This is my opinion and this is my story.
Kalau godek-godek balik entri dalam beberapa minggu ni, I kecoh-kecoh kata handphone I rosak. Well, technically tak ada lah rosak pun. Cuma battery je memerlukan nafas yang baru. Tak bestnya guna smartphone with built in battery, bila battery kong perlu tukar itu dan ini. Tak macam handphone zaman tok kaduk 3310, battery kong just buy lah another battery dan ganti. Simple.
I dah hantar Xperia I untuk repair, as todate almost 3 weeks already. RM150, I still boleh tolerate. Harga masa beli pun RM1200 +/- after RM200 rebate. Jadi RM150 tak jadi masalah sangat. Melainkan harga handphone tu dalam RM500-RM600. Memang tak berbaloi untuk keluarkan RM150.
Masa hantar, technician bagitau boleh siap within 2 weeks. Okay, tak jadi masalah. I sendiri nampak kedai tu pun penuh dengan manusia. Sekali pandang serupa pasar ikan. Sesak. Bincang punya bincang, En. Barney just beli handphone baru. Handphone yang dia guna masa itu, which is handphone lama I, dia pulangkan balik untuk I guna buat sementara waktu.
After 2 weeks, datang balik ke kedai DirectD di SS15 Subang Jaya. Before tu call dulu number yang tertera pada resit. Haram, tak boleh dihubungi. Yang menjawab hanya operator. Tak apa, boleh bersabar lagi. Just pergi terus memandangkan technician dah janji boleh siap dalam masa 2 minggu. Bila ditanya dah siap belum, I diberitahu lagi satu minggu baru boleh siap. Oh, okay. Hati sila sabar. Bila ditanya, "Hari tu kata 2 minggu boleh siap?". Jawapan yang pertama, "Ada part belum sampai lagi," Okay then, boleh tolerate. Mungkin order part dari Germany agaknya. Tapi jawapan seterusnya memang mengundang betul lah. Busy dengan DirectD Gadjet Fair yang sedang berlangsung jadi tak sempat nak settle kan within masa yang diberitahu. As far as I am concerned, Marketing Team dan yang sewaktu dengannya dan Services & Repair Team mempunyai skop tugas yang berbeza. Repair barang tak sama dengan jual barang. Pekerja ramai dan I tak rasa jawapan yang sedemikian dari technician adalah jawapan yang munasabah. Masing-masing ada tugas masing-masing. Takkan lah bila ada Gadjet Fair sebegitu, 100% priority diberikan kepada event yang sedang berlangsung. Customer yang sedia ada ini diabaikan begitu saja?
Tadi petang, minta tolong En. Barney tanya sekali lagi. Pagi during office hours. Nasib baik office beliau 'celah gigi' cuma. Staff suruh datang petang sebab boss tak masuk office lagi. Bila datang lagi petang dengan queue panjangnya, jawapan still mengecewakan. Sebelum ini bagitau, ada part tak sampai lagi. Tapi disebabkan ada masalah dengan penghantaran bateri, kedai terpaksa hantar ke Centre jugak. Kalau I tahu seteruk ini, of course I hantar terus ke Centre dan tak perlu encounter dengan perkara begini. Cancelled repair and I want my phone back! 3 weeks and it's for nothing!
Dua-tiga kali pergi untuk tanya phone dah siap belum, tiap kali tu jugak jumpa customer yang tak puas hati dengan service repair di DirectD. First time datang ada seorang auntie tanya, dah 3 bulan hantar repair tapi tak ada feedback, tak ada mesej mahupun phone call bagitau phone dah siap. Itu pun datang sebab dah lama sangat, lepas 3 bulan. Do I have to go there every week semata-mata nak tanya phone I dah siap belum? Tadi pun sama. Ada yang dah sebulan lebih tapi tak siap-siap lagi. Ramai customer? Fine then, it's okay. Tapi tolong jangan janji you can settle it within 2 weeks padahal sebenarnya tak mampu pun. Itu yang buat customer lagi marah. I can wait, I definitely can wait. Tapi bila dah dijanjikan sedemikian, itu hanya mengundang kemarahan orang. Janji 2 minggu tapi kemudian extend dan extend lagi. And one more thing, make sure contact number yang tertera pada resit boleh dihubungi. Jangan hanya pada kertas semata-mata. Kalau sebab tak nak layan customer marah-marah dan complaint, eh hello I attend complaint dari clients yang cerewet tiap-tiap hari dan dengan izin tuhan I masih lagi bernyawa sampai sekarang. Jawab phone call saja kan? Attend semua pertanyaan, tak susah mana. Kalau customer marah melalui phone call pun, dia boleh buat apa? Bukan boleh tumbuk pun.
