Semakin hari kehidupan terasa semakin membosankan. Itu pasal blog turut terkena tempias membosankan. Diri sendiri pun tak lalu lah nak baca entri sendiri. Apatah lagi orang lain. Er, masalahnya ada orang baca ke? Oops. Mood blogging pun semakin hari semakin merudum, ke laut dan tenggelam.
Sebabnya;
1. Yang pertama - kekangan masa.
2. Yang kedua - bahana internet menyiput.
3. Yang ketiga - terasa macam tiada yang menarik untuk dikongsikan bersama.
Lagi satu penyakit. Draf entri, taip huruf pertama bukan excited hendak bercerita. Tapi belum habis draf satu ayat. Ah, alangkah bagus kalau keyboard laptop boleh menaip dengan sendiri secara automatiknya.
Candy Crush tak ada lives, sendiri pun tak ada life. Fikir balik routine sendiri setiap hari 24 hours 7 days a week terasa macam sadis sungguh. Balik-balik buat benda yang sama. Kerja - Drama Korea - DIY Projects. Alah bosan lah. Bezanya cuma drama korea lain-lain episod je.
And repeat. Satu senario yang kebelakangan ini terjadi setiap minggu. Lebih tepat setiap hari sabtu. Kadang-kadang rasa mungkin something is wrong dengan biological clock sendiri.
Hari sabtu, jam 7.00 pagi.Alamak dah lambat pergi kerja!Kelam kabut capai towel,Capai towel sambil garu kepala.Kenapa bangun lambat?Hmm, bangun lambat sebab tidur lambat.Eh tapi kenapa tidur lambat pulak?Fikir sebentar.Ok fine!Hari Sabtu, tak payah nak rajin sangat masuk office lah.Tarik selimut, tidur balik.
Mungkin itu simptom-simptom manusia yang tak ada life? Setiap petang, hari bekerja. Bila mana pukul 6.20 petang, satu department masih khusyuk depan PC dan laptop masing-masing. Tanpa sedar office hours dah lama berlalu. Terpaksa mengingatkan masing-masing,
"Hey, tak ada life ke?"
"Eh, you tak ada rumah ke?"
Jawapan. Tungu, reply satu email lagi. Dan satu email lagi. Dan email seterusnya lagi.
p/s : No wonder colleagues ramai yang almost 40 years old tak kahwin lagi. Oh nasib baik lah Iolls dah ada calon. Kalau tak mahu begitu juga agaknya. Choiiii!
4 comments
Semangat benar nak kerjanya.tak pe la,itu satu benda yang baik.jangan hari isnin,tarik selimut.hehehe..
balik lmbt sbb elak jammed...
la igtkan sy sorg je yg feeling mcm takda life..keja³..rs mcm masa utk diri sendiri pun takdak...T_T
huhu rajin bebenor dok lepak kat ofc ye...wlu da hbs wktu kje =D