12/04/2013

Bicara saja pada langit!

Sangat malas sebenarnya nak menaip entri. Nak berjalan-jalan, bersiar-siar ke blog-blog yang lain pun, alahai beratnya jari. Macam lah semua tu banyak guna tenaga kan. Ha, nampak tak betapa malasnya di situ.

Cuti midsem seminggu ni Chipmunk banyak duduk bilik habiskan membaca novel-novel yang ada. Buat kerjanya sikit. Hmmm. Beberapa hari lepas, Chipmunk baru habis baca satu novel English ni. Bagi Chipmunk, dalam banyak-banyak novel English yang Chipmunk pernah baca, novel tu la paling best. Tapi nak menghabiskannya tu payah jugak lah. Sebab baru teringat novel tu tertinggal dalam kereta. Patutlah cari-cari tak pernah jumpa. Haish.


Tell it to the Skies

Suddenly in the middle of a crowded Venice street, Lydia glimpses a face that takes her back to England, back to her childhood and to a dreadful secret she believed she had banished to the past...

As children, Lydia and her sister were sent to live with grandparents they'd never ever met. It was a cruel and loveless new world to them, and it forced Lydia to grow up fast. She learned to keep secrets and to trust sparingly, and through it all she was shadowed by guilt and grief.

Then, as and adult, the beautiful city of Venice gave Lydia peace, fulfilment and even love. But in a single moment, a stranger's face forces her to revisit the past she has been hiding from the last twenty-eight years. 

Serius Chipmunk tak tau nak cakap macam mana. Dari tadi taip-taip satu perenggan kemudian delete balik. Cerita ni flashback sebenarnya, time Lydia kecik-kecik. Selepas parents Lydia mati dan Lydia dan adiknya Valerie terpaksa dihantar kepada datuk dan nenek yang membenci mereka untuk dijaga dan dibesarkan. Kehidupan mengajar Lydia untuk berdikari. Berkawan dengan Noah Solomon yang banyak persamaannya dengan Lydia. Kematian ibubapa yang sangat tragis. Dari kawan kemudian jadi boyfriend. Alah biasa lah tu, mana-mana cerita pun macam tu jugak. Ada suatu peristiwa hitam yang berlaku sewaktu Lydia berumur 18 tahun yang menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Swallowsdale, tinggalkan Noah dan juga Valerie dan semua yang menyayangi Lydia. Lydia pergi dengan persoalan yang tak terjawab, terungkai semuanya hanya selepas 28 tahun.

Yang sedihnya, hubungan Lydia dan Valerie renggang akibat cemburu. Lydia jealous sebab adik dia dapat perhatian lebih daripada nenek diorang. Valerie pulak jealous sebab Lydia ni ada kawan seperti Noah, dan juga Donna. Tak pasal-pasal, masing-masing buat hal sendiri. Hubungan Noah dan Lydia pun putus macam tu je. Tanpa sebarang khabar berita, bertemu semula selepas 28 tahun. Agak sadis di situ, lagi-lagi tak tau apa cerita sebenar. 

Apa yang Chipmunk dapat daripada novel ni, agak terkena la kat batang hidung sendiri. Yakin pada diri, dan jangan pendam semua benda dalam hati. Certain time perlu luahkan pada orang lain. Dan kadang-kadang perlu jugak pandangan orang lain. Betul tak? 

Tengah baca ini sekarang. 

p/s : Semua novel-novel Chipmunk ni, Chipmunk beli masa Big Bad Wolf hari tu.

32 comments

4/12/2013 11:08:00 pm

mcm best jak dari cerita ktk ya..
pinjam boleh sik? ehehe..

kmk suka pendam perasaan. ishh2 sik baik juak nak. t___t

4/12/2013 11:23:00 pm

bestnya boleh lepak2 sambil baca novel. jeles. tp macam menarik novel pertama tu.

Anonymous
4/12/2013 11:33:00 pm

Rajin ktk baca novel BI oh ;) Mun kmk jgn haraplah, sik habis kalik ;D hee.

