11/09/2014

Xperia Dah Sihat!

Finally! Selepas sebulan yang penuh penyeksaan, akhirnya phone I dah sihat kembali. Penat meroyan dengan servis teruk dari kedai DirectD SS15 dalam entri INI, I cancel je repair kat kedai tersebut. Dah la ambik masa sebulan untuk kononnya repair handphone I. Tapi last-last macam tu jugak lah. 

Pagi semalam sebelum pergi kerja, I bagi je handphone kat housemate. Hantar kat member housemate yang memang buka kedai repair phone. Bagi pagi tu, balik kerja petangnya handphone dah ada dalam tangan I dalam keadaan yang sihat. Siap dalam masa sehari je okay! Compare dengan kedai yang konon jual phone macam goreng pisang panas tapi hantar repair sebulan nan hado jugak jawabnya. 

Alhamdulillah ada hikmahnya I cancel repair kat kedai nan hado tu. Dah la charge RM150, tapi sebulan tak sentuh apa-apa lagi. Member housemate I siap dalam masa sehari je tapi RM130 cuma. Lagi murah. Nak kata sebab ramai customer, member housemate pun terima handphone dari kedai-kedai lain untuk repair. Tu belum walk-in customer. Amboi walk-in customer katanya. Whatever lah, janji phone I dah sihat. 


Masa mula-mula beli dulu, hari-hari kena gelak dengan En. Barney. Orang lain semua pakai phone cecomel. Tapi I ni harap badan je kecik tapi phone besar gedabak macam Giant dalam kartun Doraemon. Dulu kalau tersusun je model Xperia kat kedai telefon, nescaya Xperia yang ini lah paling giant sekali. Perintis smartphone bersaiz besar katanya. Ada jugak member I bagitau, model ini hanya dikeluarkan untuk limited time only. Sebab tu nak cari casing memang cukup susah. Tak ramai yang guna, limited kononnya kan. 

Tapi yang ini I rasa memang tahan. I dah guna almost 2 years. Orang yang repair tu cakap, phone I tak ada masalah apa-apa cuma battery kong je pun. Note to self, dan juga pengguna smartphone dengan built-in battery, sayangilah battery phone anda dan jaga lah dengan elok. Bukan macam phone 3310, battery boleh dibeli dan ditukar ganti macam makan kacang peas bersalut wasabi.

Tapi lagi..

Bila dah guna phone yang ini untuk dua tahun, I berhajat untuk beli satu phone lagi. Sebabnya, Xperia yang sekarang I boleh guna untuk kegunaan pejabat. Macam orang lain buatlah, masa cuti senang nak switch off phone tanpa bagi kesan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Nampak tak permainannya di situ? Tapi bila fikir balik biarpun bukan lah seorang doktor mahupun nurse, kerja I tetap melibatkan nyawa orang jugak. Haru biru kalau colleagues call nak tanya itu ini tapi balik-balik 'kakak operator' yang jawab. Lagi haru kalau hospital yang call, nak jawab apa dengan boss? Alamak termelencong kejap. Excited sebab phone dah sihat. 

Merujuk perenggan di atas, sebagai pengguna tegar smartphone Sony, I tengah tunggu ketibaan Sony Xperia Z3. Orang lain beria-ia tunggu Iphone 6 dan Iphone 6+, I pulak tunggu Xperia Z3. Cakap-cakap dah ada, cuma release date untuk Xperia Z3 tak ada pulak dengar bila. So sempat lagi nak kumpul duit beli Xperia Z3. Macam entri Wordless Wednesday yang INI.


I nak Xperia Z3 yang warna Copper tu. Tak ada warna merah, seakan-akan merah bata pun boleh. Paling-paling pun tahun depan agaknya baru release kat Malaysia kot. Tak pun end of this year. Sempat lagi tu. 

p/s : Semua nak warna merah, phone dua bijik dah warna merah. Laptop pun merah, kereta pun merah. Sampaikan ada orang tu kereta baru pun nak warna merah jugak.

9 comments

9/11/2014 08:36:00 am

Assalamualaikum dan salam singgah pagi dik...akak pun guna sonyXperia...tapi yg biasa jer....hehe....

9/11/2014 11:09:00 am

Z3 jadi idaman kalbu...hehe

9/11/2014 11:37:00 am

eh sy pun smlm baru ambil hp repair..almost 2 month..hantaq repair kat HQ katanya..dh carut2 baru nak kol kata hp dh siap..teruk tau!:(

9/11/2014 11:50:00 am

Yeay dah sihat ;D hehe

Kacak Xperia Z3 ya ehhhh ;D

9/11/2014 12:45:00 pm

alhamdulillah..dah sihat phone tu...geram tengok xperia z3 tu...

9/11/2014 04:04:00 pm

salam. alhamdulillah..

9/11/2014 10:40:00 pm

As'salam cik aisya =)

Alhamdulillah..elok la tu..kan..tu la kena cri kedai or tmpt yg boleh diharap..kne mcm kedai 1st yang cik aisya pergi tu smpai nak sbuln pon cenggitu jugak mmg buang masa je..
la ni hp da sihat suka la ye..^_^
amboi..galak nak mmbeli hp baru kaaa? xpela..asal cik aisya bahagia..hehe ;p

9/11/2014 11:30:00 pm

yeayy handphone dah sihat..bolehlah whatsapp sis...eh tetiba..haha

9/14/2014 11:39:00 am

Ros pun suka sony.. design dia cantik dan tahan lama...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...