25/04/2011

Sakit Jiwa, Sakit Minda dan Saya PENAT!


warning : entry ini adalah entry merepek. Nak baca, baca tapi kalau taknak, terima kasih.


Peribahasa orang melayu yang sekarang rasanya patut diubahsuai, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Betul. Kalau diikutkan, ye memang la rambut kita ni sama hitam. Tapi, ada ke siapa-siapa yang tau apa yang ada dalam hati orang lain? Tak kan? Even kenal berapa lama atau betapa rapat pun dengan seseorang tu, tak semestinya kita tau apa yang tersirat dalam hati orang tu kan? Ini kan pulak, orang yang hanya bertindak sebagai pemantau atau pemerhati jarak jauh. Tapi biasa lah, manusia. Jump to their own conclusion adalah lebih tepat. 

Bila tengok orang tu gelak-gelak dan senyum-senyum terus fikir, orang tu mesti tengah happy-happy kan? macam mana korang tau? Baca hati dan minda orang tu? Ok, hebat. Tapi macam mana kalau orang tu seorang pelakon di pentas realiti? Conclusion orang tu sedang bahagia adakah masih boleh diterima pakai? Boleh? 

Macam mana pulak dengan orang yang trust no one but herself? Paham tak? Ok, maksudnya dia bukan jenis yang bercerita tentang apa yang dia rasa dan apa yang berlaku tapi just simpan untuk diri sendiri. Actually kan, orang macam ni sangat perlukan orang yang sentiasa ada tak kira masa dia susah, senang, happy, sedih dan semua sekali. Bukan orang yang hanya ada pada masa-masa tertentu je.

Dan kadang-kadang, seseorang tu ada sebab-sebab tertentu. Kenapa orang tu macam tu, dan kenapa orang tu macam ni. Ada sebabnya tersendiri.
 
Peringatan untuk diri sendiri : Jangan suka kondemkan orang lain, jangan suka kutuk orang lain dan jangan suka kritik orang lain. Sebab diri sendiri taklah sempurna mana pun.



Perlu pulang ke rumah. Perlukan family. Mak, kakak rindu!

7 comments

4/25/2011 03:50:00 am

rindu family cuti nt balikla...xyah nak stay2 cni..eh praktikal kan...katne?

4/25/2011 03:52:00 am

Kak Nora :

kat area2 sini je.. huhu.. dr dulu lg nak balik kan.. mmg homesick giler ni.. T_T

4/25/2011 07:48:00 am

manusia kat dunia ni ade bermacam ragam.. huuu

4/25/2011 09:11:00 am

memang tak patut kondem orang ..
semua ada kelebihan sendri ..

4/25/2011 10:07:00 am

sweet stalker :

tau xpe..



nelly :

betul, biar la orang tu dgn cara die sendiri.

4/25/2011 05:39:00 pm

huhu..kadang2 kena nilai diri dulu sebb nak kondem orang lain..hehe

4/25/2011 06:01:00 pm

azrinrahim :

huhu.. taw xpe.. da masing2 ingt diri die perfect! tu yg ssah..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...