I ni dah macam tourist di bumi sendiri je. Bukan main lagi title entri memborong kek lapis. Tapi betul lah tu. I balik Sarawak sekejap weekend lepas. Flight tengahari Jumaat dan balik KL semula petang ahad. Nak buat sendiri kek lapis memang tak sempat lah. Makanya beli sahaja option yang ada. I ni kalau terbang dari Sarawak tak bawa kek lapis balik semenanjung memang tak sah.
Bila dah membeli ni harus pandai cari tempat atau kedai yang jual kek lapis Sarawak yang nyummy! Kalau di Kuching, boleh pejam mata je cari kat mana kedai Kek Lapis Sarawak yang best. Ada banyak option. Dan salah satunya, famous dengan ayat begini "Oh, kedai kek lapis yang di seberang sungai tu ye?". Itu tempat paling best nak borong Kek Lapis Sarawak di Kuching. Itu kalau di Kuching. Sekarang persoalannya pulak kat mana nak beli Kek Lapis Sarawak yang sedap di Miri?
I tahu di mana. Nak cari Kek Lapis Sarawak yang sedap-sedap di Miri, sila lah cari di mana letaknya Habibi Cake Shop. Later di penghujung entri I share di mana location Habibi Cake Shop di Miri ye.
Even I dan family pun suka memborong Kek Lapis Sarawak kat sini. Kalau dah tak sempat sangat nak buat sendiri kan. Sebab itu lah kalau member-member semenanjung yang pertama kali jejak kaki di Bandaraya Miri, I akan rekomen Habibi Cake Shop untuk sesi memborong Kek Lapis Sarawak. Memang terbaik.
So weekend lepas, dalam kelam kabut sempat juga bawa En. Barney dan family untuk singgah di Habibi Cake Shop. Biarpun En. Barney tak tanya mana nak beli kek lapis. Sebenarnya I pun nak menyelam jugak, sambil-sambil tu minum air sikit.
Hasil dari sesi borong memborong, I bawa 8 box kecik Kek Lapis Sarawak. Total semua around RM160 - RM170. Actually I pilih 7 box je. Tapi disebabkan exceed RM150, I dapat free gift satu box dan juga kad keahlian seumur hidup. Dengan menggunakan kad keahliaan tersebut, setiap pembelian di Habibi Cake Shop akan dapat 5% diskaun. Staff di Habibi Cake Shop bagitau, time hari raya aidilfitri lagi banyak faedahnya ada member card tersebut.
Jadi kat mana nak cari Habibi Cake Shop di Miri? Ada tiga kedai sebenarnya. Yang pertama terletak berhadapan dengan Dewan Suarah Miri. Memang senang sangat nak cari, betul-betul berhadapan dengan Dewan Suarah. Yang kedua pulak di Bandar Baru Permyjaya, cawangan yang fresh baru dibuka. Berdekatan dengan Permy Mall. Dekat juga dengan rumah I. Bajet macam semua orang tahu rumah dia kat mana kan. Dan yang paling penting sekali di cawangan di Airport Miri. Kalau dah betul-betul tengah kejar flight, tak sempat nak singgah di Habibi Cake Shop di bandar ataupun Permyjaya, option paling best adalah di airport sendiri. Even kalau uolls just transit di Airport Miri saja pun masih boleh lagi nak borong-borong Kek Lapis. Jangan risau, jangan gusar. Mesti sempat je nak melakukan aktiviti borong-memborong ni.
Habibi Cake Shop
Address : Lot 791, Bintang Commercial Centre, 98000, Miri
Contact Number : 085-410393
Branch : Ground Floor, Public Concourse 05, 98000, Miri Airport
Buat masa sekarang Habibi Cake Shop hanya ada di Miri sahaja. Dan I diberitahu yang insyaAllah coming soon, akan dibuka cawangan Habibi Cake Shop di Bintulu pulak. Senang sikit kalau boss ajak outstation ke Bintulu, tahu juga tempat mana nak cari kek lapis Sarawak yang sedap.
p/s : Bila boss nak ajak outstation balik Miri ni? Orang lain outstation jauh-jauh. I pulak outstation dalam erti kata lain balik kampung. Bunyi macam tak mencabar langsung. Even office client pun celah gigi je dengan rumah.
9 comments
Wahhh ! Dapnyeeee kek sarawak. Mane kite punyaaaa ? :D
Salam Aisya... :)
Banyaknye borong kek lapis...masa balik sarawak baru2 ni..beli kek lapis masam manis...sedap.. :)
Salam..wahhh...pergi ke sana pun entah bila, apetah lagi nak ke kedai tu..hahaha (takut naik kapal terbang) haha~ aku kena beli kat sini2 je lah..wuwuwu
K nurul suka sangat makan kek apis, sampai belajar sendiri buat... paling suka kek lapis asam manis...
Aisya balik bertunang yer... :)
salam. suka kek lapis sarawak..sedap
nak tgk yg sudah dipotong2 , x de lak ... blh jadi juadah raya haji tu .
Tak pernah merasa pulak g Sarawak, tapi kek lapis tu dah biasa makan kat sini. Hehehe =)
wahh agk mahai jugak 20++
bukan ke bgitu cik aisya?heeee
kat kuching kan leh dpt rm10++ ??
tp lau kat smnanjung kek lpis srwak 20-30..huuuu >,< (tu pon lum tntu ori)
@Cik Yaya
sebab yg ini kek lapis roll cik yaya.. bukan kek lapis biasa tu.. hehe