13/05/2014

Review The Amazing Spider-Man 2 : Rise of Electro

Hari ahad yang lepas, aku dan chipmunk pergi KL Festival City hanya kerana nak tengok cerita ini. Yela, kat sana memang tak perlu nak bersesak-sesak beli tiket. Pawagam dia pun best. Kali ini, aku akan review sikit pasal cerita ini.




The Amazing Spider-Man 2 ini mengisahkan tentang perhubungan antara Peter Parker (Andrew Garfield) dan Gwen Stacy (Emma Stone) menjadi semakin rumit disebabkan kisah lampau. Kawan sekerja Gwen, Max Dillon a.k.a Electro (Jamie Foxx) yang bekerja di syarikat Oscorp menjadi fanatik terhadap Spider-Man ini apabila dia diselamatkan oleh Spider-Man dalam satu kejadian dan sesuatu telah terjadi kepadanya ketika bekerja di syarikat tersebut meyebabkan satu insiden yang tidak diingini berlaku.

Harry Osbon (Dane DeHaan) kenalan lama Peter muncul setelah kematian bapanya yang merupakan CEO Oscorp. Penyakit keturunan keluarga Harry telah menyebabkan Harry bertindak diluar jangkaan. Apa yang berlaku pada Harry dan Max Dillon? Bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk membunuh Spider-Man ini? Nak tahu, kena lah tengok cerita ini.



Bagi aku cerita ini memang terlampau padat dan seronok untuk ditengok. Cerita ini juga memang berkaitan dengan Electro sahaja dan watak Harry Osbon itu tenggelam dan hanya nampak sebagai watak sampingan saja. Aksi pertarungan memang menarik. Aku jangkakan lepas Spider-Man ini lawan dengan Electro, Harry / Green Goblin akan lawan dengan Spider-Man secara berterus tanpa henti tetapi diorang punya bahagian hanya sedikit sahaja. Meleset sangkaan ku ini! Ada juga bahagian cerita ini yang tak terjangka. Contohnya ada sesuatu yang terjadi pada Gwen. Ha, yang tu kena tengok sendiri apa yang berlaku. Kalau Spider-Man 2 ini ada dua bahagian mungkin jalan cerita dapat dikembangkan lagi dan juga lagi menarik. Rating cerita ini bagi aku 7/10.




Sumber : IMDb dan Google

24 comments

5/13/2014 10:20:00 am

hero kali ni cam bebudak jekkk ehehe.

5/13/2014 12:19:00 pm

wahhh best kot aisya..yg 1 pn best nk tgklah!!

5/13/2014 02:31:00 pm

alaa kakak df kata bosan. tapi nak jugak tgk huhuhu =.= cita rasa org lain lain :D

5/13/2014 03:15:00 pm

teringin nak tengok..T_T

owh..kak aisyah share blog dengan en.barney rupanya..hehehe..

5/13/2014 05:29:00 pm

Spiderman nie tak sempat lagi nak tengok..ini semua sebab panggung wayang asyik full jer..hehehe

Regards,
-Strider-

5/13/2014 05:57:00 pm

tengok dahhh..
bleh thn la...besh..crite bebudak kannn.
lynn jek =D

5/13/2014 06:11:00 pm

dalam perancangan utk tgk...

5/13/2014 08:10:00 pm

Kmk dah tgk, terbaikkkkkk! ;D

5/13/2014 11:22:00 pm

ramai yang cakap best..tapi tak rasa nak tengok pula..hehe :)

5/14/2014 03:50:00 pm

kmk berik 4 bintang jak cerita tok sbb heroinnya mati..spoil da jak..mun spiderman 3 lak mestinya ada gerek lain gk...hais..

5/14/2014 08:26:00 pm

tengok online jela... hihihi..

5/14/2014 10:12:00 pm

@NARDtheNERD
mcm je tapi lahir tahun 83. haha

5/14/2014 10:12:00 pm

@Shida Radzuan
mmg best la :D

5/14/2014 10:13:00 pm

@Detective Fiqa
kalau tak minat jenis yg mcm ni bosan lah kot. hehe

5/14/2014 10:13:00 pm

@husna zahidi
g la tgk husna. hehe

ahah. bila malas nk update blog suruh dia je yg update. hehe

5/14/2014 10:14:00 pm

@Azlan Strider
sebab tu la g tengok kat KLFC.. tak full pun. hehe

5/14/2014 10:14:00 pm

@Cik Yaya
hmm, nk kata cerita bebudak tak jugak.. kalau dinilai secara lebih mendalam lg. :)

5/14/2014 10:15:00 pm

@aswadz
sila lah pergi tengok. hehe

5/14/2014 10:15:00 pm

@Sally Yatiey
kan. full of action gitu. haha

5/14/2014 10:15:00 pm

@puteri kasih
knpe plak sis. :D

5/14/2014 10:16:00 pm

@Niesa
kmk suka pelakon perempuan ya sebenarnya. nk spoil lah nya mati. sobs

5/14/2014 10:16:00 pm

@Nurul Farahizzati Zakaria
haha. kan. tak pun download sudeh. hehe

5/14/2014 11:33:00 pm

cerita ni agak predictable dan byk sgt kebetulan haha tp action scenes dia best la

sedih gila apa jd kat gwen :( kenapa la director movie ni nak follow sgt comic spiderman tu

5/17/2014 10:57:00 pm

@Atiqah Abd Rahim
especially part max dillon jatuh dalam belut. haha!

yup, action dia mmg boleh tahan juga lah. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...