16/03/2015

[English Novel] Pretend You Don't See Her - Mary Higgins Clarks

Setelah langsai target 8 buah novel dalam masa 3 bulan, I buat target baru. Tambah lagi 2 novel sehingga penghujung March. Dan setakat ni, dalam tahun ni dah baca 9 buah novel. Satu pencapaian yang memberansangkan. Tepuk tangan untuk diri sendiri. 

Novel yang I baca kali ini adalah karya Mary Higgins Clark. Seorang penulis yang berjaya menambat hati Iolls since Big Bad Wolf penghujung 2014 melalui karya The Cradle Will Fall


Mary Higgins Clark
Pretend You Don't See Her

Sinopsis Pretend You Don't See Her

Lacey Farrell is a witness to a horrific murder, and to the last words of the dying victim, Isabelle. 

Now, she's under witness protection - with a new life, new name and the beginnings of a new romance with talk show host Tom Lynch. He doesn't knos who she really is... but someone does.

Someone who's hunted her down. Someone who knows what she saw and what she learned from Isabelle. When Lacey realises the danger she is in, She knows that only she can stop a relentless killer from claiming another life : hers...

Sebenarnya I suka dengan gaya penceritaan Mary Higgins Clark yang bersifat straight forward. Mungkin polisi beliau, tidak mahu pembaca berteka teki. Beberapa novel beliau yang I dah baca, semuanya straight forward je. Dari awal kita tahu siapa yang jahat dan lebih-lebih lagi siapa pembunuh. Cuma apa yang perlu dirungkaikan ialalh apa motif sebenarnya dan apa maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku.

Macam dalam novel ini, dah tahu dari awal siapa yang membunuh Isabelle dan siapa yang memburu Lacey. Cuma yang perlu diselidiki apa kaitan pembunuhan Isabelle dengan kaitan kematian anaknya disebabkan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Dan secara kesimpulannya, novel ini boleh tahan best jugak.

p/s : ada lagi novel karya penulis yang sama belum lagi dibaca. Next, next.

1 comment

3/17/2015 11:08:00 am

nk pinjam blh hehe :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...