Oh by the way sebelum tu nak bagitau kumpul-kumpul patung ni bukan hobi I. Hobi I kumpul buku je. Cuma dulu pernah menyembang dengan colleagues time lunch hour tentang hobi masing-masing. Bukan main bosan lagi topik kan. Tapi bosan-bosan pun, baru I tahu. Bukan kanak-kanak je yang suka kumpul patung. Orang dewasa pun ada jugak. Contoh macam colleague I tu lah, umur dah lebih 30 tahun tapi ada hobi kumpul patung. Tapi bila dengar dia bercerita, bunyi macam satu hobi yang menarik je.
Perempuan kan? Suka something yang comel-comel macam ni. Satu doll dengan harga paling kurang RM200. Itu pun bergantung pada size. Kalau ada yang limited edition, mahu sampai beribu. Padahal kecik je pun benda alah ni.
Member office I yang suka kumpul dolls begini, ada tunjuk gambar koleksi-koleksi dolls yang dia ada. Satu doll pun RM300-RM400, bayangkan kalau total semua ada 6 hingga 7. Itu tak termasuk yang limited edition.
Patung itu sendiri pun dah mahal, itu tak termasuk accesories macam baju, shoes et cetera. Siap ada set perabot bagai pulak tu. Kalau tak silap I, member I cakap satu baju tu sampai puluh-puluh ringgit jugak. Kalau I lah kan, baik beli baju, kasut untuk diri sendiri je. Hiks.
Kalau dah namanya perempuan, mesti terdetik juga secara langsung atau tak, bestnya kalau boleh kumpul patung-patung macam ni. Sebab nampak comel je kan? Tapi bak kata member I tu, setiap rakan-rakan collectors dia yang lain mesti ada je cerita yang terjadi kat masing-masing. Cerita macam mana tu faham-faham sendiri. Malas lah Iolls nak cerita, dengar cerita dia tengahari buta pun boleh meremang. Er.
Info harga bagai ni semua I petik dari apa yang member office I cakap. Sebab I is malas nak Google. Dolls dia selalu beli online, untuk accesories macam baju, perabot bagai tu boleh cari kat Time Square. Tapi kan, kalau I lah, dari I kumpul dolls begini baik I kumpul lego cecomel macam Blogger Sally.
Hobi, setiap orang berbeza. Ada duit, mahal lah hobinya. Kurang duit, pandai-pandai lah ukur baju di badan sendiri. Tak gitu?
p/s : Wahai En. Barney, bersyukur lah hobi Iolls tak lah semahal begini. Takat pergi Big Bad Wolf satu buku harga 8 hengget je daripada satu patung yang harga ratus-ratus.
sumber gambar : google
9 comments
Kann...hobi masing-masing...ikut sukelah...dan yg paling pending ukur bj di badan sendiri. Nasiblah hobi akak window shopping je. Hiiii..bukan kaki shopping. Sbb akk sentiasa kekurangan budget. (^_^)
Salam. Hee chomell dolls itu, especially mata bulatnya ;p
Salam, hahaha dulu mase zaman study, sy pun suka kumpul doll2 mcm ni, tp lebih pada patung emo2 dan gothic..kegelapan sangat~~~ tp skang dh tak, sbb bilik kat rumah penuh, xde tempat nak letak, hahah..
hoi hoi...memanggil plak kat sini..hihihi...kumpul benda camni selalunya ada satisfaction pada kita...org mgkn x paham...tp tu la hakikatnya
mahai..asenye xde la beli..hahah..cuci mata jer..haha
wowww mahalnya patung pun.
Lebih teringin nak tahu cerita yg meremangkan itu.. hehe.. ^_^
mohon kupaskan isu yg "meremang" itu...
comel tp takut pun ade..
ni kes tgok chucky la ni..hahahaha