Novel baru dalam entri Wordless Wednesday yang INI. Actually dua-dua tu I beli online di DeBook Room. Dah lama dah tahu tentang DeBook Room ni. Itupun setelah diperkenalkan oleh Blogger Haruno Hana. Thank you Hana! Dah tahu lama tapi baru sekarang tergerak nak beli. Itupun sebab stock novel I yang menimbun dan masih menimbun itu tapi mindset dah fikir novel yang belum dibaca dah tinggal sikit. Nampak tak permainannya di situ? Alasan je semuanya. Padahal memang gatal tangan nak beli pun.
Honestly online shopping ni, I memang tak bernafsu langsung kalau nak beli beg, shawl, baju secara online. Biasalah manusia konvensional yang mahu sentuh sendiri materialnya, mahu lihat sendiri warna sebetulnya. Tapi I surrender kalau bab novel sebegini. Dah jadi macam iklan Zalora jerit sana, jerit sini. Oh, nak novel itu dan nak novel ini. Eh, ini macam best dan itu pun best jugak. Bagi I RM200 pun I rasa tak cukup kalau masuk website Debook Room.
Bila tengok bahagian promotions, lagi lah I menggila. Rasa nak klik 'Add to Cart' je semua. English Novel below RM30? Kat MPH, Popular pun susah nak cari. Nasib baik lah masih mampu untuk berfikir secara waras sesungguhnya stok novel I mampu untuk bertahan sampai hujung tahun ini, I beli dua novel je dulu.
Sebagai salah seorang peminat karya Cecelia Ahern, How to Fall in Love dah lama dalam wishlist. Since I nampak kat Popular tapi time tu harganya masih RM60+ after 20% discount. Cuma besar gedabak lah. Kalau baca sambil baring, confirm benjol dahi kena 'tumbuk' dengan buku. Tunggu punya tunggu. I beli dengan harga RM28 je di Debook Room. Kat MPH kalau tak silap RM35.90. Beza dalam RM8 tu. Dan satu lagi novel And the Mountains Echoed karya Khaled Hosseini. Ini pun dalam wishlist I jugak. Cuma bukan novelnya lah, tapi si penulisnya. Tak pernah lagi baca karya-karya Khaled Hosseini dan dari dulu lagi I memang teringin nak baca at least satu novel beliau. Masa nak beli hari tu, dilema jugak nak pilih novel beliau yang mana satu. At last, hardcover version of And The Mountains Echoed sampai di tangan Iolls. Dengan harga RM22 cuma. I search kat MPHOnline, versi hardcover ni hargannya dalam RM84.95. Oh I beli dua-dua novel ni termasuk postage RM60 je, kalau beli kat MPH campur dua-dua lebih RM100 kot.
Website : Debookroom.com
Facebook : Debook Room
p/s : Dapat gaji hujung bulan ni kuat je rasa nak skodeng Debook Room lagi. Tapi memang tak lah nak skodeng kosong aje kan? Oh, ini memang mengundang bebelan En. Barney. Nak beli lagi novel padahal novel yang sedia ada pun tak terbaca banyaknya. Salahkan Big Bad Wolf, salahkan Debook Room. Eh??
13 comments
hahaha! DeBook Room terbaik! Service pun terbaik! Murah kan kalau banding beli kat bookstores lain? Memang fave beli buku kat sini. Terbaru Hana beli The Horse Dancer, If I Stay dan Wonder. Akan tambah koleksi daripada DBR lagi ;)
novel yang zizie beli pun, tak habis bc lg.. tu pun terpaksa tinggal kat kampung sebab nak kena hadap journal utk fyp :'(
as'salam cik aisya...?
pe khbr?lama xjenguk cik aisya..huuu
semakin rajin mbca bku2 bi ni..good..xmcm yaya..lau bce pon lum tntu pham isi nya..haha ;p
bestnyaaa .. nak try wusha laa
Salam kenal :)
Wah, berbaloi2 beli kat sini....lepas ni nak p serang!
Nice info!
Memang dah lama niat nak beli novel english ni tp malas nk pi cari kat kedai buku.
Thanks for the info dear :)
Jemput singgah : Daftar Semester Baru
Saya pun pernah beli dari debook. Memang harga murah compared to bookstore. 1 lagi the bookxcess. Pun murah.
Baru baca 1 of Khaleid Hosseini's. The Kite Runner. Bestttt...if you like that kind of genre la kan...jenis drama2 kehidupan gitu. And The Mountains Echoed tengah tunggu nak baca ni hehe..
kenapalah sis baca entri ni..buku yang masih dalam waiting list untuk dibaca masih banyak...tapi tangan dah gatal nak terjah. Kalau terjah mesti nak beli punya la..hehe
tuhanku awk bgi suggestion!!!!!!!
serius murah. boleh try nanti. hehe. thanks info :)
Seronok kan online shopping buku kat DeBook Room? ;)
Saya pun dah lama beli dengan diorang. Baru-baru ni beli Rhonda Byrne's The Secret series, 4 buku hardcover diorang bagi harga RM100 aje! Malu pula rasanya dapat harga runtuh camtu walaupun saya ni dah dikira regular customer diorang. Hihihi :D
Anyway, best tak buku Khaled tu? Macam review best je...
Thank you for sharing ! Memang berguna sangat2 bila tak jumpa buku apa yang nak dekat MPH
masa beli novel ni klik apa kat debook tu.klik fiction ke