01/03/2015

Cara Menghilangkan Kesan Road Tax Pada Cermin Kereta

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada entri (Menghilangkan Kesan Road Tax pada Cermin Kereta). Yela, kat cermin kereta Iolls tu dah sampai tiga road tax campur yang valid lagi. Yang lagi dua, road tax lama yang dah tamat tempoh. Menyakitkan mata Iolls tengok pemandangkan kat depan je. Tak ada lah pemandangan sangat pun sebab kereta tu bergerak untuk pergi dan balik kerja je. Nak pergi mana-mana, nanti En. Barney ambik naik Merah Junior dia. 

Before / Sebelum

Dalam entri INI, Iolls ada tanya kot-kot lah rakan-rakan blogger yang lain ada tips untuk menghilangkan kesan di atas ni. Tapi rata-rata yang tinggalkan komen, tak tahu macam mana and nak tahu macam mana cara nak hilangkan kesan degil ni. Sebelum ni weolls guna thinner and then kikis dan hasilnya;


So last-last I tanya Pakcik Google. Dari awal bulan february, lewat bulan february baru berkesempatan untuk try tips yang I jumpa. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. WD 40 - Boleh cari je kat pasaraya seperti Giant, Tesco dan yang sewaktu dengannya. 
  2. Kad lama yang tak diperlukan - Contohnya di sini, En. Barney guna kad siswa yang dah tamat tempoh.
  3. Kain buruk

Cara-caranya macam ni. Spray dengan WD 40 and then ratakan pada kesan degil yang nak ditanggalkan. Kikis dengan menggunakan kad lama. Rational kita guna kad terpakai di sini adalah untuk mengelakkan scratch pada cermin. Kesan biru tu akan tanggal dan meninggalkan sedikit kesan gam. Gam tu boleh bersihkan dengan kain buruk. Spray WD 40 pada kain dan gosok permukaan cermin yang ada kesan gam tersebut.

After / Selepas

Finally kesan degil pun hilang! And then En. Barney pesan kat I, next time ingatkan dia bila nak tampal road tax. Lekat dulu tinted bersaiz road tax di cermin kereta dulu baru boleh tampal road tax baru di atas lapik tersebut. Lepas tampal road tax, baru boleh tampal satu lagi pelapik road tax pulak. So means ada pelapik di hadapan dan belakang road tax. Pelapik di hadapan gunanya untuk mengelakkan kesan tersebut melekat dan sukar di tanggalkan. Pelapik di belakang pula, untuk mengelakkan road tax dari tertanggal. Oh ini berdasarkan pengalaman Iolls, mula-mula dulu tak letak pelapik pun di belakang road tax. Ikut sedap lekat gitu aje. Dan kesannya, disebabkan panas road tax merekah dan tertanggal dengan sendirinya. 

So lepas ni dah tahu dah macam mana nak 'bunuh' kesan degil yang mencacatkan cermin kereta ni. Kalau uolls pun ada kesan yang begini, boleh lah pergi pasaraya berhampiran cari WD 40 then kikis dengan kad. Cuma sakit tangan sikit lah. En. Barney semalam pun dalam sejam juga dia buang dua bekas road tax lama tu. Thank you buah hati. 

p/s : Cuaca panas, tinted lama yang dah berkurun. Itu pasal kesan degil melekat. Nak pasang tinted baru, kaching-kaching pulak ha. 

14 comments

3/01/2015 12:43:00 pm

weee..finally dpt jgk tips ni..sgt berguna..macam2 dah try tp x bersih mcm tu..hehe..good tips. :)

3/01/2015 01:07:00 pm

good sharing...:)

3/01/2015 03:35:00 pm

Salam, hahaha sy xde kereta, so xtau menahu pasal ni...tp rasenye benda yg spray2 tu mcm ade kat rumah, maybe abah sy pun guna tu agaknye..hahah..nice sharing :D

3/01/2015 04:17:00 pm

as'salam..
wahh WD 40 tu pon leh ilangkan kesan bekas lekat road tax yg degil tu ye..hehe ok2..next time bleh guna..me ksh cik aisya share! ^,^

3/01/2015 05:31:00 pm

pakcik google gak yg dpt bagi jwpn . mmg mcm2 ada kat google kan . klik je senang ...

3/01/2015 09:01:00 pm

Salam. Hee saya pun guna pelapik roadtax senang nk tanggal. tp merekahla juga, xper tahan setahun sajeww ;)

3/01/2015 09:59:00 pm

ada WD40 kat rumah. tp x pernah try pulak utk kikis kesan roadtax lama. skang ni memang dah pakai pelapik tu gak.

3/01/2015 10:18:00 pm

Bolehlah cuba tips ini, lepas ni :)

3/02/2015 03:25:00 pm

tq atas perkongsian yang sangat berguna..thumbs up

3/03/2015 01:00:00 pm

baru tau, sbb Cikna pun guna pelekat yg insurans tu bg so xde la melekat sngt kat cermin

3/05/2015 10:22:00 pm

Nice sharing,dear..IbuNoey ari tu pun AyahMal yg buangkan.entah macam mana la dia buat.yang pasal pelapik belakang tu pulak,IbuNoey punya roadtax pun merekah sebab cuaca panas.nasib baik sempat lagi tampal pelapik belakang tu sebelum hancur lebur.hehe.

11/03/2015 09:51:00 pm

info yg menarik ....

cara yg kedua ialah menggunakan petrol, basahkan kain dgn petrol dan tonyoh...

juga berkesan utk kesan tinted ...

saya dah buat cara ni ... :)

12/13/2015 11:12:00 am

Suami saya guna apa yg ada dlm keta je. Dia ambil pewangi glade kat aircond tu. Sapu2 pewangi tu kat gam. Kikis guna lesen memandu lama yg tak pakai tu. Yg jenis laminate. Pewangi tu pun ada sifat meluntur. Caur gam tu lap dgn kain. Voila 😊

Anonymous
1/12/2016 09:42:00 am

Macamana nak dapat windshield stiker hak kosong punya, tempat saya jual sekeping harganya RM10 terlampau mahal sangat.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...