15/09/2014

Korean Drama : The Three Musketeers

Tamat Gunman in Joseon, I start tengok The Three Musketeers pulak. Actually ini semua pengaruh Blogger Sally. Dari blog ke instagram, I tengok muka Park Dal Hyang dia. Plus baca sinopsis pun macam best. Dengan pelakon pun handsome apa salahnya I tambah list drama korea yang I tengok kan? Hiks. 



Sinopsis The Three Musketeers

Berdasarkan sebuah novel Perancis The Three Musketeers, drama ini mengisahkan Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa) yang meninggalkan kampung halamannya untuk menduduki peperiksaan ketenteraan di Hanyang. Dia bertemu dengan tiga jejaka yang menggelarkan diri mereka The Three Musketeers. Tanpa Park Dal Hyang sedari, Three Musketeers yang baru dijumpainya itu merupakan Putera Mahkota, Crown Prince Sohyeon (Lee Jin Wook) bersama dengan dua orang pengiringnya, Heo Seung Po (Yang Dong Geun) dan Ahn Min Seo (Jung Hae In). 

Drama era Joseon yang agak kelakar sikit berbanding yang lain. Selalunya kalau drama lama-lama ni serius dan berat sikit kan. Tapi yang ini lebih kepada comedy. Permulaan drama pun dah kelakar. Buat I rasa macam tak sabar je nak klik next episode. 


Pertemuan empat watak ini merupakan turning point yang sangat penting dalam hidup Park Dal Hyang. Tapi dari satu episod ke satu episod nampak macam jalan cerita makin lama makin tegang. Tapi surprisingly, tetap chill and relax je tengok. Tak ada stress-stress sampai keluar ayat 'kambing betul lah watak sekian-sekian. Rasa macam nak lempang-lempang je.' Oh belum sampai tahap itu lagi. Mungkin next episode?

Park Dal Hyang

Nah, eye candy buat buah hati dan cinta hati Jung Yong Hwa di luar sana. Tak dinafikan dia memang handsome pun. Apapun drama ini memang best lah untuk ditonton, sebab ada kelainannya dengan drama-drama era joseon yang lain. 

Watch online The Three Musketeers

Download The Three Musketeers

p/s : Nak tengok drama baru Lee Dong Wook dan Shin Se Kyung pulak. Macam best jugak. 

5 comments

9/15/2014 02:29:00 pm

tak sempat nak layan mana-mana cerita korea :)

9/15/2014 11:18:00 pm

cam besh je nak tgok..
tapi yaya nye line ni ssh nak tgok vdeo..asyik tersekat2 je..
nak tgok pon jd xde mood..huhu

9/16/2014 08:45:00 am

cerita ni memang best.. suka tgk :)

9/16/2014 08:57:00 am

hahahaha...terpedaya kan..? OMG! I love him so so so much! die already :P

9/16/2014 09:32:00 am

waa..macam best je..mesty tengok nie..hehehh

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...