Disebalik kisah internet lembab yang menyiput dek kehabisan kuota dan juga kisah bahang cuaca panas yang menyebabkan manusia pening-pening lalat seterusnya membawa kepada kegagalan untuk berfungsi secara optimum. Akhirnya berjaya jugak Iolls update bloglist baru di bulan baru yang membawa kita jauh dari ungkapan tahun baru. Er, terasa makin pening pulak bila terlampau banyak perkataan baru. Lupakan tahun baru, kita semakin hampir dengan pertengahan tahun. Jadi berhentilah menggunakan perkataan baru itu wahai perempuan.
Maaflah kalau level kemerepekan perempuan ini tidak mampu untuk dicerna oleh pemikir-pemikir yang handal lagi bijaksana kerana dia juga tidak berupaya untuk mentafsir apa yang cuba disampaikan.
Oh. berhenti mengarut. I sebenarnya saja nak test power macam mana kalau dibiarkan je jari yang menaip tanpa beriringan dengan akal. Hasilnya, kemerapuan yang entah apa-apa. Tapi serius lah, bahang cuaca panas ni otak pun seolah mencair tak mampu untuk berfungsi dengan betul. Jadi malas untuk berfikir. Parah.
Tapi. Kepeningan, kepanasan, kemalasan serta ketidakupayaan tidak membantutkan tenaga yang berusaha mengemaskini bloglist yang baru. Itupun bukan main lagi berperang dengan internet yang menyiput.
Bloglist updated!
Terima kasih rakan-rakan yang tak jemu meninggalkan komen biarpun apa yang ada di sini kebanyakan sampah yang mungkin boleh dikitar semula atau pun tidak. Ada juga tempoh percubaan untuk menghasilkan entri berfaedah tapi masalah nya tetap merapu jugak. Nak buat macam mana, masa dengki sangat. Eh, tetiba masa pulak yang mempunyai perkaitan disini.
Entri bukan main nampak macam banyak je perkataan tapi cerita pasal bloglist bulan March seciput je. Ini semua salah jari. Merepek je lebih.
p/s : Dah nampak dah kalau dibiarkan perempuan ni menaip entri merepek, ini lah jadinya. By the way, thanks once again buat yang tersenarai dalam bloglist baru tu. Hiks
8 comments
Sebab tu org pompuan suka membebelkan,huhuu.....;-/
Salam. hee takpe, blog bukanlah hakmilik kekalls. ;p
alhamdulillah..cik nor tersenarai jgk..:)
hahaha walaupun merapu tapi akak tetap baca..terhibur juga hati nie membaca penulisan AA..gaya bahasa yang santai tak jemu baca..
Yeay ! Masuk dalam carta. Kasi gelek gelek sikit. Hahahaha.
ehh kita pun ada. heheheh
as'salam..
wahh da updated ye..eh nama paling atas itu...adakah SAYA?? hehehe =p
Kembang lubang hidung IbuNoey sebab masuk carta..hehe..