02/12/2011

Entry yang padat tapi tak berapa nak ringkas


Ada banyak sangat benda yang nak ditaipkan ni. Tapi disebabkan kekangan masa dan kepadatan jadual kebelakangan ni terpaksa la buat entry yang ringkas dan padat. Takda la ringkas sangat pun.


Baru je minggu lepas Chipmunk dan yang lain-lain bertolak untuk menghadiri majlis perkahwinan Angah di Tangkak dan merayau-rayau di Bandaraya Melaka bersama Cik Maizura. Hari ni Chipmunk dan En. Barney akan bertolak balik ke kampung pulak. Eh, bukan. Sebenarnya, Chipmunk dan En. Barney akan bertolak ke Sungai Petani. Ada urusan rumahtangga sikit. Eh, silap lagi. Untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penari Kelab Tarian Sanggar Citra merangkap salah sorang kakak kesayangan Chipmunk di UKM ni. Dan kebetulan, Chipmunk dan En. Barney diberi kepercayaan untuk jadi pengapit. Ingatkan Kak Zana main-main suruh kitorang jadi pengapit ni, siap gelak-gelak lagi. Sekali betul-betul, masing-masing kelam kabut.



Tadi Chipmunk dan En. Barney pergi The Mines sekejap. En. Barney nak bayar bil broadband beliau. Tapi, last-last Chipmunk pun nak satu jugak. Dan sekarang ni, bersenang-lenang kejap online guna broadband baru. Asyik pinjam En. Barney punya je. Lepas ni  boleh la online kat mana-mana kan? Dan boleh lah blogwalking etc. Kalau bateri laptop ni bukan jenis yang tak-sempat-nak-enter-password-terus-padam tak apa jugak. Dalam kereta pun boleh reply jejak korang lagi.


Dan masa kat The Mines tadi, Chipmunk dah borong tiga kotak contact lens Freshlook Colorblends. Satu kotak RM50, tapi dah offer tiga kotak RM120. Kali ni try colour Gray pulak. Biasanya Chipmunk ambik colour Brown sebab nampak natural sikit, tak ketara sangat pakai lens colour-colour ni. Chipmunk beli lens colour ni pun sebab mata Chipmunk sebelah je yang rabun, yang sebelah lagi normal. Apa optometrist cakap, lazy eyes apa entah. So, kalau beli lens biasa macam pelik je pakai sebelah mata je. Tambah pulak Chipmunk ni jenis yang tak suka pakai cermin mata. Jadi, pakai lens je la caranya kalau nak keluar ke mana-mana. Dan lagi satu perangai Chipmunk ni, Chipmunk agak cerewet bab-bab lens ni. Sepanjang 4 tahun Chipmunk pakai lens ni, Chipmunk pernah pakai iContacts, Freshkon dan Freshlook je. Yang lain-lain tu Chipmunk tak berapa nak percaya sangat especially lens yang boleh pakai sampai setahun or whatsoever tu. Setakat ni yang paling selesa Chipmunk pakai adalah Freshlook. Harga pun okay jugak. Dan nak pakai pun rasa terjamin sebab beli kat kedai optical terus compare tu beli-beli online semua tu. Tu apa yang Chipmunk rasa lah, orang lain mungkin lain pandangannya kan? Tapi siapa-siapa yang nak beli lens atau nak buat cermin mata baru atau nak tukar frame cermin mata etc boleh lah serbu kedai-kedai optical masa ni. Chipmunk tengok diorang ni macam berlumba-lumba pulak buat sale.

p/s: tiba-tiba rasa segan pulak ni

25 comments

12/02/2011 09:49:00 am

Musim cuti sekolah ni mmg banyak udangan kawin
Perkara yang Biasa Dilakukan oleh Perempuan Bila Putus Cinta

12/02/2011 12:38:00 pm

@~Nana BamBam~

xbrani nk tanggung risiko.. sbab takut skrg ok, tp nnti xtau ape jd.. =)

12/02/2011 01:53:00 pm

Cantik kad undangan tu..
Selamat Jadi pengapit ye..^^

12/02/2011 02:44:00 pm

Akk tak pnh jd pengapit sbb akk tkut akn melakukan onar kat ats pelamin.. Oh tidak layak diri ini..

12/02/2011 04:37:00 pm

pkai jugak.. tapi yg colourless..rabun.. hee

12/02/2011 05:43:00 pm

akak selalu gak g mines..umah akak kat puchong je.. kad kawin tue cantik.. bolehla buat idea utk adik akak kawin nanti

12/02/2011 09:01:00 pm

wah bakal jadi pengapit tu, dengan en barney sekali?hihi..meh la singgah umah, umah wnaie pun dekat SP jugak :)

mahalnye contact lens..beli 3 kotak ni tahan bape bulan?

12/02/2011 09:11:00 pm

wah jadi pengapit eh...lepas ni adik sis leh naik pelamin lak kan ..hehehe

12/02/2011 09:54:00 pm

x pernah lg pakai lens :)

Anonymous
12/03/2011 12:57:00 pm

wah,,freshlok buat promosi ke,,nk g bli gak la,,heeee

12/03/2011 04:15:00 pm

zureen pun pakai yang dari korea punya.. sama macam freshkon tu.. lembut je.. tak keras macam geo lens..

12/04/2011 03:43:00 pm

have to be more careful at choosing lens..

12/05/2011 11:13:00 am

kmk pun pnah makey nak freshkon ngan freshlook jak..p kmk mpun xda degree la..k ngegeh jak..bhahaha..
btw,kacak da jak kad jemputan nya ey :D

12/05/2011 02:13:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

hehe.. cantik kan?
dah selamat dah pun ni sis..

12/05/2011 02:13:00 pm

@Liyana Zahim

ni pun 1st time.. terfikir jugak cmtu.. hehe

12/05/2011 02:14:00 pm

@ieyza afieyna

xleh pkai yg colourless.. nnti pkai sebelah je.. xselesa pkai sebelah je.. huhu

12/05/2011 02:17:00 pm

@Wanie

la, x gtau awal2.. hehe.. ni dah balik Bangi dah..

kalau power same, 9 bulan jugak la.. kalau x same tu lain cite plak..

12/05/2011 02:18:00 pm

@puteri kasih

lmbt lg sis.. hehe

12/05/2011 02:51:00 pm

@Miss Purple Ungu

pkai lens pun sbab rabun.. hehe

12/05/2011 02:52:00 pm

@iszieylyanziy

ntah la.. yela kot.. hehe

12/05/2011 02:52:00 pm

@zureen

yeke? xbrani la try yg korea2 punye ni.. huhu

12/05/2011 02:53:00 pm

@Rtp Farra Arisha

yup.. that's right.. takut nanti ada side effect kat mata..

12/05/2011 02:54:00 pm

@Syahirah Suhaili

kmk pun sebelah jak ada degree.. haha..
kacak nak? mcm mok polah kedak ya juak la.. hehe

12/06/2011 01:13:00 am

@abah khalisha

taw xpe.. :)

12/06/2011 11:19:00 am

@BABY(MAMA AMANA

xde la selalu sgt pun g mines.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...