10/05/2011

Ni Lagi Sekor!!

Dah jadi rutin, hari selasa pergi pasar malam. Kalau tak selasa, hari sabtu. Kalau pergi hari selasa ni, macam tak ramai sangat orang. Tapi cuba pergi hari sabtu. Macam sabtu lepas. Ya allah, tak tau lagi nak cakap betapa ramainya manusia. Pening. Bukan pening sebab tak tau nak beli apa, tapi pening sebab terlampau ramai orang. Nak berjalan pun payah.

Actually kan, ramai atau tak tu sebenarnya tak jadi masalah. Yang jadi masalahnya, spesies babun yang takda manner ni. ( Baru je hari tu buat entry pasal ini, sekarang ni pulak.Perfect sangat ke ko tu dik oi). But please la, selfish mana pun korang ni tapi tolong la fikirkan anak-anak kecik yang ada kat situ. Sekurang-kurangnya. 

Nak tau kenapa diorang ni babun yang tak ada manner? Sebab ni...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hello!!
Pasar malam tu tempat awam ye, harap maklum. Tak boleh tunggu habis beli barang kat pasar malam, lepas tu nak habiskan 10 kotak rokok ke apa aku kesah kan?  Ko yang nak mati awal, bukan aku. Aku nak hidup lama lagi. Ni tak, sebelah tangan pegang awek dan sebelah tangan lagi pegang rokok. Kalau aku, sah-sah la dah kena tinggal, baik aku pergi beli sorang-sorang. Awek dia pun nak kata b*d*h, rasanya tak. Haihh, no komen la ye. Nasib ko la jalan depan kitorang, time-time tu jugak la cakap dengan En. Barney.. 

"Tak paham, kenapa kat pasar malam yang ramai-ramai orang pun boleh merokok lagi, tak ke BODOH namanya."

Kalau tak kesian kan diri sendiri, tolong la kesiankan kat orang sekeliling. Let say, budak-budak yang still baby lagi or orang-orang yang ada penyakit asma, contohnya. (Tapi kalau dia dah tak kesiankan diri sendiri, orang lain apa lagi.) 

Haihh, kalau sifat saling menghormati antara satu sama lain ada dalam setiap individu mungkin benda-benda macam ni tak kan jadi. Cuba baca entry si Aran yang Serabut pasal hal ini. Yang ni lagi la, memang spesies moyang babun la.

malas nak cakap banyak, nanti ada pulak yang merajuk lebih.

36 comments

5/10/2011 11:05:00 pm

nie spesis x paham bahase huh!

5/10/2011 11:20:00 pm

@adwafarahin

tau xpe.. bukan nak fikir pasal org lain.. huhu

5/10/2011 11:24:00 pm

haaa...ahh kan.. dah la asap bakar ayam/ satey bekepuk-kepuk, tambah lak asap rokok yg busuk tu.. eshhh..

5/10/2011 11:37:00 pm

@ishiko

kalau asap yg bakar ayam/sate tu xpe gak.. lapar boleh jd kenyang.. ni asap rokok makin buat pening ade la..

5/10/2011 11:59:00 pm

hahha...relax oke..jangan kerana asap rokok ni kita ilang keimanan sehingga tegar mengeluarkan kata yang tak sepatot nya..
tapi nak wat macam ner kan..dalam marah da tak pikir aper kan...
sekarang ni bukan setakat kat pasar jerk...kat terminal2 bus,kolej, pon melambak...haiiishhh...

5/11/2011 12:09:00 am

nano benci perokok,,,

5/11/2011 12:30:00 am

@sameera

tak marah pun.. geram je..
tempat sesak2 mcm tu kot.. fikir la orang lain jgak, especially budak kecik.. tak kesian ke? umur dah besar panjang, tapi benda yang common sense macam tu pun tak boleh nak fikir.. dah jelas lagi nyata tempat2 macam tu ramai budak2, sebagai orang yg lebih tua terasa malu jugak, kenapa nak tunjukkan contoh2 yang buruk dan negatif depan budak2? Bila budak2 dah terikut, mula la nak melenting.. salah siapa sebenarnya? huhu

5/11/2011 12:32:00 am

@nano

benci tu tak tapi at least hormat la orang lain jugak.. huhu

5/11/2011 12:57:00 am

paso oh paso...rkok noway!!!ktakan tdkkpd rkok...

