Hari tu buat entry pasal biskut, hari ni nak buat entry pasal kek pulak. Dah start dah operasi buat kek lapis ni. Malam tadi dah buat Kek Lapis Oreo. Resipi Kek Lapis Oreo ni Chipmunk ambik dari Buku Resipi Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit Jilid 4. Siapa yang buat biasa buat kek lapis sarawak memang akan familiar dengan Puan Rabiah Amit ni. Mak Chipmunk ada koleksi buku resipi kek lapis beliau dari jilid 1 sampai la yang latest jilid 4 ni. Kitorang kalau nak buat kek lapis memang akan refer buku resipi beliau je.
Malas nak bebel panjang, baik tengok gambar je ye.
Yang ni kek still dalam oven lagi. Nak tunggu lapisan paling atas tu masak.
Yang ni pulak bila lapisan paling atas dah masak. Ada banyak lagi lapisan-lapisan kat bawah tu. Lapisan yang ada oreo tu lupa pulak nak ambik gambar. Keluarkan dari oven untuk letak lapisan baru pulak.
Yang ni pulak adunan kek lapis tu. Kek Lapis Oreo ni ada dua warna. Satu hijau dan satu putih. Yang ni dah nak siap dah sebab tu boleh tengok adunan warna putih tu dah habis. Kalau perasan ada paket oreo kat situ. Chipmunk dah guna dua paket untuk buat satu kek lapis ni. Nampak tak laptop kat situ. Sementara tunggu masak, boleh la online kejap ye. Jangan sampai kek hangus sudah.
Yang ni bila adunan diatas dah dimasukkan dalam acuan. Nak angkat masuk dalam oven balik.
Finally, kek lapis oreo dah siap!
Dan En. Tim si alas kaki yang memang tak mahu ketinggalan. Dia lah yang temankan Chipmunk sampai kek lapis siap.
Yang ni ambik dari En. Google. Macam ni la rupa kek tu. Tapi Chipmunk dah tak larat nak tunggu sampai kek tu sejuk.
p/s : kalau ada siapa-siapa nak resipi tu boleh bagi email kat Chipmunk. Nanti Chipmunk emailkan.
23 comments
bok ncarik resepi tok kt intenet tek.. hehe
bnyk lapis ny . Sedap x 2?hehe
rajinnya buat kek lapis..mesti cantik bila dah potong..
sdp nye kek lapis ! ^0^
@♥ Dea ♥
kmk ikut dalam buku jak resipi nya
@mela
tak potong lagi pun kek tu. malam tadi mata dah tak larat nak tunggu kek tu sejuk
@zaty
tau xpe... cite pasal kek lapis ni pun perut dah bunyi2.. hehe
wah sedapnye kek lapes . hehe
posto sini bole . ehe
:)
eh warna ijau? tapi oreo? pelik2. hehe
nak pinjam kaen (cik tim) tuh boleh. nak lap kaki.
@::ini belog saya . cinta hati saya::
boleh2. tp nak exchange dengan kek secret recipe.. hehe
@Fathiah Hamim
oreo ade kat dalam tu.. xde ambik gmbr plak mase susun oreo tu..
haha.. pinjam je..
@EnciK AxixOu
klau chipmunk yg buat, mestilah sedap.. kwn2 kat U siap cakap awal2 lg suh bwk blk kek lapis yg dia buat.. hehe
yummy , nampk mcm sedap jee :D alolo COMELNYA en.tim !
selamat hari raya :)
sedap kek !
selamat hari raya :)
sedap kek !
nak jugak resepi :)
geram ar tgk en.Tim tuu.... tomel sgt!
bunyik mcm sedap.hee :)
@Aqeela LaEn :3
ade oreo mesti sedap punye la.. hehe
@Ummi_Rosalicious
ramai org minta resipi jadi nnti akan ade entry.. tnggu je la.. =)
@Miss A
bukan sekadar bunyi.. dengan rasa sekali.. hehe
@hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock
yup.. memang sedap pun :)
nak jugak yang ni k...
@iEdYa AbDuLLaH
70 eh.. xtermasuk postage.. =P