23/05/2014

Salam Jumaat : Kisah Isteri Imran

Hannah binti Faquz ialah seorang wanita yang sangat tua. Dia merindukan lahirnya seorang anak yang selama ini belum datang dalam kehidupan rumah tangganya. Suaminya bernama Imran bin Matan, salah seorang pendeta Bani Israil. Mereka berdua sentiasa berdoa dan bersabar menunggu datangnya kurniaan Allah SWT. 

Dia ingin sekali mempunyai anak lelaki yang akan diserahkannya ke Baitul Maqdis supaya sentiasa beribadah dan menguruskan tempat suci itu. Dia pun berdoa, "Ya Allah, apabila aku dikurniakan anak lelaki, aku akan menyerahkannya kepada (tempat ibadah) Baitul Maqdis untuk berkhidmat. Terimalah nazarku ini, Ya Allah."

Akhirnya, Hannah berasakan bahawa dirinya mengandung dan memberitahu suaminya tentang kandungan dan nazarnya. Ketika umur kandungannya sudah tua, Imran wafat. Betapa sedihnya hati Hannah, namun dia sentiasa dihiburkan oleh adiknya Lisya dan Zakaria bin Bardia, suami Lisya. 

Hannah kemudiannya melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan sebagai Mariam. Dia berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. 

Hannah membawa Mariam yang masih bayi ke rumah ibadah seperti yang dinazarkannya. Para pendeta berkumpul berebut hendak menjaga Mariam kerana tahu bayi itu anak Imran, seorang yang terkenal soleh. Undian dilakukan dan masing-masing melemparkan pen yang biasa digunakan untuk menulis Taurat ke Sungai Ardun. Kesemua pen itu tenggelam kecuali pen milik Zakaria. Maka Zakaria berhak memelihara Mariam. Ketika Mariam beranjak dewasa, Zakaria membuat bilik khas tempat ibadah Mariam sesuai dengan nazar ibunya. 

Mariam merupakan seorang wanita solehah dan tekun beribadah kepada Allah SWT. Pada siangnya dia berpuasa, solat, bertasbih dan berzikir. Kunci biliknya dipegang oleh Zakaria dan dialah yang menghantar makanan serta minuman. 

Pada suatu hari, Zakaria melihat di sisi Mariam terdapat buah-buahan yang tidak pada musimnya. Zakaria pun bertanya, "Hai Mariam, dari mana engkau mendapatkan makanan ini?" Mariam menjawab, "Makanan ini dari sisi Allah SWT."

Sumber : Google

sumber : ar-Raudhah, Karya Bestari.



9 comments

5/23/2014 08:39:00 am

salam jumaat dear :)

5/23/2014 03:43:00 pm

subahanallah..hebatnya mariam..

5/24/2014 11:44:00 am

Sungguh hebat Mariam.....Allah segalanya....

5/24/2014 03:27:00 pm

menarik kisah ini..ini baru 1st time saya dengar pasal cerita ini...

Regards,
-Strider-

Anonymous
5/24/2014 09:51:00 pm

ya ALLAH, andai sahaja aku mampu jadi seperti beliau :')

5/25/2014 12:41:00 am

begitu hebatnya mariam kan

5/25/2014 09:22:00 pm

subhanallah <3
thanks kak aisya share ni.
nak jadi mcm maryam jugak :(

5/25/2014 09:24:00 pm

senyum tak perlu kata apa apa~

5/26/2014 10:28:00 pm

segala yg org fikir mustahil, bukanlah mustahil jika ada keyakinan yang tinggi pada ALLAH SWT..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...