07/03/2015

Mari Ber-DIY Part II

Disebabkan entri hari tu entri Wordless Wednesday, so I is tak puas hati sebab tak boleh nak bebel panjang-panjang. So nak memuaskan hati, kita buat lah Part II pulak. Dah berbulan-bulan, kerja-kerja DIY ni tak pernah stop. Dulu sesi ber-DIY untuk majlis tunang sendiri. Kemudian adik En. Barney minta tolong I untuk majlis tunang dia pulak. Bila dah settle yang itu, boleh start misi DIY untuk majlis sendiri pulak. 

Bahan-bahan yang diperlukan

Apa yang Iolls nak buat ni sebenarnya? Oh itu semua bahan-bahan untuk buat bunga telur. Tapi baru bunganya sahaja. Disebabkan lidi, selotape bunga dan juga net untuk bunga telur tak beli lagi. Kita buat bunga dulu. 

Bagi menjawab statement di entri yang lepas. Kuning purple tu bukan lah tema yang I pilih untuk majlis nanti. Tapi disebabkan kertas crepe lebihan masa tunang hari tu banyak lagi so I habiskan lah yang itu. Nak beli ikut warna tema rasa membazir pulak bila kertas kuning purple ni banyak lagi tak terusik. 


Ini adalah bunga crepe. Macam biasa bunga experimental. Ini pun manik lebihan jahit border lace baju tunang tempoh hari. Semua barang recycle tunang hari tu sebab I is tak nak membazir. Guna dulu apa yang ada, nanti dah habis baru lah beli yang lain. 

Dapat idea untuk buat bunga telur begini dari officemate. Dulu masa kenduri dia pun buat bunga telur begini. Pagi-pagi sebelum pukul 8.30 pagi, bersifu dulu dengan Kakak HR. Tutorial nak buat bunga telur, DIY untuk majlis sendiri nanti. 

Oh nanti bila dah siap satu, I tunjuk kat uolls ye. Boleh sampaikan ilmu DIY bunga telur yang I belajar kat uolls pulak. 


Ha, ini bukan untuk majlis Iolls. Tapi adik En. Barney. semua dah settle cuma tinggal nak buka kelopak bunga lagi. Tapi itu tunggu lah. Tunggu adik settle beli barang apa semua, baru lah buat sesi gotong royong buka kelopak bunga tu. Dengan En. Barney sekali I heret nanti gotong royong tolong Iolls. 

p/s :Ini kalau adik En. Barney tahu confirm dia suruh bakal kakak ipar dia buat jugak. Confirm. 

8 comments

3/07/2015 09:29:00 am

alahai..cantiknye

3/07/2015 10:26:00 am

bestnya DIY..kelak boleh aja kmk ne tauk time kmk lak kmk mok polah dikpun juak..hahaha

3/07/2015 01:24:00 pm

Rajinnya la ber div2 bagai ni..

3/07/2015 04:17:00 pm

woww... rajin dan kreatif. hehehe...

3/07/2015 05:38:00 pm

comelnya.. rajin la kak aisya ni..

3/07/2015 10:29:00 pm

rajinnya men-diy..

ohh bkn tema kuning purple.. ok.. bagus tu tak membazir..

3/07/2015 11:10:00 pm

rajinnya buat sendiri :) tp lg best daripada kita beli siap kan? puas hati :)

3/08/2015 09:55:00 pm

bukan takat bakal adik ipar je nak suh bkal kakak iparnyer ni buatkan,yaya pon lau boleh nk minta cik aisya buatkan..haahahah
bolehhh??? ^o^

xdela..gurau jek

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...