Kalau orang tanya I sama ada beli smartphone di DirectD recommended atau tak, my answer is NO. Honestly, I memang plan pun next time akan beli smartphone kat sini. Tapi lepas semua ini? Baik I cari tempat lain. Murah memang murah tapi service sangat tidak memuaskan. Especially bila phone still under warranty dan nak hantar repair. Sila estimate masa uolls at least tiga bulan baru phone siap, atau mungkin lama lagi? Ramai customer? Itu bukan alasan.
Masa hantar repair, technician tanya I. Berbaloi ke RM150? Yes, tapi in term of masa? Sangat tak berbaloi. Phone Sally, problem yang sama hanya makan masa berapa hari untuk siap. I punya phone sampai berminggu-minggu. Fikir sebab kedai ramai customer, jadi boleh dipercayai. Lagi satu dekat dengan office En. Barney, senang nak ambik. Bila siap, jalan kaki je. Tak perlu hadap jammed bagai. Tapi hampeh. Kambing je semua tu.
p/s : Dear DirectD, please improve. Gain customer's trust, not losing them.
22 comments
huwaa very annoying kedai tu sis...
better u pegi berjaya plaza sebelah tsq tu... cepat je...
memang sangat menyakitkan hati bila diorang tak keep to their word..hantar kedai lain jelah
Hahaha..kan dah kena ceramah technician tu..cust kena jaga la...
beli direct from centre je. apple centre, samsung centre etc. sebab kedai-kedai camni selalu menipu. I pun penah kena tipu masa beli blackberry dulu-dulu. sakit hati betul..
kalau saya pun, memang rasa nak hempuk je semua staff situ...
wah memang geram macam ni..huhu
aiyokkk...kak Aisya dah marah...haaaa...I would like to recommend the Sony Customer Service...but in terms of price you can't bargain with them...mmg mahal sbb original part...
Luckily mine is still under warranty...
Salam, wahh marah benau nih, mmg geram kalau kena servis kedai mcm tu..hish! sy xguna smartphone, so mmg camtu ek kalau battery dah rosak...payah jugak ye..hmm, thanx for typing this, so that xde org terkena lagi dgn dia, biar dia bankrup,hahaha eh jahatnya! :p
aiyaa...3weeks?
mmg sgt mhampakan servis dia..
tak patut2... laen kali x payah la janji kat customer kalo x boleh siap cepat.
ni mesti kes beli AP Set ni.. thats why jgn beli ap set. sebab kalo rosak repairing semua done by kedai yg kita beli hp tu..
alangkah baiknya jika beli ori set trus. kalo rosak terus hntar centre tayah pg hantar kt kedai kita beli hp tu..
saya sendiri dah beli 3 set hp kt directd ni. 2 samsung S4 & 1 iphone 5s.. semua original set sbb saya mmg tak percaya ap set lagi2 tang claim waranty/repair.
1 set s4 ori saya beli kt DD penah rosak. hantar centre samsung kt one utama sekejap je setel tak smpai 6 jam..
thus belilah ori set k. say no to ap set. cheers.
@Anonymous
Der, baca betul2 dulu ya lain kali. Jgn amalkan buat konklusi berpandukan tajuk saja. Hiks
Thank you for your comment anyway. Cheers.
baru nak beli xperia dari cnie... xjadi r... i paling pantang customer service teruk.... paling pantang tau!.... hehe..
-_- cancel la nak beli fon kt situ . Nsib baik sy terbuka blog awk haihhhh . Thanks yaa
Usually if beli ori set, the dealer will straight away send to the center because if the shop technician do the repairing it seem to breach the waranty term. Unless it is an AP set then the dealer will do the repairing themselve since the waranty is provided by them. I had experience buying all my iphones (ori set) with this shop so far all are working well.
