Tajuk karangan : Si Merah Saya
tak payah nak budak sekolah rendah sangat eh!
Kisah Satu
Petang tadi Si Merah Chipmunk meragam. Gara-gara En. Barney terlupa nak tutup lampu masa kitorang balik dari lunch tengahari tadi. Hujan lebat sangat tengahari tu. Biasalah sekarang musim hujan kan. Hujan yang turun tu bukan sekadar cucu cicit hujan, moyang hujan yang jatuh tu.
Chipmunk baru je lepas solat asar bila En. Barney call, bagitau tak boleh nak masuk kereta. Tekan-tekan alarm, tapi tetap terkunci jugak. Yang peliknya alarm Si Merah yang ditekan, kunci pintu kereta Myvi putih kat sebelah pulak yang terbuka! Bahaya betul lah, kalau orang jahat mesti dah bawa lari kereta tu. Nasib baik ada sorang abang tu tolong tolak kereta, nak hidupkan enjin Si Merah. Nasib baik kereta kecik. Tak perlu ramai-ramai yang tolak. Macam biasa I sebagai Lady Boss haruslah berdiri di tepi tengok sahaja kan. Elok sangat lah tu.
Elok je enjin Si Merah dapat start, ada lagi adegan tolak-tolak kereta ni. Tak lama lepas tu, ada lagi sorang mamat ni tanya ada jumper kereta tak? Dah sudah, ada lagi rupanya. (Kalau tak tau apa itu jumper dan kegunaannya boleh lah google. Nak terang satu hal pulak). Pengajaran di sini before tinggalkan kereta tu, sila pastikan yang lampu semua tu dah tutup. Jangan cari pasal biarkan lampu kereta terbuka.
Kisah Dua
Ni sebenarnya Isnin lepas, kena pergi bengkel untuk repair Si Merah. Dah buat appointment dengan 'doktor peribadi' Si Merah ni siap-siap. Benda apa entah yang perlu ditukar. Biasalah, kereta lama. Umur pun lebih satu dekad dah. Mesti banyak yang kena tukar. Kebetulan isnin tu Chipmunk tak ada kelas. En. Barney pun ada satu kelas je pagi tu. Maka setelah itu, gigih lah kami berdua ke bengkel bersama Si Merah. Bengkel tu pulak kat area yang tak jauh dari rumah En. Barney, Taman Melati kot. Kalau salah, ada la nanti En. Barney tegur tu.
Tapi on the way, tengah seronok nyanyi-nyanyi lagu baru Sharifah Zarina tu tiba-tiba radio boleh terpadam pulak. Tak kisah lah, ada lah tu wayar longgar ke apa. Tapiiiiiiii, tak lama lepas tu signal pulak tak berfungsi! Macam tau-tau je yang memang kitorang nak ke bengkel.
Sampai-sampai je, terkejut tiba-tiba En. Barney bagitau nampak kereta ayah beliau. Memang ayah mertua I ada kat situ pun. Eh! Bengkel tu bengkel kawan ayah En. Barney. Apa-apa hal, memang akan hantar Si Merah kat situ. Kalau nak tau, bengkel tu berdepan dengan station LRT Taman Melati. Tak lah betul-betul berdepan, tapi dekat-dekat je lah. Memandangkan dah berdepan dengan station LRT tu, memang tak lah kitorang nak menunggu lama-lama kat situ. En. Barney bawa lah pergi Jusco Wangsa Maju, nak tunjuk tempat beliau kerja dulu lah kononnya. Padahal before ni pernah je beliau bawa ke situ. Setelah sekian lama tak naik public transport, rasa jakun sekejap! First time guna sistem token tu tau. Macam seronok je. Excited sekejap. Nampak tak betapa jakunnya perempuan ni? Sampai En. Barney geleng kepala dan gelak je. Kfine.
Perempuan ni memang memalukan tau. Excited tak bertempat!
Si Merah ni sakit tenat sebenarnya. Huhu.
Dalam pukul 2 lebih macam tu, Si Merah siap 'dirawat' dan kitorang pun nak gerak balik UKM. Tapi, secara tiba-tibanya enjin mati lagi. Nasib baik mati kat bengkel tu jugak, kalau tengah jalan macam mana? Dah settle satu, satu hal lagi yang timbul.
Masuk wad lagi. Haish.
Rupanya alternator yang rosak! Kena tukar on the spot. Kalau tak, nak balik UKM macam mana? Enjin tak boleh start, wiper problem, radio pun tak hidup, signal tak berfungsi. (Chipmunk dah tolong cari apa tu alternator, boleh baca kat SINI). Satu tu dah RM200+. Dah tu nak kena menunggu lagi.
Lelaki ini penat sebenarnya. Bukan penat apa, penat melayan karenah perempuan gedik ni.
weeeeeee... *masukkan lagu tema angry bird di sini*
Last-last dekat pukul 6 jugak Chipmunk dan En. Barney balik. Satu hari tu je pun RM600+ habis untuk Si Merah saja. Cuba imagine, kalau Chipmunk beli kasut agaknya berapa pasang yang Chipmunk boleh beli?
