24/04/2011

Chipmunk berangan nak jadi BIDADARI

Berangan nak jadi bidadari pulak ye? Ko ingat muka ko cantik sangat ke sampai ada hati nak jadi bidadari ni? Haha! Actually, bukan berangan nak jadi bidadari tapi berangan nak beli novel Sutera Bidadari karya terbaru penulis thriller no. 1 kat Malaysia ni, saudara Ramlee Awang Murshid.

Menurut sumber Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), pelancaran Sutera Bidadari akan berlangsung pada 30 April 2011 bermula pukul 12 tengahari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC ( tak dapat nak link FB RAMFC sebab dah deactivate FB, cari je dengan nama yang telah di-bold-kan diatas). Saudara RAM akan berada disana pada 30hb April dan 1 Mei. Nak minta autograph atau nak ambik gambar silalah datang pada tarikh-tarikh tersebut ye. Tapi Sutera Bidadari ni HANYA akan dijual di Pesta Buku ni, after 1hb Mei barulah Sutera Bidadari memasuki pasaran.








yang kat atas tu adalah cover untuk Sutera Bidadari dan video kat bawah tu adalah video promo Sutera Bidadari dari sudut gambaran visual penulis. Cover dan video ni chipmunk ambik dari blog peminat-peminat RAM, (RAMFC). Kalau nak tau lebih lanjut mengenai RAMFC ni, bolehla melawat ke www.kelabram.com.


Chipmunk nanti of course la akan bawa personal driver En. Barney pergi launching Sutera Bidadari kan. Ada semua koleksi novel-novel RAM tak kan nak terlepas satu kot. Boleh la nanti hantar mms kat mak lagi macam hari tu cakap "Mak, kakak ambik gambar dgn RAM. Jangan jealous".  Motif utama, memang saja nak bagi mak jealous. Diulang sekali lagi, MOTIF UTAMA. (Bertuah punya anak).


masa launching Rayyan Fantasi, di Alamanda Putrajaya disember lepas

 p/s : Sutera Bidadari adalah kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, dan Cinta Sufi.

22 comments

4/24/2011 12:04:00 pm

minat btl aisya ngan chipmunk yer..hehehe :)

4/24/2011 12:13:00 pm

xde la minat sgt.. hehe..
org suke panggil sy chipmunk since matrik lg.. xtau la nape.. huhu

4/24/2011 12:44:00 pm

wahh, peminat RAM ea? i pun suka bace novel dye. yg trilogi bagaikan puteri tu. huuu

4/24/2011 01:06:00 pm

sweet stalker :

yup.. novel baru ni sambung utk trilogi bagaikan puteri.. eh, tetralogi.. =)

4/24/2011 03:32:00 pm

dah lme xbace novel..:(

4/24/2011 03:55:00 pm

cik dila :

same la.. tu yang x sabar nk g pesta buku ni.. =)

4/24/2011 04:23:00 pm

nak jadi chipmunk
=p

4/24/2011 05:06:00 pm

wah....

4/24/2011 05:23:00 pm

nelly :

nape nak jadi chipmunk lak? hehe


Nur Ardilla Najwa :

hehe.. =)

4/24/2011 05:30:00 pm

wahh! comel (: hee. free2 singgah laa blog Eien kay (:

4/24/2011 05:42:00 pm

Eien Mohmad :

=)

4/24/2011 11:14:00 pm

wah..besnyer dpt jmpe RAM..nyesal x join pesta buku ari 2..huu~
a samad said ade x ecah?

4/24/2011 11:58:00 pm

miezah :

pesta buku sampai 1mei ni.. yg gambar tu bulan disember lepas.. nnti 30hb nk g pesta buku tu la.. hehe

4/25/2011 12:48:00 am

His launches a new book?? I dont wanna missed it! Anyway, Hi Aisya :)

4/25/2011 01:51:00 am

dah lama xlayan cnovel sjak bebelog nii..huuhhuuh

4/25/2011 02:43:00 am

Aishah Rahman :

Hi Aishah! =)

Jom serbu PWTC 30hb ni untuk launching Sutera Bidadari..




amny :

same la, sekarang ni beli novel RAM je.. huhu

4/25/2011 03:53:00 am

ishh minat tol novel...g la amik autograhf tu lg....

4/25/2011 04:08:00 am

Kak Nora :

mmg nk g minta lg.. hehe..
tp kali ni xleh nk tunjuk kat akak mcm hari tu dh la..

4/29/2011 11:16:00 am

wah, baru jek baca bagaikan puteri. :D

best la RAM tu~ siyes, thiller dia memang thrill.

tak terjangkau dek akal. xD

4/29/2011 06:06:00 pm

@najwa's

kan? sebab tu la suke novel2 RAM.. =)

3/13/2012 07:50:00 am

semua novel RAM best2! XD x sabar tunggu novel penutup kompilasi Bagaikan Puteri.. nk tau betul ke Ratna hidup lagi? XD

3/14/2012 01:44:00 am

@Haruno Hana 하나

tu la.. dah ade sume novel die.. tnggal nk cari igauan maut lg.. susah sgt nk jumpa.. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...