16/11/2012

Kenapa Kaki Kucing ini Pendek Sangat?

Hai! Saya Cik TengTeng. Kakak Aisya suka cakap kaki saya pendek. Dengki lah tu.

Chipmunk dan adik-adik suka tengok kaki Cik TengTeng. Especially kalau dia berjalan dari ruang tamu ke dapur dengan penuh lenggang lenggok. Comel sangat! Nampak kaki Cik TengTeng ni pendek, terkedek-kedek je berjalan.

Kalau Chipmunk online kat ruang tamu. Mesti kaki ni yang ada bawah meja. Saja minta dipijak.

Tapi, sependek-pendek kaki Cik TengTeng ada lagi kucing yang mempunyai kaki yang lebih pendek dari Cik TengTeng.
 
 
Ini adalah kucing baka Munchkin. Baka ini mula dijumpai sekitar tahun 1940-an.  Namun hanya pada tahun 1991, baka ini diperkenalkan kepada umum. Nama Munchkin ini diambil sempena watak yang mempunyai ketinggian yang rendah dalam cerita Wizard of Oz.



Secara umum, kucing baka Munchkin ni sweet, suka bermain dan mudah mesra. Mereka juga bijak dalam memberi tindakbalas yang baik kepada tuannya. Boleh dijumpai dalam pelbagai warna dan jugak corak. 



Gene Munchkin ni merupakan gene yang autosomal dominant. Akan tetapi embrio yang homozygous dengan gene Munchkin ni tak boleh hidup. Ini kerana ianya membawa kepada kesan lethal. Jadi kucing Munchkin yang kita tengok ni bersifat heterozygous. Jadi kalau kucing Munchkin ni breed dengan kucing biasa pun, memang ada probability kitten yang lahir tu berkaki pendek.


Chipmunk teringin sangat nak bela kucing Munchkin ni sekor. Dan kat Malaysia ni tak pernah lagi Chipmunk jumpa orang yang bela Munchkin even baka tu sendiri pun Chipmunk tak pernah tengok. Selalu tengok dalam TV je. Agaknya ada tak eh kat Malaysia ni?

Cukup pendek?

Sumber : INI, INI dan INI.

22 comments

11/16/2012 08:44:00 pm

nakk kucing persian ;D

11/16/2012 08:58:00 pm

kaki pendek sbb kucing tue gomok...hihi

11/16/2012 09:05:00 pm

kucing ni walau kaki pendek ke telinga pendek tetap cute kan..:) miowww

11/16/2012 09:28:00 pm

hahah ala tomei plak tgok kucing kaki pendek ni..lau tgok dia jalan mesti lh wat org senyum..^o^

11/16/2012 09:47:00 pm

mcm memerang..

11/16/2012 10:37:00 pm

Suka sgt dengan kucing..senang cerita memang pecinta kucing ! ^^ Comel kucing Cik Aisya..=)

11/16/2012 11:04:00 pm

munchkin memang cute kan...suka tengok kaki diorang. tapi tak pernah tengok di malaysia lagi..takde kot

11/16/2012 11:07:00 pm

comel giler kaki pendek2 ni ! hehe ^^

11/16/2012 11:50:00 pm

kalau kaki pendek mesti xleh lari laju2 & panjat tinggi2 kan. hihi..

11/17/2012 12:08:00 am

wahh ! comel la kucing dalam gambar tu ,
nak satu !

11/17/2012 07:41:00 am

comelnya.... >.<

aik, tunjuk kaki nampak... :D

11/18/2012 09:23:00 am

@Jna marcello

haha.. =D

11/18/2012 09:23:00 am

@tirahzairi

yg tu khas utk kucing dlm gmbr pertama tu je.. haha

11/18/2012 09:24:00 am

@dhiashahida

especially yg kitten kan.. hehe

11/18/2012 09:24:00 am

@Cik Yaya

itu la.. lom dia lari lagi.. hehe

11/18/2012 09:24:00 am

@hnahdy

agakla. hehe

11/18/2012 09:25:00 am

@aiN NaJwa

sama.. hehe.. kucing tu jgn puji lebih2, makin kembang dia nnti.. makin pendek rupanya.. haha

11/18/2012 09:25:00 am

@puteri kasih

itu la sis.. huhu. kalau ada baka sekor ni pun jd la.. kahwinkan dgn cik tengteng pun jd lah.. hehe

11/18/2012 09:26:00 am

@shiyda

comel kan!! hehe

11/18/2012 09:26:00 am

@Chic Na

tau xpe.. senang ckit nk jaga.. hehe

11/18/2012 09:26:00 am

@amy syahiera

ambik je la.. =P

11/18/2012 09:27:00 am

@miz ruha

nk suruh kak ruha ukur tu.. cukup pendek tak. haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...