5/11/2011 01:38:00 am

hahaha aku tau sapa yg nak merajuk tu kakaka

tu la echa uii... kalau ada anak nt takyah la bawa p pasar malam..kesian. dah tempat macam tu..
bukan asap rokok ja..asap keta.. asap bakar sate..asap goreng2..macam2 la..

kdg2 terpikir gak.. pasar malam bukan tempat sesuai tuk bawa anak kecil beli belah..sangat 'air pollution' :)

5/11/2011 02:21:00 am

esh3.. terok bebeno.. hehe XD

5/11/2011 06:42:00 am

@...Aku tEtAp Aku.....

Setuju! =)

5/11/2011 06:45:00 am

@aRaN


shhh, diam2 dh.. nnti makin merajuk pulak.. hahaha!

tau xpe.. dah la ramai orang.. silap2 haribulan anak hilang lagi payah..

5/11/2011 07:05:00 am

rokok ? Yeahh , saya memangt benci orang yang hisap rokok . Nasib baik larh ahli keluarga saya semua tak smoking , dan nasib baik larh Hubby saya x smoking :)

5/11/2011 08:31:00 am

@shezwan

taw xpe.. haihh~~~~

5/11/2011 08:41:00 am

@BΛBYDIΣRΛツ

wah, bertuah nye.. huhu

5/11/2011 09:37:00 am

len kali suroh je orang yang hisap rokok tu merokok dalam plastic bag,biar asap rokok tu diorang hidu sendiri..biar sakit sorang2..takla menyusahkan orang lain..haha

5/11/2011 09:59:00 am

memang.....BODOH...nak mati cept, jgn la libatkan org lain.org yg terhidu asap rokok lebih berisiko.haish

5/11/2011 11:15:00 am

haihh , kalau sy mmg pantang la org merokok ni.. nak2 lagi yg jnis suka hembus kat muke org.. rase nak tampar je muka org tu. hahahaha

5/11/2011 03:01:00 pm

@Syahirah Suhaili

kalau kat tempat yg tak ramai orang tak pe.. ni, kat tempat sesak2 jugak la nak merokok.. huhu

5/11/2011 03:02:00 pm

@cik aisha

tau xpe.. tu la namanya org yg pentingkan diri..

5/11/2011 03:04:00 pm

@cik anum

tampar je.. senang cite.. haha

5/11/2011 04:41:00 pm

sy lelaki yg x merokok dan x fhm kenapa lelaki dan permpuan juga ada yg merokok. :)

5/11/2011 05:58:00 pm

nak tengok keberanian seorang lelaki?? tengok lah semasa mereka merokok..."berani menerima risiko penyakit kanser paru2" kan hebat tu...eeeeeeee..berani mati...

5/11/2011 07:33:00 pm

@kpah k-poh

haihh, susah nak cakap la kak pah.. huhu

5/11/2011 10:20:00 pm

@Muhamad Zaki Zafir

mybe diorg ade reason sndiri kot.. sendiri je la yg taw..

Anonymous
5/12/2011 12:30:00 am

kat tempat yang dilarang merokok pun diorang merokok. inikan pulak pasar malam. haissh

macam dah tak boleh diajar kot orang cam tu

5/12/2011 12:44:00 am

@nulhazwany abdul malik

tp tak semua yg merokok ni mcm ni.. yg mcm ni sume spesies otak letak kat lutut..

5/12/2011 09:01:00 pm

hahaha ! sabar2.. btw, sy pom xske org yg smoke... berbau.. hee ~~

5/12/2011 10:09:00 pm

@teha

pening la dgn bau mcm tu.. huhu

5/14/2011 01:13:00 pm

Kalo merokok tak ggu org takper, ni duk hembus kat org len pulak..

dia sihat, org len sakit..

5/14/2011 01:25:00 pm

yup2,,me too..bnci org merokok ni..x fhm bahase..haishh.

5/14/2011 04:43:00 pm

@l a l a , S h a h e i l a

betul tu..

5/14/2011 04:44:00 pm

@cikida

kalau merokok tu pandang kiri kanan tengok org lain dulu xpe la.. ni x..

5/15/2011 11:16:00 am

anti org merokok yg x reti nk hormatkan hak org lain gak!

5/15/2011 12:11:00 pm

@lagenda

tak kesah la nak merokok pun kan. but please respect orang lain..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...