4/13/2013 12:14:00 am

ai...kemain banyak baca..boleh pinjam neh...haha *padahal banyak lagi novel belum baca*

4/13/2013 12:32:00 am

aishh jelez nye tgk,,nak ble baucer dah abis ahaha....nak guna duit sndri skrg tgh pokai.
btw,jgn sedih2 ya :)

4/13/2013 03:57:00 am

Wow rajinnya, I have an allergy when it comes to reading those thick looking's Novel. Maybe if they going to make a movie out of it I wouldn't mind watching it.

4/13/2013 08:58:00 am

Rajin kita baca. Mun kamek, novel melayu pun malas nak baca, ya kan novel BI.

4/13/2013 10:57:00 am

salam =)

btul tu..lau ade apa2 kene luahkan seblm tlewat..atau disalah ertikan oleh org lain..sbb kita xtau apa pndgn org thdp dri kita kan =)

selamat membaca cik aisya ^,^

4/13/2013 12:33:00 pm

macam menarik je cerita tu. rasa macam nak gi cari..tapi dengan kerja berlambak sekarang ni...entah bila dapat baca nanti.

4/13/2013 03:26:00 pm

wahh bagus betul aisya baca novel bahasa english.. mesti teror english aisya ni kan..

4/13/2013 04:20:00 pm

wah mcm best je cite~huhu lama tak baca novel ni..^^ *konon bz-_- haha

4/13/2013 05:37:00 pm

banyaknya buku bhsa bi,,hurmmmm,,

4/13/2013 07:43:00 pm

menarik citenya...

4/14/2013 12:05:00 pm

menarik ! dua2 menarik...kekadang membaca nie menajdi rutin..kalau tak membaca...mula lah rasa mcm bosan jer...hehehe...kalau ada minat membaca tu senang lah kan...

4/14/2013 11:36:00 pm

@michelle De hunny

boleh2.. dtg ambik kt kmk ctok.. hehe

xpat pendam semua benda, at least lepaskan lah 10% pun.. =)

4/14/2013 11:36:00 pm

@Chic Na

menarik sgt cikna.. hehe

4/14/2013 11:36:00 pm

@Sally Yatiey

tok pun lamak baru habis.. haha

4/14/2013 11:37:00 pm

@iEdYa AbDuLLaH

turun bawah ambik ye.. =P

4/14/2013 11:37:00 pm

@ezyra daniel

tak sedih pun. hehe
ni beli rm8 je.. hehe

4/14/2013 11:38:00 pm

@Condoriano

haha.. baca sikit2, tak sedar pun dah habis. Ini pun lama gila nak habiskan. =)

4/14/2013 11:39:00 pm

@Isabel Diaz

malay pun novel semua typical, kadang2 bosan lah. english novel tok macam2 ada.. =)

4/14/2013 11:40:00 pm

@Cik Yaya

betul.. biasalah manusia ni suka buat conclusion sendiri..

4/14/2013 11:41:00 pm

@puteri kasih

hehe.. settle kan apa yg patut dulu sis.. tak pun baca skit2 lama2 habis la tu..

4/14/2013 11:41:00 pm

@azizah :)

bese2 je pun kak jijah.. takde la terer mana pun.. =)

4/14/2013 11:42:00 pm

@Mime MF

ini pun sebab cuti midsem ni.. tu yg bace.. =)

4/14/2013 11:43:00 pm

@waddah jannah

hahaha.. english novel lg best.. yg melayu ni byk yg jiwang sgt lah. tak minat..

4/14/2013 11:43:00 pm

@miz ruha

sgt! =)

4/14/2013 11:44:00 pm

@Azie Namico

dah bace ke? =)

betul tu.. kena pupuk minat membaca tu.. baik utk kesihatan.. haha

4/15/2013 02:01:00 am

shida tak rajin nk mmbca xtau kpe..tgk buku tebal skit longlaii laahaii~!

4/15/2013 10:00:00 am

Macam Best..akak jarang baca novel english..jangankan english..novel melayu pun jarang baca skrg..:)

4/15/2013 10:27:00 pm

@Shida Radzuan

buku tebal tu kalau best mmg tak terasa pun.. rasa mcm 10 pages je..

membaca ni kena ada minat.. tak minat tak jalan.. mmg buku yg baca kita dulu.. hehe

4/15/2013 10:28:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

Fokus jaga family kan kak.. mcm mak sy lah.. setahun baru habis novel melayu biasa tu.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...