27/08/2011

Balik Kampung ^^

Yeah!! Hari ini aku bertolak balik kampung. Kampung aku nie special sikit sebab semua orang kenal dengan negeri Jelapang Padi tu. Kalau tak tahu tu, pergi search kat Google apa yang aku cakap nie. ^^





Tahun2 sebelum nie biasanya aku dan aku adik aku no. 2 nie balik kampung naik bas je. Maklumlah kitorang nie adik-beradik ramai. Tiap kali balik, mesti penuh punya kereta bapak aku tu. Sampai mak cik aku cakap "dah macam sardin dah hampa naik kereta nie". Hahaha..

Tapi tahun nie kira macam up sikit la pasal kitorang balik kampung naik 2 biji kereta. Mula2 ingat nak naik kereta merah chipmunk tu. Tapi bapak aku cakap naik kereta Honda dia. Dia pula naik kereta Volvo kawan dia. Jadi, takda la macam sardin dah. ^^


Hari ini balik mesti sesak punya. Semalam tengok berita pun, ke arah pantai timur dengan utara dah sesak dah kat tol. Nasib baik sebelum chipmunk balik hari tu, dia ada bagi Touch n go. Agak lega la sikit kalau kat tol nanti. Walau sesak macam mana pun, kitorang tetap balik jugak. HERE WE COME KEDAHHHHHHHHHHH!! ^^





Kepada siapa2 yang nak balik kampung nanti, berhati-hati di jalan raya. Jalan bawa laju sangat. Ingat orang yang tersayang. Peace!

p/s: balik nanti boleh la jumpa kawan aku yang serabut tu.
Aran! ^^

Sumber gambar : Pak cik Google

14 comments

8/27/2011 06:35:00 am

untunglah dapat balik kampung.. sya xbalik.. lain tahun la.. mls nk ikut.. take care tme nk pegi balik..smga perjalanan dipermudahkan.. amin~!

8/27/2011 07:27:00 am

selamat hari raya dear.bestnya raya kat kedah!heee

8/27/2011 10:15:00 am

@Cik Jingga

Amin..
En. Barney yang on da way nak balik kampung. saya memang dah lama selamat sampai.. hehe

8/27/2011 10:17:00 am

@Miss A

Selamat Hari Raya jugak! =)
En. Barney yang raya di Kedah, sy plak kat seberang laut china selatan.. hehe

8/27/2011 11:20:00 am

Heee. Hi orang kedah X)

8/27/2011 01:21:00 pm

hai hai hai...selamat pulang ke kedah..selamat hari raya cik chipmunks...

8/27/2011 05:34:00 pm

@Munirah Shamsudin

hehe

8/27/2011 05:35:00 pm

@adlina

En. Barney je yang balik kedah.. sy tunggu brape tahun akan dtg baru boleh ikut balik jugak.. Eh? hehe

selamat hari raya jugak! =)

8/28/2011 12:09:00 am

owg kedah upenyer. hihihi. selamat hari raya :D

oh nie kesah encik barney lah ye . hehe

kampung kamu kat mne . hehe

:)

8/28/2011 12:51:00 am

@nadia fatihah

En. Barney je yg orang kedah.. Sy bukan. hehe

8/28/2011 12:52:00 am

@::ini belog saya . cinta hati saya::

aah.. turn en. barney plak cerita pasal balik kampung.. sy dah hari tu.. Sy jauh nun kat seberang laut china selatan, di sarawak.. =)

9/16/2011 06:30:00 am

hai mael hahahahaha

9/16/2011 11:33:00 pm

@aRaN

hai aran.........................

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...