19/05/2014

Oyster : John Biguenet

Sebenarnya dah lama dah habis baca novel yang ini. Even #NowReading pun sudah bertukar ke novel lain, sebab novel INI pun dah selesai dibaca. Cuma tak sempat lagi nak buat entri. Tunggu mood datanglah katakan. Memanjang je tunggu mood datang padahal malas sebenarnya. Ah, propa je lebih. 


Oyster 
John Biguenet

Sinopsis Oyster

It's the mid 1950-s and the Petitjeans and the Bruneaus have farmed oyster in Louisiana for hundreds of years. Bitter rivals, the two families struggle to survive, their boats mortgaged to the next harvest, their grievances passed down to their children. Now the oyster beds are threatened - and with them both families' livelihoods. The solution is a marriage between the headstrong young Therese Petitjean and Horse, the brutal patriarch of the Bruneau clan. But then a body is trawled in with the shrimp, and so begins a cycle of revenge that can only end one way...
Basically cerita ini berkisarkan rahsia dan juga dendam. Keluarga Petitjean dan juga Bruneau yang merupakan penternak tiram yang disegani namun saling bermusuhan sesama mereka. Semuanya mulai terbongkar sedikit demi sedikit apabila mayat seseorang dijumpai. Siapa yang dibunuh dan siapa yang membunuh. Akan tetapi hanya satu pembunuhan tidak mencukupi untuk meleraikan semua kekusutan yang melanda khususnya buat Keluarga Petitjean dan juga Keluarga Bruneau. Siapa lagi mangsa seterusnya dan apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan semua ini?

Bagi I cerita ni best, disebabkan masa untuk membaca hanyalah pada waktu pagi rasa macam taknak berhenti selak helaian seterusnya pun ada. Sebelum memulakan kerja, membaca novel satu dua chapter adalah perlu untuk bekalan sepanjang hari sebelum pening melayan karenah manusia yang kalau boleh satu tambah satu pun jawapannya perlu disuap. By the way, I beli novel ni masa Big Bad Wolf tempoh hari. Sangat berbaloi harga RM6 sebab novel Oyster ni best! 

Rahsia itu tersimpan kemas dalam peti harta karun pun suatu hari nanti akan terbongkar juga. Dan rahsia juga selalunya memburukkan lagi keadaan. Lebih baik berterus terang sebelum semuanya terlambat. Dendam pula tidak membawa apa-apa pulangan yang positif pun buat diri. Memaafkan, sesungguhnya itu lebih menenangkan. Betul tak?

p/s : #NowReading sekarang pun best jugak. Agak-agak novel apa eh? Hiks.

22 comments

5/19/2014 10:35:00 am

dulu mmg hantu novel2 mcm ni..
skang ni nk kembalikan mood membaca kene ada mood dulu.. sbb now mcm bz je.. tp kalau nmpak org jual buku mesti nk beli..

5/19/2014 10:42:00 am

Kita punya buku pun menimbun minta dibaca. Borong dekat BBW macam takde lagi book fest pastu. Hahahaha. :P

5/19/2014 11:01:00 am

akak tengah mencari novel baru sekarang...

5/19/2014 11:12:00 am

Bettuuull :)

5/19/2014 11:52:00 am

This kind of book rarely interests me, what with the mystery and all :D but berbaloi2 kalau harga just rm6 je :)

5/19/2014 03:41:00 pm

fuhhh..macam menarik jer cerita ini..mesti banyak elemen2 kejutan dalam cerita ini...hehehe

Regards,
-Strider-

5/19/2014 06:08:00 pm

mcm best . akak hebat lah baca buku mcm ni hahaha :D. df tak brp sgt.

I wish we have big bad wolf here..

never heard of this book before. thanks for sharing.

5/19/2014 06:34:00 pm

mula2 baca tajuk, oyster? tapi bila plot citer bunuh2 ni, mcm best la pulak.. hehe..

5/19/2014 08:33:00 pm

Best? hee. Kalau kmk nang sik habis mun baca buku english.. ^_^

5/19/2014 10:54:00 pm

@ain diyana
sebab tu lah malas nak stop membaca. nanti susah nak dpatkan mood tu balik. huhu

5/19/2014 10:55:00 pm

@Nuriesya Nadia
sama lah! tu belum lagi yg lain. baru BBW saje nk berlambak. ish ish ish. hahah

5/19/2014 10:56:00 pm

@Farah Waheda Wahid
kak farah ni. time pesta buku semua tak carik? hehe

5/19/2014 10:56:00 pm

@maryam ishmatullah
:)

5/19/2014 10:56:00 pm

@miss fifi
well sy suka genre yg begini. love story whatsoever tu kureng sikit lah. :D

5/19/2014 10:57:00 pm

@Azlan Strider
tak jugak. novel ni tak suspens pun. cuma excited nak tau penerimaan watak lain dgn semua rahsia yang terbongkar.

5/19/2014 10:57:00 pm

@Detective Fiqa
takde makna nya hebat df. dulu merangkak jugak. haha

5/19/2014 10:58:00 pm

@nuranne (formerly simplyseoul)
nanti datang lah KL time BBW. berbaloi-baloi!

first time tahu pasal author ni dari BBW lah, sebab dah beli novel oyster ni. hehe

5/19/2014 10:59:00 pm

@Nurul Farahizzati Zakaria
kannn. sama lah mcm sy mula2 capai novel ni dulu. Oyster? heh, cm tak best je. haha!

5/19/2014 10:59:00 pm

@Sally Yatiey
kmk mula2 gya juak tp sikit sikit pas ya cm baca novel bm juak. :D

5/19/2014 11:09:00 pm

novel omputih..husna takde lg novel omputih..yg ada pon karya RAM je..>.<

5/26/2014 10:38:00 pm

cntik plak tgok kulit muka depan dia..same wrne blog ni dah.. ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...