Dia buat hal lagi. Siapa lagi kalau bukan kancil merah kesayangan hamba. Berapa minggu lepas, brek tak function. Ada lah yang bocor dan ada lah yang pecah. Barai semua. Fuh, sabar. Actually masa hantar Si Merah pergi bengkel kononnya nak tambah gas aircond before brek dia buat hal, dah detect yang ada masalah sikit. Most probably, kompresor. Bila tanya En. Barney, budget berapa angka nak tukar kompresor? Dia bagitau, ada lah dalam RM400 ke RM500. Sabar lah wahai hati. Cakap dekat En. Barney, bagi lah masa untuk kumpul duit sikit. Dah la problem brek hari tu pun bakal bapa mertua yang offer nak bayar. I is segan okay. Dulu settle kan aircond Si Merah, total RM1K jugak dia kena. Itu pun nasib baik bengkel member sendiri. En. Barney pun ada jugak offer, biar kos tu kongsi je bayar. Tapi perempuan kepala batu ni degil. Nak bayar sendiri. Sebab paling rasional, En. Barney pun nak kena bayar kereta ratus-ratus tiap bulan. I ni kan kononnya buah hati yang baik, tak nak lah menambahkan beban biarpun yang offer tu tak ada pulak cakap begitu kan. Lagipun Bapa dulu selalu pesan, "Biar diri sendiri yang susah, tapi jangan sekali-kali menyusahkan orang lain."
Gambar hiasan semata ehsan Pak Cik Google
Pagi hari sabtu lepas, bawa Si Merah untuk diservis. Tengahari tu sempat berdating kejap di KL Festival City sebelum ke rumah En. Barney. Hampir pukul 6 petang, baru En. Barney hantar I balik rumah sewa. Tapi sebelum tu, En. Barney suruh ayah dia tengok-tengok dulu Si Merah. Sekali perasan kipas tak jalan. Sebab itu temperature naik hampir tiga suku. Tangki air pun kosong. Satu hari tu berapa kali nak kena topup air. Mula-mula ingatkan sebab cuaca panas melampau, tambah jammed pulak. Tak jadi balik terus rumah sewa, kembali ke bengkel lah kita. Kau ada pergi bengkel dua tiga kali dalam masa sehari? Merah je yang suka buat begitu. Hobi ke bengkel tapi tak ada masalah tak apa lah Merah oi. Senang jugak hati beta ini.
I dengar tuan punya bengkel merangkap best friend forever Ayah En. Barney bagitau yang kompresor Merah tak jalan. Sebab Merah ni hobinya ke bengkel jadi I pun tahu lah sikit-sikit, kompresor tu yang mana. Benda ni kat mana dan benda tu yang mana. Tahu yang mana satu je lah tapi tak tahu pulak apa fungsinya. Cuma tahu yang kompresor ni ada kaitan dengan sistem aircond. So I google lah sikit untuk pengetahuan bersama.
Compressor Function / Fungsi Kompresor
The one piece of the air conditioning system that is absolutely critical. The compressor is at the core of the vehicle A/C unit and is responsible for moving refrigerant gases throughout the rest of the system. In order for the A/C system to function, on side must be at high pressure, while the opposite side must be at a lower pressure. This pressure differential is the key to the cooling system. The compressor is mounted between these two sides, maintaining this pressure difference and circulating the refrigerant gases. (Sumber : How a Car A/C Compressor works)
Masalah Kompresor Rosak
Lazimnya kerana jammed pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor jammed biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas akan bertambah melebihi suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat menyingkirkan haba tersebut. Jika gas tidak termampat dan suhu tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba gas tidak dapat dipindahan. Selain itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk. (Sumber : Masalah Aircond Kereta dan Punca-puncanya)
Bersumber kan INI, kompresor merupakan point pertama komponen yang paling mahal. Merah ni memang tak nak tuan dia senang hati kumpul duit kahwin. Ini lah akibatnya kalau dimanjakan sangat. Tak nak mengalah, nak kita spend duit untuk beli part-part dia jugak. Dah la high maintenance mengalahkan tuan puteri. I pun tak pakai barang branded biar offer dapar RM100 je pun, tapi part Si Merah ni satu barang je dah tiga angka. Pengsan.
Oh I tahu, mesti ada yang cakap "Alah, tukar je kereta baru." Sabar lah, dalam perancangan lah ni. Kalau suruh I tukar kereta baru hulur sekali dengan duit seribu dua ribu buat down payment kereta baru tak apa jugak. Kalau cakap kosong, I dah tahu lama dah. Ada baiknya tolong doakan Si Merah untuk bertahan paling-paling pun setahun lagi. Terima kasih sangat-sangat!
Stereng kereta orang lain tak bogel macam ni. Stereng Si Merah je yang begini. Balik kerja minggu lepas kalau tak silap. Masuk kereta nak start enjin sekali tengok, pecah sana sini dah. Nasib baik stereng boleh berfungsi lagi. Cuma 'baju' je tak cukup 'kain' sikit. I syak, sebab cuaca panas bergabung dengan kereta yang umurnya hampir dua dekad. Syabas Merah atas 'kejayaan' anda. Tolong jangan buat lagi.
p/s : En. Barney dah lah jenis kaki outstation merata-rata, jangan lah Merah meragam time orang tu travel mana-mana. Sobs.
4 comments
Sekarang jarang ada kereta berkualiti. Byk syarikat kejar kuantiti je.
ZH Blogger
as'salam...
err..samela kita cik aisya...
walaupun usia krta xselama mcm si merah cik aisya tp bila sekali msuk bengkel, amboi...makan biskut la yaya tiap hari..hahaha nsib baik tingl dgn fmly..
huuu sabau je la kita,xpe.yaya doa si merh cik aisya tu boleh thn utk tmpoh yang cik aisya inginkan tu ye..xpe.bsush dlu,bsenang kmdian..heeee =D
kritikal gak aku tgk stereng tuh. hehehe... dlu kereta proton arwah bapak aku (yg diwarisi aku, hehehe) pun rajin gak masuk bengkel. tp xde selalu sgt mcm hang.
kereta kalau meragam mmg pening kapal..coz dah tentu tentu beratus kan..