40 comments
sabar..dugaan namanye tu..hehe
Uits,boleh beli bnyk kasut :D
Follow dan Like blog saya ye~
Keistemewaan Shaklee Alfalfa http://doktorsihat.blogspot.com
panjang kisah si merah ni. biasa la kereta, kalau dah sakit tu mmg kena ready duit yg byk utk kos rawatan.
kesian si merah...
banyak100 kasut boleh beli... =D
dah jadi musim entri tentang kereta eh..mentang2 cuaca asyik hujan je...kereta pun selalu wat hal..hehehe
nasib baik semuanya dah settle kan :)
nasib my babyboo tak pernah meragam lagi . hehe
tapi takut juga kalau buat hal entah brpa la kena
hahaha kalau gitu. saya na buat entry pasal sy telah buat kereta ayah saya tergesel hahaha :D
wahhh bnyk rintangannnyer ye cik aisya..huuuu mmg mcm dah tenat je tu...ke jarang bwk kete g servis ni...haaaa?? ^,^ kan kete kene servis 3 buln sekali..kalo x, jadi la mcm tu..mcm2 yg rosak, bile sekali tukar, fuhhh silap ari bulan 1k melayang mcm tu je.. huuuu..
-jga leklok Si Merah tu ye..^0^ n bhati2 djln raya-
@♥ Nana BamBam ♥
hehe.. mampu cakap alhamdulillah je la.. =)
@Cik Adieb
kannnnn! haha
@hasfarin hassan
=)
@Chic Na
betul tu.. huhu.. tmbah kete yg dah berumur mcm ni..
@miz ruha
hahaha. tau takpe.. mau penuh satu bilik tu..
@puteri kasih
alhamdulillah, setakat ni semua settle.. aircond, battery, tayar semua dah settle dah.. harap2 takde lagi la lepas ni.. huhu
@.::: Princess MOMOY :::.
babyboo sis baru lg tu.. tu yg takde masalah pape.. kete sy ni dh kira veteran dah ni.. huhu
@Detective Fiqa
sila2.. sy menunggu.. hehehe
@Cik Yaya
bese lah cik yaya.. kete lama.. kalau Si Merah ni masuk sekolah dah habis PMR dah pun.. tu yg byk kena tukar baru, byk part dah lebih 1 dekad.. mau lebih 3k dah kot skrg ni.. servis takde masalah, mmg on je..
kete second hand je ni.. bile beli murah, maintenance tu sakit sikit.. kalau dh tukar sume tu insyaAllah takde masalah dah.. =)
sabar ye si merah. bertahan dan terus bertahan! (^^,)..
rm 600 kalau beli kasut silap2 blh bukak kedai kasut. ^^ hehehe
Singgah sini....weeeeee!settel sudah eh...
xdak keta lagi, xleh nk merapu la,, setakat keta mainan ada la,,hehe...
xpe, cik merah la, yg byk berjasa selama ni kan ^__^
biasa lah tu :)
kalau baiki kereta memang banyak rat yang akan melayang ~_~
haha mmg lah bela kereta neh mcm bela org dah ..
Banyak dugaan...sabar ye..
Keta ktorg pun power window problem skrg ni...semua cermin tak boleh turun...huhu..nasib aircond ok..^^
Kalau sorang2 tgh jalan si merah buat hal susah jgk eyh.banyak2 doa supaya si merah behave.comel je panggil kete si merah. :)
Wah,rm600 macam2 kasut boleh dapat..! hehehe..dtg singgah blog sis..=D
@aiNa yaZiD
hehe.. tau takpe..
@azie namico
setakat ni alhamdulillah.. hehe
@trah zain
betul betul betul.. takde si merah takdenye nk g mane2.. huhu
@-meeSUPERGIRL-
hahaha.. lebih kurang gitu lah..
@LiLy @ MaMaQiStInA
susah jugak tu kak.. kalau kat tol leceh nak buka tutup pintu..huhu
@s h a
itu lah.. nak tak nak tukar ape yg patut.. insyaAllah kalau takde pape dh settle dh kot.. huhu
@MarliaMarble
kan.. pilih je nk design yg cmne.. huhu
@miss chillax
agak la.. spare part kereta ni bukan murah2.. kalau tak 3 angka tak sah. huhu
biasa la tue, bukan manusia, haiwan je sakit...si merah pon nk kena pi klinik jugak...hihi
dah tiba msanya simerah kena servis hehee :)
@tirahzairi
tapi si Merah lagi grand.. siap ade doktor peribadi tu.. hehe
@shidaR
bukan servis saje dh si merah ni.. huhu
sehari abis dh...fuhhh..bpluh gak tu..
@ayut
kan.. huhu.. harap2 takde masalah dah lepas ni.. huhu