ada katak warna biru tak??hehe..mesti comel

4/20/2013 10:27:00 pm

katak bertanduk tu mcm lipas ja.. eee geli lipas..

4/20/2013 11:12:00 pm

@Noura Qifays

ade dua hari lagi ni.. hehe.. cepat ajak syafiq pecut g putrajaya.. hehe

4/20/2013 11:12:00 pm

@Nana Liena

ade2.. cuba tengok gambar 2nd last tu.. =)

4/20/2013 11:13:00 pm

@hana hadi

tau takpe.. dah la sebijik je dgn environment.. camouflage.. hehe

4/21/2013 09:31:00 am

wuuu macam macam la nama katak ni. perut berapi la, demam la, tanduk la, mulut sempit la. hikhik. yg budgett pun ada. aww comeel! :)

4/21/2013 11:39:00 am

gelinya..huhu

4/21/2013 12:22:00 pm

menarik2 tp tetiba geli tengkuk tgk katak yg aisya post tu..hahaha

4/21/2013 02:38:00 pm

eee, gelik kamek.. Makin2 yang ada dalam botol ya..

4/21/2013 03:38:00 pm

heeee..p jgk cik aisya ^_^
kodok tu yg mggrutu kulit nyer tu kan..yang yaya dgr sblm ni la..
geli tgok ktak kulit mggerutu ni..ngeee

Anonymous
4/21/2013 04:33:00 pm

Macam2 rupa katak ya ;D hee

4/21/2013 08:17:00 pm

suka nyayi lagu katak si katak lompat.

4/21/2013 10:00:00 pm

kalau kak ruha memang tak akan pergilah ke pameran ni.... eeiii geli....

4/21/2013 11:17:00 pm

mcm biasa pejam mata terus skroll bawah. wuwuwu..

aisya mmg suka katak ke? pernah katak masuk dalam kasut & cikna pakai. sejuk semacam je. euwwww.. :D

4/22/2013 01:39:00 am

kat muzium negara pn ade aisya..de katak tu dia kecik je duk atas daun..lebar shida xsedar pn dia ats daun tu..dia btukar warna bila ade haba lalu dekat dia..perghhh...

4/22/2013 08:39:00 am

macam2 jenis katak ada ye.. akak geli katak..:-)

4/22/2013 04:29:00 pm

apa yang pasti pameran sebegini bukan untuk sis..haha

4/23/2013 07:52:00 pm

salam..sebenarnya african bullfrog tu bukan dipindahkan..katak tu ada bawah tanah dalam vivarium tu..dier suka menyorok..lagi sati katak dan kelembapan tak dapat dipisahkan..anyway terima kasin kerana sudi berkunjung ke muzium alam semula jadi.

4/24/2013 05:23:00 pm

@umishahirah.

yg budgett tu mmg comel.. ingatkan dia mati.. tak gerak langsung pun.. sekali berenang jugak.. hehe

4/24/2013 05:24:00 pm

@Normi Nieza

Lagi akak geli, lagi katak suka tau.. hehe.. *gurau je*

4/24/2013 05:25:00 pm

@Mime MF

hahaha.. cuba tgk betul2, katak tu pun tengah leka tengok MF.. hehehe

4/24/2013 05:26:00 pm

@Isabel Diaz

yg dlm botol ya dah diawet.. hehe

4/24/2013 05:26:00 pm

@Cik Yaya

tu la.. rasa mcm tu jugak.. katak ni kulit licin sikit.. hehe

4/24/2013 05:27:00 pm

@Sally Yatiey

nang jak.. pelik2 jak rupa..

4/24/2013 05:27:00 pm

@TiranaAduka

baca komen ni pun automatik menyanyi jugak.. haha!

4/24/2013 05:28:00 pm

@miz ruha

hahaha.. kalau sy nak ajak kak ruha jugak mcm mane? :P

4/24/2013 05:29:00 pm

@Chic Na

suka tengok.. comel je.. sy ni jenis yg bukan penggeli orgnya cikna.. bg lah ape pun.. kecuali lipas terbang sy tak suka.. pernah masuk dlm rambut dulu.. grrrrr!

4/24/2013 05:29:00 pm

@Shida Radzuan

takde pulak yg tu kak.. tp tak tau la.. mungkin tak perasan kot.. huhu

4/24/2013 05:30:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

sy tgk majoriti perempuan mmg geli katak kan kak.. tak tau la knape.. =)

4/24/2013 05:30:00 pm

@puteri kasih

nak jugak ajak sis pergi.. =P

4/24/2013 05:32:00 pm

@comot

laaaa.. yeke? lama jugak dok perhati tempat tu.. mcm kosong je, tu yg ingat mungkin staff pindah kt mane2.. kot2 la agresif.. tak tau pulak dia main sorok2.. hehe..

same2.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...