19/02/2015

[English Novel] Coco's Secret : Niamh Greene

Tinggalkan sebentar kisah Pantai Merdeka, selang selikan dengan novel pulak. Nanti sambung balik cerita Pantai Merdeka dan makanan. Dah hampir dua minggu sebenarnya I berjaya habiskan novel ni. Dan I ambik masa kurang dua hari untuk baca dari muka surat pertama sehingga muka surat terakhir. Dengan total 339 muka surat. Masa tu kan stress dengan complaint. Stress dengan Si Merah yang tetiba buat hal. So isnin minggu lepas I ambik emergency leave. Settle kan Si Merah dan kemudian ikut En. Barney outstation ke Kuantan. Release tension katanya. Tunggu En. Barney 4-5 jam dan hasilnya tamat lah novel tersebut. 


Semakin hampir untuk capai target baca 8 novel untuk suku tahun pertama. Coco's Secret adalah novel yang ke lima dan buat masa sekarang ni I baru je mula baca novel yang ke tujuh. Lebih sebulan untuk habiskan dua novel. InsyaAllah boleh! 



Coco's Secret
Niamh Greene

Sinopsis Coco's Secret

Coco Swan has always been embarassed by her name..

With a name lika Coco, people expect you to be as exotic and glamorous as the famous designer, not an ordinary-looking small-town antiques dealer who could win an award for living cautiously.

But when a vintage Chanel handbag turns up in a box of worthless bric-a-brac, Coco's quiet world is suddenly turned upside down. Where did it came from? And is it just coincidence that it's the same bag Coco's late mother always wanted for her.

When Coco discovers a mysterious, decades old letter hidden in the bag's lining she sets off on a quest to piece together the story behind it, stumbling across secrets that span three generations as she goes. 

Could the beautiful Chanel bag be about to teach Coco more than she wants to learn? Or will it show her just where her heart can take her if she lets it lead the way?

Novel ni mengingatkan I dengan movie Letters to Juliet, lakonan Amanda Seyfried. Sebab kisahnya lebih kurang. So tendency untuk compare novel Coco's Secret dengan Letters to Juliet sangat tinggi. Dan I rasa character watak utama kedua-dua cerita ni sama. Cuma tukar itu ini sikit je pada jalan cerita. 

By the way, jalan cerita simple je tapi tak boleh nak berhenti selak next page. Since Coco jumpa surat dalam sebuah beg Chanel lama, I dah curious nak tahu sama ada Coco berjaya atau tidak bertemu dengan pemilik surat tersebut. Dan apa sebenarnya kisah di sebalik surat tu? Iye lah tulis surat tapi tak pos pun. Mesti ada sebab bukan.

Bagi I, jalan cerita Coco's Secret ni biasa-biasa je. Cuma boleh menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan. Misi Coco untuk membongkar kisah disebalik surat lama tersebut sedikit sebanyak membawa perubahan kepada hidupnya. Kehilangan ibu seawal 13 tahun, dia merasakan seolah-olah ibunya cuba untuk menyampai mesej melalui beg vintage tersebut.

Kalau uolls tanya best atau tak, bagi I so-so je cuma novel ni ada X-factor yang menyebabkan kita tak boleh nak berhenti membaca. Amboi bukan main X-factor bagai pulak kan.

p/s : sikit lagi nak habiskan 8 buah novel tu. Yeay!

5 comments

2/19/2015 03:29:00 pm

Wahh bgusnya baca novel inggeris. Goodluck la ye nak habiskan tu! Heheh

2/19/2015 04:53:00 pm

jelesnya dengan orng yang suka baca novel ni , dengan membaca penulisan menjadi lebih sedap di baca. anis tak penah habiskan walaupun satu novel ;(

2/19/2015 09:54:00 pm

x-factor tu apa kak aisya?
kikiki
amboi x factor ha hehe
thanks kak aisyaaaa for the review hehe <3

2/20/2015 12:11:00 am

Srs rasa teringin nak baca.. Ahh good times reading book. Punye lama dh tinggalkan baca buku, heh hehe

2/20/2015 07:23:00 am

mak oii..rajinnya baca novel!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...