Oh well im suprised that there are complaints regarding DirectD. apparently, my sis & i bought a Lenovo phone for my dad's bday. u know after 6-8 mths usage, suprisingly the phone encountered some problems relating to battery & power issues. What the hell its a brand new phone & it gave some problems!! My dad went to DirectD & was told to go to Lenovo centre..my god i swear i will NOT purchase anything from stupid DirectD..such a troublemaker and gave their customers headache...no wonder they are damn CHEPOOOOOOOO...
nak beli boleh tapi mcm ada brader tu ckp bli yg ori set.yang AP mmg bawah tanggungan kedai.kalau mcm kes awk patutnya trus bawak ke centre awl2 dlu.huhu.da set ori.sony pun tgk model.kakak sy pkai ZR tny kat service centre pun hampehhh.huhu.so morale dia bli yg ori set.
lagi satu nak cerita,selain directd ada lg satu kedai femes kat PGRM nama dia satu gadget.ramai org tau kedai ni.
saya mmg kaki gadget so sy ada bli phone dari org LG G Pro 2.phone mmg power,phone LG smua AP set sbb LG xofficial masuk malaysia.
nk djadikan crita time lpas bli tu sy perasan yg flash dia xnyala dan ada msalah sofware.xda apa yg serious pun so aku pegi jela kedai tu claim waranty sbb lma lg,lagi stahun lbih,
ok la da hantar mcm biasa dia janji 2mngu,ok la,xpela tu kan.
so aku tgu la dua mnngu lpas tu xdgar kabar berita,aku call dia kata mintak lagi dua minggu,aku pun okla,malas nak pikir sbb nga belajar,so xda kat KL.
then aku da cuti sem lbih dari sebulan dah hantr phone tu aku call lagi,dia kata xtau bila bole siap sbb dia bukan technician katanya,aku pun bengong ngan jawapan tu,ape technician dorg dok kat tempat lain ke?haha.aku perli la kata kat web kata kami bertangungjawab ke ats brg dbli bagai.aku maki macam rapper joe flizzow tu.xputus2.yelah sebulan lbih da sape xmnyirap,
pastu aku tgu lg 2 mgu sbb aku bz and try la cntact balik.dah maki hamun dia kata jumaat tu amek,tapi aku pegi sabtu genap 2bulan aku hantar,2 BULAN TAU,haha.
then time aku pg kedai tu tnya la mna phone,dia pny org cari phone aku dekat sejam,ntah mana dia letak,haha.
last2 dia kata xboleh repair,bayagkan aku tgu 2 bulan xbole repair pun.menyirap la aku.aku tengking kuat2 dlm kedai tu,aku kata jangan beli sini sbb dorg penipu,satu kedai org tgk aku,org yg lain hntar untk warranty pun angguk2 setuju.rasa macam hero dalam filem plak org smua tgk.
last2 dia offer gnti phone baru tp yg lg murah dr harga beli,aku pun ape lg bukak langkah la.:).
last2 terpaksa akur la,dapat phone lain harga lagi murah dari phone tu,so morale dia bli yg ori slain dari LG sbb mmg xde yg ori,huhu.
korg baru 3 mnggu aku 2bulan,hehe.nak nasihat pasal gadget bole whatsapp aku,in sya Allah aku bantu,nak tny wasap je.tq.
Nk tnya nihh.. tlong someone respond ehh..
Hndset ori yg directD jual tuu sama mcm yg jual kat centre2 hndset kaa?
Sbb kat directD murah lahh aku excited nk beli kat situu..tapi aku rasa mcm was2 plak..
Tak tau nak jawab ape sebab tak beli phone kt situ pun. Tp kalau sy, better beli kt centre je dari sakit jiwa di kemudian hari. :-)
Hai. I br kene tpu tadi kt kedai puaka ni. Bw sepupu bli hp baru yg masih dlm kotak siap seal tapi bila balik masukn sim on kluar la segala log cal lama n msg2 lama. Agak celaka la kedai tu sbb ms g balik bgtau dgn sombong n bongkaknya suh dtg bw jp skali padahal sepupu dh fly balik flight ke PT. Sakitnya hati. So guys sila la boikot penipu2 yg mcm ni. Now i paham kenapa kt LY tu kecoh hr tu.
Srry nk tnye Time beli phone adew tnya tak nk yg ori ke atau ap set..mngkin awak dpt ap set..