13/03/2015

Share Your Knowledge!

Blank. Lately banyak nya lah entri luahan perasaan. Ini semua Si Merah punya pasal! Petang-petang pandang luar cermin kaca level 4 sambil mulut becok bercakap, "Alamak macam nak hujan je. Macam mana nak balik. Tengok luar macam mendung." Bla bla bla. Asal cuaca mendung di petang hari, kepala dah pening. Kenapa keadaan begitu merisaukan? Siapa yang pernah hadap aircond kereta keluar haba panas je time hujan lebat dan keadaan luar kereta yang sejuk faham lah. 

Tengok, I nak cakap pasal benda lain dah mula balik sesi luahan perasaan kepeningan dengan kondisi Si Merah. Haish melencong lagi dari apa yang nak diceritakan. 

Knowledge. Kalau dalam BM, translation nya adalah Ilmu. Dari I kecil sampai lah umur lebih dua dekad ni, kesedaran betapa pentingnya ilmu dah berakar umbi dalam diri. Mana tak nya, dilahirkan dalam keluarga pendidik dari mak dan bapa sampai lah makcik pakcik baik sebelah mak atau pun bapa. Semuanya bergelar Cikgu. Cuma I je yang tak mampu jadi Cikgu. Kesabaran senipis sehelai kertas, mahunya lebam anak orang I kerjakan. 

I masih ingat lagi majalah sekolah zaman-zaman I  masih lagi budak hingusan. Gigi pun baru tumbuh dua dan tiga. Bapa I kan cikgu, masih tersimpan lagi majalah sekolah awal tahun 90-an. Biodata Guru sekali dengan Motto. Dan I masih ingat lagi apa yang bapa I tulis, Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Rasional negara China? I pun tak pernah pulak tanya. 


Tapi kan, tak dinafikan ada segelintir yang merasakan berkongsi ilmu dengan yang lain macam terlalu sukar je. Seolah-olah boleh membawa kepada kerugian harta benda dan wang ringgit. Sebagai contoh, soalan 1 + 1 apa jawapannya? Kalau dia jawab 2, maka hilang lah not kertas warna ungu sehelai. Rephrase, contoh ye. 

Di sekolah, di universiti atau tempat kerja. Mesti ada golongan yang begini. Kita bertanya bermaksud kita tak tahu. Mungkin juga untuk memastikan tentang sesuatu perkara supaya kesilapan dan kesalahan boleh dielakkan. Paling penting, untuk kebaikan bersama. Tak ada ruginya di situ. Cuma trait Haji Bakhil terlalu dominan agaknya. 


Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. Tapi kalau kita sudah bertanya, yang menjawab pulak acuh tak acuh macam mana? Tak malu berdayung dan ada perahu tapi dayungnya pulak tak ada jadi macam mana nak berdayung? Konklusinya hanyut jugak kah?

p/s : Note to self. Kedekut ilmu tak ke mana. Silap-silap nanti, yang bertanya berada di hadapan. Yang enggan menjawab tertinggal jauh di belakang. 

6 comments

3/13/2015 10:04:00 am

Salam jumaat. Hee muhasabah untuk diri saya juga.

3/13/2015 10:43:00 am

ilmu kan elok dikongsi bersama...takde la bodoh sorang-sorang..eh..pandai sorang-sorang..hahahaha :P

3/13/2015 10:53:00 am

betul AA...sesetengah tu kedekut ilmu..contohnya pnjual kueh tepi jalan..bila tanya resepi kueh..dicakapnya rahsia perniagaan..kueh lapis je kot..huh

3/14/2015 12:02:00 am

yes yes <3
thanks kak aisya ehe qila banyak lg ni ilmu nk dikejar T_T
harap yg dikendong tak tercicir hehe thankuuuu!

3/14/2015 10:48:00 pm

btul..selalu kate cmtu kat dri sdri..malu bertnya sesat jalan...kalau xtnye mmg sesat la jalan tu/.heeee

3/17/2015 12:10:00 am

walaupun org tu x nak menjawab, yg bertanya boleh tanya pd org laen. in the end, yg bertanya masih boleh mendayung ke hadapan. yg x menjawab td masih ketinggalan di belakang.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...