Habit hari minggu kebelakangan ini. Pukul 11 malam dah tidur dah. Tapi nanti pukul 3-4 pagi dah terjaga. Orang lain time-time begitu senang enak dibuai mimpi, I pulak pagi-pagi lagi dah sambung kerja-kerja DIY. Oh sekarang ini tengah sibuk nak buat bunga telur dari kertas crepe. Sambil-sambil menggunting, melipat kertas crepe dan memintal reben-reben di awal pagi, drama korea lah yang jadi peneman.
Sekarang ni kurang baca novel, lagi banyak tengok drama korea. Sebabnya sambil tengok tu, tangan boleh bekerja sekali. Multi tasking gitu. So weekend ni I start tengok satu drama baru ni, Falling For Innocence, also known as Fall In Love with Soon Jung.
(Fall in Love with Soon Jung)
Sinopsis Falling For InnocenceKang Min Ho's (Jung Kyoung Ho) father ran a large company, but his death led to his uncle taking over the company. Because of this, Min Ho grows into a cutthroat investor. Min Ho then undergoes a heart transplant surgery and his personality changes. Thanks to his new heart, he begins to have warm feelings and he falls in love with a woman named Soon Jung (Kim So Yeon)sumber : asianwiki
Drama ni kalau I baca sinopsis sekali imbas je, sure punya lah takkan tengok. Not my taste katanya. Tapi suruh jugak En. Barney download kan. Tapi kan, watak Kang Min Ho dalam drama ni memang mengundang betul lah. Rasa macam nak lempang dengan kuali pun ada. But then lepas heart transplant surgery. Sikit demi sikit personalitinya berubah. Seolah-olah mengikut personaliti tuan punya jantung yang sebenarnya, Ma Dong Wook (Jin Goo).
Nak dijadikan cerita. penderma jantung tu adalah tunang Soon Jung yang terbunuh dalam satu kes langgar lari. Kes langgar lari tu ada juga kaitannya dengan pergolakkan yang berlaku dalam syarikat tersebut. Apa perkaitan tu, I malas nak bagi spoiler. Better tengok sendiri je. Hiks
Kim Soon Jung & Lee Joon Hee (Yoon Hyun Min)
I is sangat tak suka kalau tengok drama korea, I lagi suka dengan second hero. Tendency tak nak tengok cerita sampai habis sangat tinggi sebabnya sakit hati sebab heroin tak pilih heron kedua. Sebab tak boleh pakai langsung. Tapi kan second hero dalam drama ni macam jahat je.
Watch Online Falling For Innocence
p/s : Weekend depan cuti panjang. Ke mana? Duduk rumah je lah. Tapi niat ni memang dah fikir nak masuk office. Er, orang tak ada life kan? Hiks.
6 comments
mmg semangat buat div sambil tengok ceta korea sebagai peneman kan
akak masih setia dengan minho ( boys over flower ) :-))
teringat akak masa nak kawin dulu..macam AA..selagi boleh buat sendiri kita buat..lbh jimat dan lbh puas hati kan :-))
kite lak klo tdo lewat sebab main game coc hihi
Kita weekend asyik nak berjalan je. Hahaha
lyn drama korea lagiii =D
Dah sebab tu dia dipanggil second lead hero.. haha.. perasaannya tu sama macam masa Jan-Di tak pilih Ji-hoo tapi pilih Jun-pyo. cerita dah lama tapi sampai sekarang teringat. Eh, sakit hati lah.