19/09/2014

Terima Kasih! Terima Kasih!

Tak habis lagi dengan entri birthday kan. Biasalah kanak-kanak riang memang begini hendaknya. First and foremost, cewah ayat macam dalam formal email kat tempat kerja tiap-tiap hari, syukur alhamdulillah kerana telah dipinjamkan another one year lagi untuk terus bernafas hingga kini. Orang putih cakap "A year older, a year wiser". InsyaAllah. 

Apapun yang wish semalam tak kisah lah di instagram, blog mahupun whatsapp, terima kasih sangat-sangat. Oh disebabkan I sekarang tak aktif FB seolah-olah seperti gunung berapi pendam dan ditambahkan pulak dengan Friends yang cukup-cukup 100 lebih sikit jadinya FB bukan medium untuk saling berbalas ucapan birthday dan terima kasih.

Semalam pagi-pagi boss dah panggil minta siapkan tiga report dengan tempoh dari January sampai August. Nganga kejap sambil fikir macam mana nak settle before audit next month. Stress di pagi hari ulangtahun kelahiran. Dan terima kasih sekali lagi buat anda dan anda kerana telah menceriakan hari Iolls yang sedikit stress itu. 

#BFF #Kesayangans


Thanks uolls. Siap tukar subject group whatsapp lagi. Oh, nama Sally special sikit seperti yang di request oleh tuan punya badan. Terharu tak Sally? Sampai sekarang tak tukar-tukar lagi ye. Harap maklum.


Sebenarnya ini I ambik sekerat je. Panjang lagi di bawah tu. Thank you Si Comel Aqilah! Dan terima kasih kerana warna-warni hati tu menghilangkan sekejap rasa lapar sebelum munculnya lunch hour. Hiks.

Dan buat yang siap termensi di sini dan juga yang tak tersenarai terima kasih. Nah, ambiklah gambar dibawah untuk tatapan uolls sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari si perasan yang forever sweet 16 ini. 

Muka mintak penumbuk je I tengok. 

Sumber : Google

Oh malam tadi En. Barney datang sambil bawa kotak Secret Recipe yang isinya satu slice Strawberry Vanilla seperti kat atas tu. Nasib baik satu slice. Itupun gigih habiskan sebab muak. Rembat gambar dari Pakcik Google je sebab tak menyempat nak snap-snap. Terima kasih Pakcik Gemuk dengan harapan cepatlah anda kurus sebab datang jauh-jauh dari Kluang semata-mata nak bagi kita so-called birthday cake. Actually propa je lebih datang dari jauh padahal dekat je pun tapi disebabkan baru balik dari outstation makanya jauh lah jugak tu. 

p/s : Tak sabar nak dapat hadiah birthday, tak sabar nak naik kereta baru. Eh eh eh!

12 comments

9/19/2014 08:19:00 am

Tahniah.. Happay birthday yea. Seronok sambut birthday macam ni.. :-)

9/19/2014 08:57:00 am

happy belated day..

9/19/2014 09:04:00 am

Ai is nampak my name sekerat je kat situ. Hahahaha. Happy birthday again and again and again adik peter pannnnn. ^^

9/19/2014 10:11:00 am

Happy Belated Birthday, Aisya...
Semoga panjang umur dan murah rezeki... :)

9/19/2014 10:56:00 am

Salam wah~~ eh2 tetiba lupa plak, sy ade wish tak ye? haha happy belated birthday for you~ wah dah lah skang mmg tgh tringin nak makan2 sesuatu yg berperisa strawberry..huhu~ ehem2, wow~ boleh tumpang kereta? hahaha gurau je :P

Anonymous
9/19/2014 12:05:00 pm

Happy birthday ktk ;D hee

9/20/2014 03:05:00 am

happy belated birthday akak :)

9/20/2014 10:19:00 am

hahahaha...kejam kak aisya!

nak wish lagi...happy birthday...may Allah bless...cecepat kawen...itew nak adik yg bebetul!

9/21/2014 08:15:00 am

HAPPY BIRTHDAY..JAPP..JAP...AUDIT ?kerja bank ke?

9/22/2014 10:29:00 am

nak wish lagi jugak la..hehe
hepi bufday ye cik aisya...
amboi nak dpt adiah? nek kete baru?ahaaa..cam best je bunyi ^,^

9/22/2014 11:38:00 pm

ok fine nak sentap ni..kenapa sis tak ada no phone aisya kalau tak leh whatsapp...over kan...hahaha

Anyway happy birthday once again :D

9/23/2014 01:20:00 pm

wahhh..happy belated befday dear ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...