Hari ni hari rabu, sepatutnya entry Wordless Wednesday la kan? Tapi hari ni macam nak kongsi pasal salah satu kisah yang ada di Sarawak ni. Bukan Lagenda Mahsuri ataupun Puteri Gunung Ledang, tapi kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Mesti ada yang tak tau lagi kisah dua orang puteri ni kan? Ni yang Chipmunk nak share ni.
Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.
Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.
Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).
Tu baru sikit, kira macam intro la. Nanti Chipmunk cerita lagi mengenai dua orang tuan puteri yang cantik lagi menawan ni. Before tu kita tengok lirik lagu Puteri Santubong pulak. Mesti tau kan lagu ni? Before tu share video dulu.
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelaie,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampe ke mati.
Udah lejuk nya duak kelaie,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampe gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampe terkenak Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pake ingatan sepanjang zaman.
Berdasarkan lagu ni, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ni merupakan 2 orang puteri yang sangat cantik menawan. Puteri Santubong kerjanya menenun kain manakala Puteri Sejinjang ni menumbuk padi. Tapi satu hari, kedua-dua Puteri ni bergaduh siapa yang lebih cantik. Dan sorang pun taknak mengalah. Dah penat bertikam lidah, saling pukul-memukul pulak. Puteri Sejinjang ni menghayunkan alu terkena pipi Puteri Santubong sehingga berlekuk pipinya (puas cari apa maksud tebik ni, nak kata kemek macam ya jugak). Puteri Santubong ni taknak kalah lalu dibalingnya belida, terkena kepala Puteri Sejinjang (tikam dalam bahasa Sarawak bermaksud baling). Puteri Santubong kemudian berubah menjadi Gunung Santubong manakala Puteri Sejinjang menjadi pulau-pulau di sekitar atau berdasarkan lagu tersebut Pulau Kera.
Kalau dilihat, Gunung Santubong ni memang nampak ada kesan lekuk dan di sekitarnya pulak memang ada banyak pulau. Chipmunk pernah pergi sekali je daerah Santubong ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan masa, boleh bawa En. Barney pulak. Siapa lagi nak ikut Chipmunk? Sila angkat kaki!
p/s: Gambar tu masa Chipmunk pergi Santubong bulan June 2010. Tu la last Chipmunk balik kampung. Rindu!
sumber : Lagenda Puteri Santubong.
24 comments
pernah bc novel sejarah kisah 2 puteri ni.. versi ubah kot.. satubong baik then sejinjang jahat.. sejinjang menganiaya satubong lepas satubong turun dr kayangan ke istananya di bumi.. then satubong tubuhkan kerajaan dia n berkahwin dgn manusia tp sejinjang yg busuk hati skali lg mnganiaya satubong.. sampaikan ayahanda mereka di kayangan marah n mnyumpah kedua2 mereka.. hehe
owh..begitu kisahnye..
Thx for sharing..
Cantik gambar2 tu..
wahh wahh saya nak itott!!! dah angkat dahh kaki nii hehehe :D
lurh igt an betul2 turun dr kayangan .. rupanya pendatang asing . haha
Suke denga kisah ni n suke denga lagu die jugak…hee
Eh sye nak ikut *sambil angkat tangan* ^^
Pasya ada juak versi cdak kelaie sebab berebut putera serapi.. hehehe..
dengar tajuk je..sis dah teringat kat lagu tu..hikk
gamba puteri santubong ke tuh~ Hha.
suka dengar lagu dia jep sebab pernah menari lagu nie. best betol. hehehe
suka lagu ni
sangat suke lagu puteri santubong tu. jambatan tamparuli pn sy suka.
BOKLAH KMK TAUK SEJARAH SEBENAR NYA 2 TOK...
@Zeaf I-sahus
xtaw la :)
@Haruno Hana íë
pernah jugak dgr yg tu.. tp slalu org tua2 cerita yg ini.. =)
@LiLy @ MumMyQiStInA
thanks sis.. hehe
@Detective Fiqa
nk ikut cmne klau fiqa nk g plkn.. huhu
@-SUPERGIRL-
zaman dlu mane la ade istilah pendatang asing ni..
@Anonymous
jom la.. hehe
@Adibah Amalina
ya pun mcm ada dgr juak.. mcm2 versi nya.. tp yg tok yg femes.. hehe
@puteri kasih
lagu die best kan sis.. hehe
@m!3yr4h_LolLy
same la.. suke jgak.. hehe
@MaYa MustWany
same2.. hehe
@anNaqia
hafal dua2 lagu tu.. hehe
@Bui Junaidi
ada byk juak versinya bah.. huhu