02/09/2014

Larian Hijau SJ 10KM MPSJ 2014

Sekarang ni kat office Iolls tengah hangat sembang-sembang tentang Larian Hijau ni. Masing-masing sibuk nak join, nak register itu dan ini. I pulak memang tak lah nak join aktiviti-aktiviti yang macam ni kan. Honestly memang tak minat bersukan. Nak campak Iolls dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan, itu piece of cake. Kalau campak I dalam aktiviti bersukan ni memang tak lah. I cuma suka tengok je, tak kisah lah sepanjang hari buka sports channel. Itu no hal punya lah. Tapi I sendiri yang nak join? Jangan harap. 

Bila kakak-kakak office dah kecoh-kecoh, I yang memang takkan join ni hanya mampu menyumbang untuk menghebahkan cuma. So siapa yang berminat untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti larian seperti ini dan tak register lagi. Sila register cepat-cepat. Gigih jugak cari bila dateline untuk join, tapi tak jumpa pulak. Sama ada I tak cukup gigih mencari atau memang tak ada dateline untuk penyertaan. 


Larian Hijau SJ 10KM
Date : 28th September 2014
Venue : One City Mall, USJ 25, Subang Jaya
Starting Time : 6.00 am
Untuk kategori, yuran penyertaan dan lebih informasi, uolls boleh rujuk di Facebook Majlis Perbandaran Subang Jaya (Klik SINI).
Penyertaan :
1. Online registration : MYraceonline.com
2. Atau pergi terus ke Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau Pejabat Cawangan MPSJ di;
- Kaunter Stadium MPSJ, Serdang Jaya
- Kaunter Kompleks 3K, Serdang Jaya
- Kaunter Dewan Puchong Indah, Puchong
Klik untuk lebih jelas

T-shirt, Sijil Penyertaan, Medal, Goodies Bag menanti para peserta bergantung kepada terma dan syarat. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi En. Shariman di talian (012-300 2895) atau Puan Melati di talian (016- 662 2133).

sumber : FB MPSJ

6 comments

9/02/2014 10:54:00 am

dari dulu sampai sekarang, kalau bab lari larian ni, memang saya lari jauh-jauh..hehe...

9/02/2014 01:23:00 pm

Aisya nak join ke?

9/02/2014 02:59:00 pm

Salam, hahah..samelah kita~~~ i xsuka join benda2 lari2 mcm ni, langsung xminat sukan! rasa mcm stressnya bersukan..haha tp hadiah dia menarik~ hihi..tapi xmampu utk mmbuatkan i terasa nak join, hahaha

9/02/2014 10:22:00 pm

kalau sis pun..memang tak la nak lari. Tapi kalau tengok sports channel sis pun suka..haha

9/06/2014 06:33:00 pm

ala yaya lari 5km bleh la..bila masuk 10km tu jd pncit plak..hahahahah

9/12/2014 07:09:00 pm

Huwaa!! Bestnya!! Nak join gak!! Tapi hujung benua :3 so duduk diam-diam kat Penang dan pergi seminar Maths hahaha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...